dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

28 September, 2009

selamat kembali ke UKM

apa khabar kwn2ku semua.....mcm mana selepas menjalani ibadah puasa yg lalu...adakah masih bersemangt walaupun sudah berlalu...harap2 semangat untuk melakukan kebaikan memuncak..mari bersama berlumba ke arah kebaikan...

Selamat Hari Raya....semua.

16 September, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

pertama sekali nak ucpkan syukur alhamdulillah, kerana diberi nikmat hidup untuk terus beribadah kepada yang Esa...Alhamdulillah..

Pada 16 September 2009 bersamaaan dengan 26 Ramadhan 1430 H, dapat lagi kita diberi peluang olehnya untuk merasai nikmat di bulan yang berkat ini...

Sempena Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, moleklah sy ucapkan kepada kwan2 sy yang nk balik raya ataupun yang sudah sampai kg halaman, dengan ucapan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin..salah dan silap harap dimaafi..kerana fitrah manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan...

kepada kwanku Gee & Asma yang nk blik pg dan petang..ku doakan agar korang selamat sampai ke destinasi yang korang pergi..huhuhuhuhuh...akulah yang last blik raya dr korang...apa2 pun aku bersyukur kerana aku bkn yang terlast di UKM ini...hehehehehehe..ramai lg yang blik lewat...

doaku agar jangan lupa bawa kuih raya datang sini...hehehehe...main bunga api ingatla kt aku sama ye....macm kanak2 plak...well, apa2 pun jaga diri elok2..sebb xlama lagi kita nk Exam final...hehehehehe

14 September, 2009

Masa Berlalu dengan Pantas

terasa Ramadhan kali ini, begitu cepat skali berlalu..blom puas rasanya hati ini..kerana belom tntu lagi Ramadhan akan datang kita berkesempatan atau tidak..

Ya Allah, aku memohon pada-Mu, berkatilah Ramadhanku ini..kumohon kepada-Mu kerahmatan hidup dari-Mu, keampunan dari-Mu, dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat..Amin..

09 September, 2009

ASAL USUL MALAM LAILATUL QADAR

DALAM DURRUL MANSTUR ADA SEBUAH HADITH YANG DIRIWAYATKAN OLEH ANAS RA., BAHAWA RASULULLAH S.A.W BERSABDA: "LAILATUL QADAR TELAH DIKURNIAKAN KEPADA UMAT INI(UMATKU) YANG TIDAK DIBERIKAN KEPADA UMAT-UMAT SEBELUMNYA."

MENGENAI ALASAN YANG DIKURNIAKANNYA LAILATUL QADAR, TERDAPAT BEBERAPA PENDAPAT. MENURUT BEBERAPA HADITH, SALAH SATU ALASAN YANG DIKEMUKAKAN IALAH: RASULULLAH S.A.W PERNAH MERENUNG KEADAAN UMUR UMAT-UMAT TERDAHULU YANG LEBIH PANJANG, JIKA DIBANDINGKAN DENGAN UMUR UMAT-UMATNYA LEBIH PENDEK, TIDAK MUNGKIN DAPAT MENANDINGI ATAU MELEBIHI IBADAH-IBADAH UMAT-UMAT TERDAHULU. OLEH KERANA ITU, ALLAH S.W.T DENGAN KASIH SAYANG-NYA YANG TIDAK TERHINGGA MENGURNIAKAN MALAM LAILATUL QADAR KEPADA UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W.

02 September, 2009

Nuzul al-Quran jana perubahan, bina peradaban

PERISTIWA Nuzul al-Quran adalah antara perkara penting yang harus diingat dan direnung oleh setiap Muslim. Ini kerana bermula dengan peristiwa inilah, zaman jahiliah yang diliputi kegelapan disinari cahaya, kesesatan digantikan dengan kebenaran dan umat yang hidup bertuhankan hawa nafsu berubah kepada bertuhankan Allah yang Esa.


Dalam erti kata lain, peristiwa Nuzul al-Quran menjana perubahan dan membina peradaban umat.

Allah berfirman dalam surah al-Anbiya’ ayat 108, yang bermaksud: “Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam.”

Mafhum daripada ayat ini menjelaskan bahawa, melalui utusan Nabi Muhammad saw yang diangkat oleh Allah sebagai Rasul, Baginda menjadi rahmat bagi seluruh alam kerana membawa petunjuk (al-Quran) yang memandu manusia ke jalan yang selamat dan sejahtera.

Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Disebabkan keutamaan inilah, al-Quran berbeza daripada kitab lain yang diturunkan kepada nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad.

Sesungguhnya al-Quran adalah mukjizat terbesar yang dianugerahkan Allah kepada Rasulullah dalam menghadapi cabaran dalam menyebar dan menegakkan syiar Islam. Ketabahan Baginda berjaya mengubah bangsa Arab yang suatu ketika dulu hidup tanpa pedoman, jauh daripada hak dan kebenaran dengan meniupkan roh semangat al-Quran.

Peristiwa Nuzul al-Quran yang berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad perlu diingati dengan penuh keinsafan oleh umat Islam.

Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah daripada tempat yang terletak di sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.

“Al-Quran” pula bererti bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu, terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muammalat dan sebagainya.

Peristiwa Nuzul al-Quran mengubah dan membina peradaban umat. Ini kerana al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu adalah perkara benar dan tidak perlu diragui oleh manusia.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-Alaq. Firman Allah bermaksud :

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Mulia yang mengajarkan (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Sehubungan itu, peristiwa Nuzul al-Quran seharusnya dihayati oleh umat Islam kerana ia menjadi asas keimanan terhadap al-Quran bahawa ia adalah kalam Allah. Bahkan, ia dilihat sebagai asas utama dalam pengakuan umat Islam terhadap kerasulan Nabi Muhammad serta keyakinan bahawa Islam itu adalah agama benar, satu-satunya agama yang diredai di sisi Allah.

Dengan berlakunya Nuzul al-Quran, hala tuju kehidupan manusia menjadi lebih kemas dan jelas dengan berpandukan petunjuk dan pedoman yang diwahyukan oleh Allah.

Banyak keterangan dalam al-Quran dan hadis bahawa al-Quran adalah kitab petunjuk atau pedoman ke arah mencapai darjat muttaqin, iaitu orang yang bertakwa. Firman Allah yang bermaksud:

“Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 2).

Al-Quran diturunkan oleh Allah bukan sekadar untuk dibaca atau dilagukan semata-mata, tetapi apa yang lebih utama menjadikannya sebagai panduan dan pedoman sepanjang hayat. Itulah sebabnya al-Quran dikatakan sebagai iman bagi umat Islam.

Al-Quran di samping membawa maksud kitab bacaan, juga dikenali sebagai al-Nur, al-Furqan, al-Zikr dan lain-lain lagi yang secara tidak langsung menunjukkan peranannya yang sangat istimewa. Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Justeru itu, bagaimana seharusnya sikap kita agar al-Quran itu boleh berperanan sebagai cahaya menerangi hidup dan pembeza antara hak dan batil serta memberi peringatan?

Bolehkah al-Quran berperanan sebagai cahaya penerang dan pembimbing hidup jika kita tidak memahami isi kandungannya?

Kalau tujuan utama manusia dijadikan oleh Allah untuk memperhambakan diri kepada-Nya iaitu dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya, maka penghambaan kita kepada Allah tidak akan sempurna tanpa memahami kehendak-Nya.

Demikianlah juga penghambaan kepada Allah tidak akan sempurna melainkan selepas difahami dan diamalkan kehendak-Nya kerana semua kehendak Allah itu tercatat dalam al-Quran.

doa ramadhan

  • Hari Pertama

    "Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

  • Hari Kedua

    "Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

  • Hari Ketiga

    "Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan, demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan."

  • Hari Keempat

    "Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

  • Hari Kelima

    "Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya' (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih."

  • Hari Keenam

    "Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."

  • Hari Ketujuh

    "Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."

  • Hari Kelapan

    "Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."

  • Hari Kesembilan

    "Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."

  • Hari Kesepuluh

    "Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."

  • Hari Kesebelas

    "Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."

  • Hari Kedua Belas

    "Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan.



    Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."

  • Hari Ketiga Belas

    "Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin."

  • Hari Keempat Belas

    "Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin."

  • Hari Kelima Belas

    "Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut."

  • Hari Keenam Belas

    "Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."

  • Hari Ketujuh Belas

    "Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."

  • Hari Kelapan Belas

    "Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."

  • Hari Kesembilan Belas

    "Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."

  • Hari Kedua Puluh

    "Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."

  • Hari Kedua Puluh Satu

    "Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diriku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagiku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."

  • Hari Kedua Puluh Dua

    "Ya Allah, bukakan bagiku pintu kelebihan dan turunkan bagiku keberkatan Mu. Berilah kepadaku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."

  • Hari Kedua Puluh Tiga

    "Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diriku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hatiku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa."

  • Hari Kedua Puluh Empat

    "Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."

  • Hari Kedua Puluh Lima

    "Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya' Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."

  • Hari Kedua Puluh Enam

    "Ya Allah, jadikan usahaku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosaku sebagai dosa yang diampuni, kebaikanku sebagai kebaikan yang diterima dan keaibanku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."

  • Hari Kedua Puluh Tujuh

    "Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepadaku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maafku dan hapuskan dosa serta kesalahanku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."

  • Hari Kedua Puluh Lapan

    "Ya Allah, penuhkan hidupku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta."

  • Hari Kedua Puluh Sembilan

    "Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hatiku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman."

  • Hari Ketiga Puluh

    "Ya Allah, jadikan puasaku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan Rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad SAW dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

Punca amalan pada Ramadan jadi sia-sia

ABU Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa daripada puasanya melainkan lapar. Ramai yang mendirikan sembahyang malam tetapi tidak memperoleh apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam."

Berkaitan hadis ini, ulama memberikan tiga tafsiran berlainan iaitu pertama, ia ditujukan kepada mereka yang berpuasa pada siangnya tetapi apabila berbuka (iftar) dengan memakan makanan haram.

Segala ganjaran diterima hasil daripada berpuasa pada siangnya musnah sama sekali akibat daripada dosa besar kerana memakan makanan haram.

Kedua, hadis itu ditujukan kepada mereka yang berpuasa dengan baik tetapi ketika menjalani ibadat puasa, sibuk dengan mengumpat dan memfitnah orang lain.

Ketiga, orang yang dimaksudkan itu ialah ketika berpuasa tidak menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa.

Begitu juga dengan mereka yang berdiri malam secara sukarela sepanjang malam tetapi oleh kerana mengumpat atau melakukan dosa yang lain, akibatnya amalan mulia itu tidak mendapat pahala.

01 September, 2009

balik berbuka puasa di KG

hmmmm...rasa bahagia sangat berbuka puasa di rumah...tambah plak, mak & ayah suruh balik..rasa happy btol..syukur alhamdulillah..dapat berbuka bersama2 keluarga yang tercinta..tambah plak..abang pun balik..bawak anak sedaranya Humaira Safiah yang gedebab sangat2 yang baru masuk 1 tahun bulan 8 baru2 nie...melihat pada mak, aku teringat pada kesungguhan beliau memasak makanan kegemaran aku..laksa, sedap...sehingga menjilat siku...ish2..sampai ke ek..klau jilat siku..hehehehehe..apa2 pun aku nk bg tau, betapa sedapnya masakannya, tiada tandingannya lg...hehehehehe..

melihat ayahandaku yang tercinta..aku rasa sangat gembira..dari riak wajahnya aku dapat rasakan dia teramat gembira dengan kepulangan anaknya yang serba boleh ini...hehehehehehe..ye ke?itu kata ayah aku..hem..apa2 pun..aku bangga mempunyai ayah & ibu seperti kalian...kerana kalian berdua..aku berjaya....TERIMA KASIH IBU & AYAH
aku doakan agar kalian berdua panjang umur & sentiasa sihat selalu...cintaku selepas Allah dan Rasul adalah kalian berdua...aku sentiasa akan mendoakan diri kalian berdua, merindui ..menyayangi...& menjaga kalian berdua..hingga akhir hayatku...INSYA-ALLAH.

keINdAhAn TuHan