dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

21 August, 2009

Selamat Menyambut Bulan Puasa....

Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa ‘at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. ‘Maka Allah memperkenankan keduanya memberikan syafaat. ” (HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani) -SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK-

19 August, 2009

hari ini....

Hari ini sy xada kelas la sngt...2 kelas je pun..boring xtau nk wat pe..tu bukak blog tu..pg td baru lepas bentang pasal seorang tokoh Jamaluddin al-Afghani... Anda kenal???? harap-harap anda kenal..jgn la xknl plak..sebagai umat Islam..kita kena la ingt tokoh2 Islam yg byk memperjuangkan agama Islam...

sy bg kisah beliau, anda bacalah ye...byk sngt pembaharuan yg dilakukan oleh beliau untuk dalam bidang politik, agama & penulisan...serta gerakan yg dilakukannya, tp pembaharuan beliau lebih kepada politik..

2.1 Pembaharuan dalam bidang politik

Jamaluddin al-Afghani merupakan seorang tokoh pemikir yang ulung, berkeperibadian yang luhur, beliau mengenali Barat secara penyelidikan dan lawatan. Pengetahuannya juga termasuk kebudayaan dan politik Barat. Beliau merupakan seorang tokoh ulama’ yang pernah mengajar di Universiti al-Azhar, di masjid-masjid dan sebagainya. Beliau juga seorang tokoh politik yang pintar dan berkalibar (Smith 1957: 89). Penentangan terhadap penjajah melalui pembaharuannya dengan pidato, penulisan dan artikel-artikel yang boleh menyuntikkan semangat juang orang-orang Islam.

Kebanyakan tokoh berpendapat bahawa pembaharuan al-Afghani lebih kepada pembaharuan pemikiran politik dari pembaharuan dalam bidang keagamaan. Lothrop Stoddard 1966 menyatakan :
“Pemikiran al-Afghani yang berkaitan masalah agama amat sedikit, berbanding perhatian-perhatian dan pemikirannya yang lebih banyak dalam bidang politik”.
Muhammad Abduh murid al-Afghani pula menyatakan antara lain bahawa matlamat penjagaan dan kesusahan yang ditempuh oleh al-Afghani sepanjang hayatnya adalah untuk membangunkan negeri Islam dari kelemahan dan menyedarkan pemimpin supaya dapat membentuk sebuah negeri yang kuat. Kerana kesedaran ini dapat mengembalikan kegemilangan Islam serta dapat menghapuskan Inggeris di negeri-negeri Islam.

Al-Afghani mula bergiat dalam politik semenjak umurnya 21 tahun di negaranya sendiri iaitu Afghanistan, ketika mana beliau telah dilantik sebagai pembantu kepada Pangeran Post Muhammad Khan, pemerintah Afghanistan ketika beliau kembali ke negaranya setelah selesai mengerjakan haji pada tahun 1858M. Pada tahun 1864M, beliau telah menjadi penasihat Sher Ali Khan dan kemudian beliau telah dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Muhammad A’zam Khan. Beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk kebangkitan semangat nasional.

Hal ini adalah untuk melihat bumi Afghanistan bebas dari pengaruh dan belenggu penjajah. Beliau merencanakan Afghanistan untuk dirombak menjadi sebuah negara moden dengan sistem pemerintahan yang diperbaharui. Kejayaan pertamanya adalah dilantik menjadi Perdana Menteri ketika usianya 27 tahun. Beliau banyak melakukan pembaharuan terutama dalam bidang pendidikan, kesihatan dan menerbitkan akhbar serta melakukan reformasi dalam hubungan negaranya dengan Negara antarabangsa ( Muhammad Iqbal 1977: 65).

Dalam bidang pendidikan, beliau membuka sekolah-sekolah baru dengan method pengajaran moden. Beliau menekankan peranan surat khabar dalam negeri dan merasmikan surat khabar pertama, Shams al-Nahar. Surat khabar ini mendapat sambutan hangat daripada orang-orang Afghanistan yang berpendidikan dan membawa pengaruh konstruktif (membina) pada pemikiran umum. Sekaligus surat khabar itu juga menaikkan populariti al-Afghani sendiri.

Beliau juga menyusun semula angkatan tentera, membangkitkan semangat patriotik. Dengan pengerahan tenaga muda, peraturan disusunnya. Beliau menyatakan kepada angkatan tentera (bersenjata) bahawa mereka merupakan pegawai yang mesti berjuang demi kehormatan tanah air mereka.
Selain itu, beliau juga telah menubuhkan rumah sakit yang telah dikendalikan oleh pemerintah bagi merawat orang-orang sakit. Sebelum diwujudkan pembaharuan ini, banyak ribuan rakyat yang mati tanpa ada kelengkapan rawatan yang sepatutnya.

Al-Afghani melibatkan diri dalam kancah politik Mesir pada tahun 1876M, setelah melihat adanya campurtangan Inggeris dalam soal politik di Mesir. Melalui usahanya yang gigih ketika di Mesir pada tahun 1879 M. Al-Afghani dapat menubuhkan Parti Kebangsaan (al-Hizab al-Watani). Melalui parti ini, beliau berusaha menanamkan semangat kesedaran Nasionalisme dalam diri orang-orang Mesir. Parti ini bertujuan untuk memperjuangkan pendidikan universal, kebebasan akhbar, dan permasukan unsur-unsur Mesir ke dalam kedudukan militer (ketenteraan).

Parti ini terus hidup sehingga abad ke-20 dan di pimpin oleh tokoh yang berkaliber seperti Mustafa Kamal yang merupakan anak kepada Ali Muhammad yang terdiri dari kalangan orang kaya. Matlamat asalnya kewujudan parti ini adalah untuk menggulingkan Khedive Ismail dan digantikan oleh anaknya Taufiq Pasha, kerana sebelum itu Taufiq Pasha pernah berjanji dengan rakyat Mesir bahawa beliau akan melakukan pembaharuan seperti yang dituntut oleh Islam seperti yang diharapkan oleh al-Afghani. Tujuan utama al-Afghani ialah menegakkan “Kesatuan Islam” di bawah satu pemerintahan Islam yang diketuai oleh seorang khalifah yang berkuasa sepenuhnya ( Landau 1952:vol 26: 50).

Kegiatan yang dilakukan oleh al-Afghani ketika berada di Mesir ­telah memberi pengaruh yang besar terhadap umat Islam di sana. Beliau telah berjaya membangunkan semangat berfikir di kalangan penduduk Mesir sehingga negara itu mencapai kemajuan dan menjadi sebuah negara moden. Beliau ingin melihat cita-citanya terhasil dengan jayanya. Beliau banyak mempengaruhi negara-negara lain supaya melakukan pemberontakan terhadap penjajah Barat sehingga menimbulkan perasaan anti-penjajah yang meluap-luap dikalangan negara-negara yang sempat dilawatinya seperti Sudan, Turki, India, Iran, Mesir. Malangnya, oleh kerana keterlibatan al-Afghani dalam politik Mesir, akhirnya beliau telah diusir keluar dari Mesir oleh pemerintah. Beliau kemudian pergi ke Paris.

Pada tahun 1882M ketika berada di Paris beliau telah menubuhkan (Pertubuhan) Kumpulan al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan Yang Kukuh). Anggota-anggotanya terdiri daripada orang-orang Islam dari India, Mesir, Syria, Afrika Utara dan lain-lain. Pertubuhan ini bertujuan untuk memperkuatkan rasa persaudaraan sesama Islam, membela, dan membawa umat Islam kepada kemajuan. Pertubuhan ini turut menerbitkan sebuah jurnal mingguan dengan nama yang sama iaitu Urwah al-Wuthqa, yang mengecam keras Barat. Majalah mingguan ini hanya dapat bertahan selama 18 tahun keluaran. Terbitan pertama muncul pada tanggal 13 Mac 1884 dan yang terakhir 16 Oktober 1884. Ini kerana pihak Barat melarang pengeluarannya di negeri-negeri Islam disebabkan bimbang terhadap pengaruh akhbar tersebut.

Tujuan utama mingguan itu ialah:
1. Untuk memberikan maklumat kepada orang dengan maksud untuk menyeru mereka kembali kepada kesatuan politik dan untuk menyedarkan negara-negara Islam bahawa negara Eropah sebenarnya mengambil keuntungan dari pertikaian-pertikaian serta sikap lemah dalam negeri-negeri Islam itu.
2. Menyemaikan kesedaran kepada umat Islam untuk melindungi perbatasan setiap negara Islam terhadap setiap serangan ataupun campur tangan dari negara lain dan untuk menggunakan keseluruhan sumber yang mereka ada guna menghadapi serangan.
3. Membangkitkan semangat untuk berjuang bagi pembebasan semua negara yang dikuasai oleh kekuatan Kolonial Barat. Salah satu misi al-Afghani di Paris juga ialah untuk menjelaskan kepada negara-negara Islam agar mereka membangun pertahanan nasional mereka sendiri dan jangan bergantung pada potensi militer negara-negara Eropah. Demi keselamatan dan kedaulatan mereka sendiri, al-Afghani ingin agar mereka memenuhi keperluan mereka sendiri.

Ringkasnya dalam bidang politik, beliau menyeru kepada pemerintahan demokrasi. Menurut beliau, sistem pemerintahan autokrasi perlu dihapuskan. Selain itu, Ketua Negara perlu mengadakan syura bersama pemimpin masyarakat yang mempunyai banyak pengalaman dalam pentadbiran. Al-Afghani berusaha memberi pemahaman bahawa pentadbiran Islam yang sebenar menghendaki pemerintahan yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk bersuara (kebebasan menyuarakan pendapat). Bahkan Ketua Negara perlu mematuhi undang-undang dasar yang telah ditetapkan.

2.2 Pembaharuan dalam bidang agama

Menurut al-Afghani, kemunduran umat Islam bukanlah disebabkan agama Islam, tetapi disebabkan umat Islam sendiri yang bersifat statik, berpegang pada taqlid, bersikap fatalis (bersikap menyerah dan pasrah kepada nasib), meninggalkan akhlak yang mulia dan tidak mementingkan ilmu pengetahuan. Ini bermakna umat Islam telah meninggalkan ajaran Islam yang sebenarnya. Al-Afghani menyeru agar umat Islam bersifat dinamik, tidak bersifat fatalis, berpegang teguh pada akhlak yang tinggi dan mencintai ilmu pengetahuan. Manakala sikap statik telah membawa umat Islam menjadi tidak berkembang, dan hanya mengikut hasil ijtihad ulama sebelum mereka.

Salah faham terhadap qada’ dan qadar juga mesti diperbetulkan. Menurut al-Afghani, qada’ dan qadar yang sebenarnya ialah mempercayai bahawa segala sesuatu yang berlaku itu terjadi kerana ada sebab dan musababnya. Menurut al-Afghani lagi, terdapat sebahagian umat Islam mempecayai bahawa agama hanyalah amalan-amalan yang berkaitan dengan kerohanian semata-mata. Oleh itu mereka tidak mahu turut serta dalam usaha-usaha untuk membangunkan kehidupan dunia. Keadaan ini juga merupakan kehidupan dunia. Keadaan ini juga merupakan salah satu sebab menjadikan umat Islam mundur, sedangkan Barat semakin maju.

Al-Afghani ingin melihat umat Islam kuat, dinamik dan maju. Jalan keluar yang ditunjukkannya untuk mengatasi keadaan ini ialah melenyapkan pengertian salah yang dianuti oleh umat Islam dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Menurut beliau, Islam mencakupi segala aspek kehidupan, termasuk ibadah, hukum-hakam, bahkan sosial. Beliau menyeru agar umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar di samping beramal dengan akhlaq yang tinggi dengan menyucikan hati daripada perkara yang boleh merosakkan persaudaraan umat Islam. Apabila umat Islam berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sebenar, kemajuan dapat direalisasikan kembali.







2.3 Pembaharuan dalam bidang penulisan

Dalam bidang penulisan (kewartawanan), ketajaman mata penanya, pandangan dan fikiran amat menakutkan pihak penjajah terutama Inggeris. Al-Afghani menyelar penjajah secara langsung tanpa berselindung lagi. Keadaan ini amat mencemaskan pihak musuh kerana belum pernah pada zaman itu ada penulis-penulis sanggup berbuat demikian.

Al-Afghani telah menganjurkan kempen memperbaiki bahasa dan mengarang. Ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan umat Islam dan menanamkan mereka dengan keinginan membaca karangan yang indah dan teratur gaya bahasanya. Tambahan pula tugas sasterawan, penulis, pengarang dan penyair, menurut al-Afghani, bukan sekadar untuk memuji raja tetapi untuk menyedarkan umat Islam. Inilah yang dilakukan oleh al-Afghani.

Antara karangannya yang terpenting ialah mengenai politik Imperialisme di negara-negara Timur. Hasil karangan al-Afghani ini menarik perhatian umum sehingga menjadi bahan perbincangan id kalangan ahli-ahli dan tokoh-tokoh politik tertinggi di Britain. Hal ini kerana, dalam penulisannya beliau telah menceritakan mengenai tipu daya dan muslihat jahat orang-orang Inggeris. Al-Afghani juga menerangkan mengenai taktik penjajah dalam melaga-lagakan Sultan-sultan dan pemerintah di negeri Timur.

Untuk membangunkan angkatan penulis muda yang cekap, beliau telah nemcipta fahaman baru yang dianjurkan olehnya sendiri dalam akubar. Selain itu, beliau juga menceritakan keadaan politik Mesir dalam penulisannya. Malah beliau telah menumpukan perhatian bagi mempengaruhi penduduk sesebuah negeri supaya menyedari bahaya penjajahan asing. Keberaniannya amat jelas. Hal ini dapat dilihat melalui tulisan beliau di akhbar yang tidak pernah menyembunyikan peribadinya yang bersifat anti penjajah.

Di samping itu, ketajaman dan kepintaran al-Afghani dalam bidang penulisan ini telah diperakui sendiri oleh seorang pemimpin Parti Liberal Inggeris iaitu Glad Stone yang amat tertarik dengan tulisan al-Afghani. Beliau telah mengatakan bahawa al-Afghani sememangnya seorang yang berwibawa dan merupakan ahli fikir yang bijak pada abad tersebut.
Jamaluddin juga menulis banyak buku dan artikel. Antaranya ialah:
(a) Bab ma ya’ulu ilaihi Amr al-Muslimin (Pembaharuan tentang sesuatu yang melemahkan orang-orang Islam)
(b) Makidah asy-Syarqiyyah (Tipu Muslihat Orientalis)
(c) Risalah fi ar-Radd ‘Ala al-Masihiyyin (Risalah Untuk Menjawab Golongan Kristian:1895)
(d) Diya al-Khafiqain (Hilangnya Timur dan Barat: 1892)
(e) Haqiqah al-Insan wa Haqiqah al-Watan (Hakikat Manusia dan Hakikat Tanah Air:1878)
(f) Al-Radd ‘Ala al-Dahriyyin ( Jawaban Terhadap Golongan Atheis)

3.0 Gerakan pan-Islamism

Nama al-Afghani selalu dikaitkan dengan dua gerakan yang sering disebut-sebutnya. Yang pertama ialah nasionalisme yang dikempenkannya terutama di Mesir dan India untuk menentang kolonialisme. Yang keduanya ialah pan-Islamism atau penyatuan negar-negara Islam. Kejayaan daripada inilah yang menjadi kepada salah satu kunci penting pemikiran al-Afghani. Menurutnya bersatu merupakan salah satu tiang agama Islam. Untuk itu, beliau menyeru agar para pemerintah Negara Islam bersatu ( Ensiklopedia Islam, 2003:3:55).

Secara umumnya pan- Islamism boleh dimaksudkan sebagai rasa persaudaraan kasih sayang, saling cinta mencintai sesama umat Islam di dunia. Pan- Islamism itu merupakan satu perasaan halus yang wujud dalam diri umat Islam ( Smith, 1957: 88). Sebelum pengusiran al-Afghani ke India pada tahun 1879 M, dari Mesir, beliau telah membuka perbincangan mengenai penyatuan umat Islam sedunia, kemudian beliau terus menulis surat rayuan kepada seorang pembesar Turki untuk dijadikan sebagai agen penyatuan ummah. Namun, tidak ada dokumen yang jelas tetapi ada pendapat bahawa bermulanya surat-surat al-Afghani itu diantara tahun 1877-1878 M. Ini berdasarkan kepada: ( Keddie, 1972: 131).

1) Reformasi al-Afghani dirancang sebelum 1879 M, beliau menulis surat pertama ke Istanbul dan diikuti ke destinasi-destinasi yang lain dan surat-suratnya kepada raja Riyad Pasha Mesir pada tahun 1879 M, menyatakan beliau akan ke Istanbul.
2) Pada tahun 1877-1879 M, al-Afghani bertindak untuk membangkitkan semangat orang-orang Islam Rusia menentang negara tersebut. Pada masa itu juga bermulanya pengisytiharan perang antara Turki dengan Rusia.
3) Penerbitan majalah al-Urwat al-Wustqa pada tahun 1884 M memberi tamparan hebat kepada Inggeris dan Perancis. Kemudian Turki pula melancarkan pan-Islamism beberapa tahun kemudian iaitu diantara tahun 1891-1892 M.

Muhammad Abduh dan al-Afghani mempunyai persamaan dalam pendekatan satu bentuk pemerintahan negara dengan matlamat untuk mewujudkan pemerintahan berbentuk khalifah, tetapi mastilah dibatasi undang-undang yang tidak boleh sewenang-wenangnya menjalamkan urusan pentadbiran tetapi keputusan khalifah terletak kepada Syura iaitu sebagai badan perunding yang didasarkan kepada undang-undang Allah ( Mammud Haq 1970: 56). Jelaslah kepada kita bahawa asas pergerakan politik al-Afghani merupakan hasrat yang memenuhi cita-cita reformasinya, di samping menyedarkan umat Islam supaya membebaskan diri dari belenggu kejahilan. Kegiatan politik beliau itu wujud hasil dari pemikiran dan lawatan-lawatan beliau ke Negara-negara Islam dan Eropah. Bahkan juga pengalaman dan penindasan demi penindasan yang dilakukan ke atas umat Islam. Inilah cita-cita luhur dan murni seorang tokoh reformer terhadap ummah sekaligus untuk melihat dan memusnahkan cita-cita jahat penjajah yang sekian lama membelenggu Umat Islam. Di samping itu, beliau berhasrat untuk membimbing umat Islam ke jalan yang diredhai.

Sifat seorang ulama’ yang mempunyai keilmuan yang tinggi juga mendorong sebarang fahaman yang boleh membawa kemunduran dan kehancuran. Jika kita dapat perhatikan secara terperinci Gerakan pan-Islamism yang diwujudkan melalui idea pemikiran al-Afghani ini, kita dapat melihat, seolah-olah tergambar oleh kita pada zaman Rasulullah s.a.w. telah pun ada dimana pengikut-pengikutnya yang kurang sanggup berjuang menentang musuh-musuh Islam terutama Musyrikin Mekah.

3.1 Idea Penubuhan Pan-Islamisme (Persatuan Seluruh Umat Islam)

Menurut al-Afghani, kekuatan dan keteguhan hidup umat Islam bergantung kepada kejayaan membina persatuan dan bekerjasama dalam segala hal, dari sekecil-kecil perkara hinggalah perkara-perkara besar yang memerlukan perbincangan bersama. Persatuan umat Islam mestilah diwujudkan kembali supaya umat Islam bersatu bagi mengecap kemajuan Beliau berpendapat jalan utama untuk menguatkan sesebuah empayar adalah perpaduan (kesatuan) masyarakat. Beliau percaya setiap bangsa mempunyai semangat kesetiakawanan. Penerapan semangat ini akan mewujudkan rasa bangga seseorang terhadap bangsanya. Umat Islam perlu bersatu padu untuk memajukan Islam. Atas tujuan inilah ketika beliau berada di Paris, beliau telah membentuk sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai al-Urwah al-Wusqa yang dianggotai orang-orang Islam dari India, Mesir, Syria, Afrika Utara dan lain-lain.

Pan-Islamisme di bawah pimpinan Jamaluddin al-Afghani mengetengahkan beberapa pemikiran iaitu:
(a) Seruan supaya umat Islam kembali kepada bimbingan Kitab suci al-Quran dan Sunnah Rasulullah setiap masa.
(b) Memperbaiki realiti hidup umat yang menyebabkan kemunduran dunia Islam. Beliau menyeru agar umat Islam kembali kepada pemikiran yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah dengan membangunkan asas pengetahuan yang luas, keperibadian yang berani, jihad Islam yang kental yang tidak mengenal rasa takut tetapi hanya mengharapkan rahmat dan keredhaan Allah (dalam erti kata bersatu di bawah satu akidah).
(c) Seruan kepada kesatuan dunia Islam berpecah belah. Keadaan ini memudahkan kuasa penjajah menguasai sebahagian besar dunia Islam. Kemudian mereka melumpuhkan keperibadian, merosakkan pemikiran serta meruntuhkan akidah dan akhlak umat Islam.
(d) Seruan supaya umat Islam membina kembali tamadun Islam. Kerana tamadun Islam adalah sebuah tamadun yang unggul. Ia tidak dibina berasaskan fanatik, tetapi berasaskan kaedah-kaedah agama yang berpandukan al-Quran.

4.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya Jamaludin al-Afghani merupakan seorang tokoh pemikir yang unggul. Beliau juga banyak berhijrah ke negara-negara lain untuk melihat suasana Islam ketika itu yang banyak dikuasai oleh penjajah Barat. Pembaharuan beliau lebih kepada pembaharuan politik. Beliau banyak membela kebebasan manusia dan berani berjuang menentang penjajah Barat.

Al-Afghani menganjurkan pembaharuan di mana pun beliau pergi dan tinggal di dunia Islam mahupun di luarnya. Beliau berpendirian bahawa kezaliman dan kekuasaan autokrat selalu menimbulkan bermacam-macam penyelewengan, fitnah-fitnah intelektual, serta perhambaan politik dari ekonomi massa. Setelah membebaskan kaum Muslimin dari perhambaan negara-negara kuasa-kuasa besar atau kakitangan mereka, tujuan seterusnya ialah untuk menyatukan mereka semula, demi kepentingan mereka sendiri juga untuk kebaikan umat manusia. Misi hidupnya adalah untuk mengakhiri kekuasaan internasional terhadap negara-negara Islam yang hendak digabungkan dalam satu federasi atau perserikatan yang didasarkan atas prinsip-prinsip Islam (gagasan Pan-Islamismenya).


Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh beliau sama ada dari segi politik, agama, penulisan, pendidikan, dan kesihatan. Ini telah membuktikan bahawa Jamaluddin al-Afghani seorang yang cekal dan sanggup melakukan apa sahaja untuk meningkatkan martabat orang Islam.

15 August, 2009

Jahiliah dan Sekularisme

JAHILIAH DAN SEKULARISME

Setengah manusia mengira bahawa Jahiliyyah adalah tempoh tertentu daripada zaman sebelum datangnya Islam di tanah suci Arab. Jahiliyyah adalah intipati tertentu yang mungkin mengambil gambaran yang berbagai-bagai mengikut bi’ah, situasi, masa dan tempat. Maka semua gambaran itu serupa bahawa Jahiliyah meskipun berbagai-bagai bentuk rupa. Jahiliyyah bukan lawan kepada apa yang dinamakan ilmu, makrifat, ketamadunan, madaniah, kemajuan kebenaran dan nilai-nilai pemikiran, sosial, politik dan kemanusiaan secara mutlaknya.

Walaupun ianya telah lama terkubur selepas kedatangan Islam, namun sisa-sisa atau saki baki yang tertinggal ini telah menyerap masuk kedalam jiwa kebanyakkan manusia tanpa disedari oleh mereka sendiri sekaligus terbentuknya manusia yang terpesong dari petunjuk yang haq kerana terlalu mengikut nafsu demi kepentingan diri.

Sesungguhnya Jahiliyyah sebagaimana yang dimaksudkan dan tentukan oleh Al-Quran ialah keadaan nafsiyyah (diri) yang menolak untuk berpandukan dengan petunjuk Allah serta sistem tanzimi yang menolak dengan pemerintah dengan apa yang diturunkan oleh Allah:

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
“Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin” (Al-Maidah : 50)

Ibn Qayyim berkata : “ Panggilan dengan panggilan (slogan) Jahiliyyah seperti panggilan kepada qabilah-qabilah dari puak bagi seseorang dan seumpamanya taasub dengan mazhab-mazhab, golongan-golongan, tuan-tuan guru, melebihi setengahnya ke atas setengah yang pada sudut hawa nafsu dan asobiyah…….”.

Semenjak perkembangan kehidupan dan kelahiran aqidah yang thabitah dengan perubahan syariah berdasarkan kesesuaian manusia sehinggalah kesempurnaan Islam pada sudut aqidah dan syariah sebagai satu agama yang datang dari sisi Allah. Maka berterusanlah manusia terbahagi kepada dua golongan, tiada yang ketiga, Muslimin atau Jahiliyyin.
SEKULARISME.

Perkataan sekularisme berasal dari perkataan latin iaitu “Saeculum”. Saeculum bermaksud masa dan tempat. Dengan kata lain, “masa dan tempat” ini bermaksud Masa Kini Bertempat di Dunia.

Dari Kamus Dewan : “Fahaman (doktrin) yang menolak atau memisahkan agama atau ciri-ciri keagamaan di dalam urusan-urusan yang tidak bersangkutan dengan agama.

Dari buku Daa`ratul Maa`rif al Brithoniah “Sekularisme ialah suatu gerakan sosial yg bertujuan memalingkan manusia daripada mementingkan kehidupan duniawi semata-mata. Kecenderungan tersebut telah berkembang sepanjang sejarah moden kepada sebuah fahaman sekularisme sebagai gerakan yg menolak agama dan ajaran kristian”.Kalimat sekularisme berasal dari kalimat Latin saeculum dan kalimat Inggeris secularism.
ASAL-USUL SEKULARISME

Dimana dan bila bermulanya gerakan sekularisme?

Sekularisme adalah satu ideology (fahaman) ciptaan manusia yang sangat merbahaya dan harus diperangi habis-habisan. Asalnya, fahaman sekularisme merupakan cetusan pemikiran golongan pekerja di Eropah yang tidak puas hati dengan pemerintahan pihak gereja, lalu mereka memisahkan bidang kuasa gereja dan pemerintahan untuk mencapai matlamat mereka. Sesungguhnya tidak ada dari yang lain matlamat mereka melainkan untuk memuaskan hawa nafsu mereka dan memperolehi apa jua yang mereka ingin tanpa menghiraukan perkara-perkara lain. Sebab itu, kita sebagai umat Islam mesti menolak sekularisme kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka.


Apakah kesan sekular pada ekonomi ?

Sekularisme bukan sekadar menghalalkan perkara yang diharamkan, tetapi menyediakan berbagai peluang supaya kemungkaran dan maksiat terus berkembang dan berleluasa. Mereka menyediakan tempat-tempat khas untuk zina dan mengadakan pesta-pesta dan konsert-konsert yang membawa ke arah maksiat. Alasan mereka mudah. Mereka menyatakan ini adalah salah satu cabang sumber kepesatan ekonomi Negara. Ternyata, fahaman ini, mengaburi mata umat islam dengan kehebatan nikmat di dunia. Sebab itu zina, arak, riba, liwat dan sebagainya daripada berbagai bentuk kemungkaran tidak dikirakan suatu kemungkaran pada pandangan sekularisme.

Riba merupakan tunggak dan asas kekuatan ekonomi sistem sekular. Mereka meletakkan riba dalam bank-bank yang beroperasi serta memaksa manusia menerima sistem riba yang dijalankan Riba merupakan suatu yang diharamkan oleh Allah swt. Ingatilah larangan Allah swt :

“Wahai orang–orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan apa yang tinggal daripada riba jika kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya”
Maka tatkala menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah merupakan suatu kekufuran maka jelas sekularisme bertentangan dengan ta’alim dan ajaran Islam, dasar dan perlaksanaan. Orang yang melakukan seperti itu bukanlah termasuk dalam kelompok muslimin dan secara dharurinya menjadi kemestiaan bagi orang Islam untuk menolak sekularisme dan pemerintahannya.

Apakah kesan sekularisme pada politik?

Dari sudut politik pula, kesan sekularisme begitu ketara. Kuasa yang diamanahkan dari Allah kepada pihak tertentu untuk mendaulahkan Islam disalahgunakan malah dipesongkan mengikut acuan sendiri demi kepentingan diri dan kaum kerabat masing-masing. Mereka menggunakan acuan penjajah yang diwasiatkan kepada mereka untuk mereka gunakan dalam aspek perundangan, urusan jual beli dan aspek-aspek yang lain.

Mereka bukan sahaja tidak melaksana perintah yang telah ditetapkan olehNya, malah ada juga segelintir dari mereka menghina, mengutuk, memfitnah majhaj yang mulia ini. Mereka merasakan method islam ini tidak lagi selari dengan peredaran zaman yang canggih dan lagi maju.

Sekularisme menyerang umat Islam dan menghapuskan syariat Islam dari pemerintahan dan menjadikan undang-undang yang memerintah dan kekuasaan yang mengawal manusia ialah kekuasaan yang lain dari Allah swt,yang lain dari syariat Islam yang diturunkan oleh Allah swt.Kerana itulah menjadi kewajipan kepada kita untuk mengkufuri sekularisme dan menolak sistem yang berdiri di atas dasar sekularisma dan sama sekali kita tidak rela dan redha dengan sistem tersebut sehingga tertegak kekuasaan Allah dan tinggi kemuliaan Islam dan Islam adalah syarat yang memerintah manusia.

Apa kesan sekular pada pendidikan?

Apabila kita mendalami mengenai method pendidikan yang disyorkan oleh syara’ yakni method yang dikehendaki oleh Islam,sistem ini mampu membawa penganut-penganut islam ini membersihkan jiwa manusia dan menanamkan rasa taqwa kepada Allah. Apa yang terjadi pada dunia sekarang ini, sistem pendidikan negara kini telah diracuni dengan racun yang mampu melupakan manusia kepada Khaliqnya.

Berbagai-bagai kepalsuan seperti penyelewengan fakta-fakta sejarah islam, mengagungkan-agungkan sainstis barat, menabur para pelajar dengan cerita-cerita berkenaan dengan kehebatan yang dimiliki oleh musuh-musuh islam dari segi teknologi, persenjataan dan sebagainya ternyata berjaya mempengaruhi pemikiran manusia khususnya masyarakat islam sekaligus tertanam dalam jiwa mereka dengan kehebatan material yang sememangnya palsu dari penyerahan secara total kepada Allah.

Sekular sebahagian daripada fahaman materialisme kerana
● Ia membataskan metodologi ilmu kepada pancaindera manusia yg lima sahaja.
● Membataskan alam wujud hanya kepada yg dapat dikesan oleh pancaindera.
● Menyandarkan bukti materialistik dalam penemuan ujikaji sains.
● Memandang hukum alam adalah dikawal oleh hukum tetap (seperti teori Isaac Newton) yang mengatakan bumi beredar disebabkan adanya magnet dan beliau menafikan adanya kuasa tuhan.
PECAHAN SEKULARISME

Sekularisme bertindak sebagai pemangkin kepada kelahiran isme baru buatan manusia yang jelas tidak memberikan kesan yang efektif dalam kehidupan manusia. Isme buatan manusia yang berkait rapat dengan sekular ialah :



Asas pengeluaran isme yang bertentangan dengan Islam adalah disebabkan :
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
“Tidak akan redha selamanya Yahudi dan Nasrani kepada kamu sehingga kamu mengikut ajaran (agama) mereka.” ( Al-Baqarah 120)

Apa itu Nasionalisme .

Fahaman ini datang dengan meniupkan semangat kebangsaan dan Islam tidak menjadi asas kepada kesetiaan, ketaatan, dan kasih sayang tetapi bangsa dan negara menjadi asas dan kecintaan serta permusuhan, umat Islam berpecah belah dan Islam tidak menjadi penjaga dan mengawal pergerakkan mereka dan kerana itu umat dikosongkan dari cita-cita dan keinginan Islam dan ditiupkan kepada mereka cintakan negara sebagai gantinya.

Semangat kebangsaan yang dikemukan oleh fahaman ini telah menimbulkan berbagai masalah yang sehingga susah untuk diperbetulkan, negara ketiadaan rakyat dan rakyat kehilangan negara walaupun zahirnya mereka memiliki negara. Manusia hidup mementingkan diri sendiri sehingga cerdik pandai dan intelektual tidak mampu untuk membuat sesuatu kerana mereka kehilangan sandaran masyarakat kepada mereka. Kata-kata orang jahil dan bodoh menjadi pegangan dan pemerintah jatuh ketangan orang-orang yang bodoh. Apabila orang-orang bodoh memerintah maka berlakulah kerosakkan yang berleluasa, usaha yang sia-sia, pemerasan tenaga dan belenggu pemikiran.

Takrif ini menjelaskan bahawa nasionalisme adalah fenomena yang meletakkan kesetiaan dan ketaatan manusia kepada negara, sekira-kira meletakkan kepentingan negaranya di atas segala kepentingan yang lain samada ianya merupakan kepentingan peribadi ataupun kepentingan negara-negara lain. Fahaman ini adalah bertolak daripada andaian bahawa tumpuan utama bagi ikatan politik adalah terletak kepada bangsa. Fahaman ini adalah diasaskan oleh pemikir-pemikir politik seumpama Machiavelli, Rousseau dan Johan Gottfried. Ia adalah satu fahaman baru yang muncul di zaman moden akibat daripada pergolakan sejarah yang berlaku di Eropah iaitu pergolakan yang lahir daripada perjuangan masyarakat barat untuk membebaskan negara-negara mereka daripada tekanan pentadbiran dan kezaliman kuasa gereja.

Apa itu Kapitalisme

Memang sudah menjadi lumrah manusia untuk mengejar kesenangan dan kemewahan hidup. Tiada manusia yang mahukan kedaif dan kepayahan dalam hidup mereka kecuali kewarasan pemikiran mereka di angkat oleh Allah. Islam tidak melarang umatnya untuk mengumpul harta dan menjadi kaya raya selagi methodnya tidak melanggari batas-batas agama. Islam menetapkan kewajipan pembayaran zakat dan saranan bersedekah untuk menolong umat islam yang memerlukan.

Ini sangat berbeza dengan fahaman kapitalisme yang asaskan oleh pemikiran yang jahil. Penciptaan fahaman ini hanya untuk memperjuangkan hak kebebasan berekonomi tanpa batasan. Kesannya, wujudlah golongan kaya menjadi semakin kaya dan golongan miskin terus papa kedana.Fahaman ini juga ditolak kerana ia menyebabkan peradaban kemanusiaan menjadi rosak, moral dan akhlak mereka runtuh, dan ia juga punca segala bentuk kezaliman dan penindasan sesama manusia kerana kejahilan dan kebodohan manusia sendiri yang tidak tahu hakikat kehidupan yang sebenarnya.

Apa pula Sosialisme

Fahaman ini dicetuskan untuk memperjuangkan nasib dan hak kesamarataan orang bawahan dan nasib buruh. Walaupun ini tampak baik dan adil namun ia adalah suatu yang melanggari fitrah. Ini kerana, walaupun kerja yang dilaku oleh pekerja sangat banyak, namun nilai upah atau ganjaran yang diberikan tetap sama dengan pekerja yang sedikit kerjanya.

Apa itu Komunisme

Komunisme adalah fahaman sosialis ala Karl Marx dari Jerman. Beliau berketurunan Yahudi dan meluaskan skop sosialisme dengan memperjuangkan nilai kekuasaan untuk membina sistem kesamarataan. Sistem ini menafikan hak mencari harta bagi yg mampu sebaliknya harta seseorang diagih kepada orang ramai tanpa usaha golongan yang menerima itu.fahaman ini diteruskan oleh Lenin,kerana itu ia disebut marxis-leninisme,
KESIMPULAN

صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ
“itulah corak (celupan) Allah, maka siapakah yang lebih baik pencoraknya (celupannya) daripada Allah s.w.t.” ( Al-Baqarah : 138)

Memperjuangkan ideologi selain Islam adalah membatalkan syahadah.Ini kerana isme-isme pembawakan manusia menumpukan kepada materialistik dan kita seharusnya membanyakkan bacaan walau dalam bahan apa sekalipun untuk membersihkan fikiran kita daripada kekotoran barat yang berusaha merungkai tali Islam dari leher kita. Kata-kata Saidina Umar “Sesungguhnya Islam akan terungkai satu persatu dari orang Islam apabila dia tidak mengetahui akan hakikat jahiliah”.

Tazkirah buat seorang pemimpin

Mungkin pada orang lain yang tidak memahami, amanah itu adalah bukan suatu keinginan, bukan juga wasilah untuk mencari populariti. Namun kita perlu sedar, amanah dan tanggungjawab kita adalah untuk memelihara kelangsungan tarbiah dimuka bumi ini, bkn hanya menjadi prbualan dan gelaran yg acapkali disogok kepada bumi ini (bumi tarbiah), ttpi memastikan ia sungguh menjadi realiti yg tidak pupus dihanyut maksiat dan noda.

kita jgn sesekali merasa gah dgn kedudukan ini. Jgn sesekali ada sekelumit, jika ada cepat-cepat kita menangkisnya krn pasti itu bisikan syaitan yang selalu ingin menyesatkan kita. kita semua tahu, kedudukan bkn kebanggaan! tidak sekali-kali. Jadi jgn meletakkan platform kita sebgai pimpinan ini adalah utk dikenali ramai dan yg sebtulnya, kita msti merasakan diri kita ini adalah penyumbang kepada masyarakat umumnya dan khususnya mahasiswa/i kita yg byk memegang jawatan di universiti.

kita adalah pemimpin, maka pimpinan akan dipertanggungjwb atas setiap apa yg dipimpin. Ana sedar, amanah kepimpinan ini adalah suatu yg cukup berat dan beban. Sukar bg kita. ya lah, jika dahulu kita asyik bersenang-lenang tanpa prlu membahagi masa, kini sudah tidak lg. Masa yang ada semua dipenuhi dengan amanah yg kita ada. itulah uniknya pimpinan, lbih hebat lg jika pimpinan yg pandai membahagi masa lantas berjaya dlm peperiksaan dgn baik. Tidak pelik dan bezakah? Pimpinan yg masanya cukup terhad kadangkala lebih hebat dlm pencapaian akademik. Tidak pelikkah? Masa pimpinan lebih dipenuhi dgn amanah, namun di sana ada suatu prsoalan, pada masa mana pula pimpinan membahagi masa utk belajar?

Nah! jika kalian lihat, inilah janji Allah. Jika kalian hayati dan yakini janji Allah itu, pasti kalian tidak akan meragui dan merungut sama sekali. Masakan tidak, Allah sudah janji pada kita "in tansurullaha yansurukum, wa yutsabbit aqdamakum". tp jgn kalian jadikan ayt trsebut sbgai satu proksi utk brmalas-malasan tnpa usaha. Kita msti ingt juga, Alah akn menilai usaha kita seblum memberi kita hasilnya...

14 August, 2009

dimensi baru dalam kamus hidupku

Bermulanya episode baru dalam hidupku,,,,,,, aku jelous melihat kwn2ku ada blog masing2..pelbagai layout yg kwn2ku kasi untuk aku membuat blog...betapa bersungguhnya kwn2ku meyuruh aku membuat blog..akhirnya Allah telah membuka pintu hatiku untuk mengenali kau blog....
tanggal 15 Ogos 2009 M,bersamaan dengan 24 Sya'aban 1430 H. telah lahir seorang gadis yg bernama tautan hatiku..anda nk tau mcm mana aku buh nama tautan hati...adalah dari Novel Tautan Hati..
nanti tgok la blog sy tau...mungkin kita dapat bertukar2 pendapat...

keINdAhAn TuHan