dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

22 December, 2009

ASAL USUL HAJARUL ASWAD

Hajarul Aswad (الحجر الأسود) merupakan salah satu batu batu hitam yang terdapat di penjuru kaabah..seperti yang kita ketahui Hajarul Aswad merupakan batu yang diturunkn oleh Allah s.w.t dr syurga..menurut riwayat yang saya baca Abdullah bin Abbas meriwayatkan Hajar Aswad merupakan batu yang berasal dari syurga & tiada sesuatu selain batu itu yang turunkn dari syurga ke dunia...

Pada mulanya Hajar Aswad tidak bewarna hitam,ttp warna susu yang berkilat yang memancarkan sinarnya..hal ini diterangkan oleh Abdullah bin Amr bin As r.a. Beliau menerangkan tentang keadaan Hajar Aswad yang dahulunya putih bersinar menjadi hitam. Hal ini adalah akibat daripada perbuatan keji & kotor yang dilakukan oleh orang musyrik..namun kelak nanti Hajar aswad akan bertukar semula menjadi putih bersinar.

menurut riwayat Ibbnu Abbas dan Abdullah bin Amr bin As, dahulu Hajar Aswad tidak hanya berwarna putih tetapi juga memancarkan sinar yang berkilauan. Sekiranya Allah s.w.t tidak memadamkan kilauannya, tidak seorang manusia pun yang sanggup mamandangnya.

Sumber : melayu.sg

21 December, 2009

hAk sApA? Hak KiTa lA..


assalamualaikum sahabat2..pagi ini 22 september 09,aku ingin berkongsi dengan sahabat2 semua tentang peristiwa yang berlaku semalam di antara aku,asma,gee n sahabat aku yang lain iaitu salawa (bkn nama sebenar). Peristiwa ini berlaku pada pukul 9.15mlm ketika aku & asma tengah bersiap2(di bilik asma)..Gee datang & menunjuk mukanya di tingkap,sehingga mengejutkan Asma..hehehe..nasib baik aku slamba je..xterkejut..Asma tu suka terkejut skit tambah2 bila orang datang tiba2 & duduk kt tepi tingkap biliknya..

*******************************************************************************

Pada malam tersebut kami keluar untuk menghantar salwa ke Hentian Kajang(stesen Bas). Asma mengajak aku & gee untuk membeli makanan di salah sebuah restoren yang terkenal di Bangi sebelum kami menghantar sahabat kami Salwa ke Stesen Bas..restoren itu terkenal dengan makanan seafood,yang paling best makanan kt situ adalah tom yamnya..memang sedap..kata Asma " kita makan kt situ la..



Kami terus menaiki kereta & memulakan perjalanan kami yang seterusnya ke Kolej Aminuddin Baki. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 10 minit. setibanya di situ, kami menunggu sahabat kami Salwa. lebih kurang 10 minit barulah kami nampak kelibat Salwa..dia meminta maaf atas kelewatannya..Asma kata "xpe Salwa.

kami memulakan perjalanan kami ke restoren tersebut dan mengambil masa lebih kurang 19 minit..kami sampai di restoren tersebut pada pukul 9.45mlm. keadaan di restoren tersebut begitu ramai..maklum la makanan di situ sedap2 belaka..mesti la ramai pelanggan..aku & salwa keluar dulu dari kereta untuk mencari meja yang sesuai..

************************************************************************************

bila aku & salwa sudah mendapat tempat, datang seorang pelayan perempuan" nk oder apa? "kata pelayan tersebut..kataku dlm hati wah cepatnya..belum panas punggung lg dh datang tanya..aku terus bagi tau nk tunggu kawan jap..sebab Asma dia nk makan nasi time tu..

bila Asma n gee datang, baru la kami order..aku pun oder bihun tomyam,Asma order kteow tom yam gee plak order nasi set..kami memutuskan untuk bungkus shj. memandangkan masa pun tidak mengizinkan. bila melihat jam ditangan je dh pukul 10mlm..aku,Asma & Gee rasa resah & gelisah, mana xnya..bas salwa pukul 10.30mlm sempat ke..tp salwa kata "xpe, sempat lg nie"..orang lain yang nk naik bas kami plak yang gelisah..hehehehe..ini la yang dimaksudkan sahabat..

*************************************************************************************

bila dh hmpir pukul 10.10mlm baru makann kami siap. apa lagi,kami terus ke kaunter untuk membayar makann sendiri..takut xsempat nak hantar Salwa..nk dijadikan cerita kmi xtengok mkanan yang kami tempah tu cukup ke x?ingatkan dah cukup sebab dia satukan dalam satu plastik besar..kami pun, dengan tergesa2 ambik makanan tersebut dan terus meninggalkan restoren trsebut dan menuju ke destenasi seterusnya..iaitu Hentian Kajang.


bila sudah smpai di Hentian Kajang kami pun bersalaman ngan Salwa..dan aku terus mengangkat begnya masuk ke dalam bonet bas. mcm aku plak yang nk balik..hehehe.Selepas semuanya selesai kami pun berangkat untuk pulang ke rumah kediaman mewah kami Ibu Zain..hehehe.Sampai je di kolej, kami singgah sebentar untuk mengambil air di cafe..bak kata Gee..jangan lupa g cafe ambik air.

************************************************************************************

bila smpai di cafe kami pun tolong la Asma mengambil air,walaupun satu botol..hehehe botol besar..bak kata aku, macam bekas botol minyak besar..hehehe..bila semuanya dah selesai kmi pun masuk la dalam kereta..nak dijadikan cerita, semasa pembahagian makanan tom yam xcukup satu iatu tom yam Gee..nie yang heran nei..nk kata mkn blom lagi.. kmi pun merasakan yang pelayan disana terlupa nk masukkan lg satu tom yam..Asma kata kita kena p balik kt sana ambik hak kita..tp Gee kata "xpyh la asma susahkan awak plak, xpe sy bleh mkn ngan sos..". Asma kata " mana bleh macm tu, kita byr bkn xbyr..kita kena ambik hak kita balik.."kata aku plak kt Gee," xkn kami nk bagi ang mkn mcm tu je xada kuah..yg kami nie mkn sedap2.."..ini xadil la..

***********************************************************************************


kami akhirnya pergi semula ke restoren tersebut..Gee kata "seha,aku takot dia xpercaya kita nanti..pastu aku kata pada gee "ala gee, jangan risau..kita cakap elok2 ngan dia..bila kami sampai ke kaunter Chsheir kmi pun memberitahu yang makanan kami xcukup satu iaitu tom yam kosong. Chsheir tersebut bertanya adik beli apa td? ASma pun menjawab Kotew tom yam 1, bihun tom yam 1, nasi set 1, cuma tom yam kosang je xda..ye la,klau mkn ngn nasi set mesti ada 3 bendakn..nasi,telur dadar,&tom yam kosong atau sup ke kn..tp chsheir terdebut memberitahu di restoren mereka xada tom yam kosong..chsheir tu bg tau "klau nasi set nasi,telur dadar & sup je..tp kmi xdapat pun sup tu..last kali kena byr plak untuk tom yam sahaja, kira macam beli lain.mungkin chsheir tu pun pening sebab byk sangt pelanggan yang datang kedai mereka malam tu.

xpe la,mungkin xada rezeki kita kt situ..xpe la..Gee jgn tension2 tau..hehehe..kitaorang tetap bersama ngan Ko..







20 December, 2009

SEMALAM & HARI INI

KEPADA RAKAN2KU..HARI INI TANGGAL 21-12-09(ISNIN) AKU INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KE UKM..HEHEHEHE, MACAM NK MENGALU-ALUKAN PELAJAR TAHUN 1 PLAK...APAPUN AKU NK UCAPKAN TAHNIAH KEPADA KORANG YANG MENDAPAT RESULT YANG CEMERLANG...CONGRATULATION!!!! PADA YANG KURANG BERJAYA..USAHA LAGI..REZEKI ALLAH DI MANA2 SAJE, CUMA YANG PERLU KITA BUAT ADALAH USAHA...

OK, HARI INI, AKU NK CERITA SKIT SUASANA JUMPA KAWAN2...BUKAN APA TERLALU RINDU DENGAN SUASANA MACAM NIE..TU BARU SEBULAN XJUMPA..NANTI BERTAHUN2 LAGI LA..HEHEHEHE..PAGI TADI AKU BANGUN DALAM PUKUL 6.15PG..MAKLUM LA TERLALU PENAT DAN KEKENYANGAN SEMALAM..PENAT TU AKU BARU SAMPAI DARI UKM MKLUM LA PERJALANAN DARI KEDAH - KL PUN AMBIK MASA 7 JAM..PENAT2..BAS BERTOLAK DARI ALAOR STAR PUKUL 11.30PG BILA SMPAI DEKAT HENTIAN KAJANG PUKUL 7.30MLM..AKU DISAMBUT BAIK OLEH 2 ORANG SAHABAT BAIK AKU IAITU ASMA & GEE (BKN NAMA SEBENAR)HEHEHE..

SELEPAS BERJUMPA DENGAN MEREKA..RIUH RENDAH DLM KERETA TU..MKLUM LA DAH SEBULAN XJUMPA..MACAM2 NAK CERITA..MASA TU PERUT TERASA SANGAT LAPAR..MKLUM LA BARU SAMPAI..KEBETULAN GEE BAWAK MAKANAN TIME TU..MEE GORENG DENGAN RENDANG AYAM..SEDAP...TERIMA KASIH GEE, LAIN KALI NAK LAGI..HEHEHE...MALAM TU AKU TIDO AWAL PUKUL 10.30MLM MACAM TU..PENAT SANGAT KATAKAN SAMPAI DH XINGAT APA DAH..SAMPAI ASMA KEJUT PUN XSEDAR..KEBETULAN BILIK AKU XBLEH NK MASUK LAGI..SEBAB TU TIDO DULU KAT BILIK KAWAN AKU NIE...TERIMA KASIH ASMA, BG PINJAM KATIL SMLM..

PAGI ITU ASMA N GEE BERSIAP2 NAK TEMAN AKU PERGI AMBIK KUNCI KT PEJABAT..HEHEHE,MAKLUMLA NK PERGI MANA2 PUN BERTIGA..SAHABAT BAIK KATAKAN..HEHE..PASTU KITAORANG BELI MKANAN TERUS N MAKAN DEKAT DEPAN CAFE (DEKAT MEJA BULAT TEPI HENTIAN BAS..HEHEHE)ISH2 ADA KE PATUT..SUDAH MKAN KITAORANG MENYEMBANG KERANA RINDUKAN SUASANA GELAK KETAWA MASING2...XSEDAR DH NK PUKUL 12..BIASA LA, KLAU DAH SEMBANG DAH XINGT DAH BENDA LAIN...HEHEHE..

KAU,KAWAN,SAHABAT & TEMAN BAGIKU..

AKU HADIAHKAN LAGU INI BUATMU...




video

12 December, 2009

Tajuk : Sedekah Hanya Dikira Dari Usaha Yang Baik



Hadith :
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.”
(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
Pemberian itu merangkumi sedekah dan hadiah. Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka ia dinamakan sedekah, tetapi jika ia dimaksudkan sebagai satu penghargaan, sanjungan dan tanda kasih maka ia dinamakan hadiah. Allah menyuruh kita agar menginfakkan harta dan memberi sedekah dengan harta yang halal dan melarang kita daripada menginfakkan harta yang haram sebagaimana ia menyuruh kita agar memastikan agar makan, minum, pakaian dan segala harta benda yang kita gunakan di dunia ini adalah datang daripada sumber yang halal. Sebenarnya bersedekah adalah antara amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan dalam Islam. Anjuran ini tidaklah hanya ditujukan kepada orang-orang kaya sahaja, malah orang-orang yang kurang berada pun dianjurkan bersedekah menurut kadar kemampuan masing-masing.

Tajuk : Jangan Kedekut Memberi Ilmu



Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”
Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

Huraian
1. Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan), sehingga kedudukan ilmu dan ulama sangat tinggi dan mulia dalam parameter Islam. Allah S.W.T telah berfirman: "... nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..." (Al Mujaadalah [58]:
2. Kerana kedudukan ilmu yang sedemikian tingginya, maka Islam mewajibkan umatnya untuk mempelajari ilmu, sehingga diharapkan mereka bekerja berdasarkan ilmunya, bukan sekadar mengikuti seseorang tanpa tujuan
3. Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh-sungguh membentuk masyarakat dari segi ilmu pengetahuan dan peradaban yang berguna serta memberikan gambaran yang betul tentangnya tanpa merasa iri hati atau tamak kerana orang yang memberikan ilmu berupa petunjuk akan dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang yang mengamal ilmu tersebut.

Tajuk : Kesan istighfar



Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”
Riwayat Abu Daud

Huraian
1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.
2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.
3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.


kemusykilan seorang pemuda

Ada seorang pemuda mempunyai persoalan yang merunsingkan pemikirannya. Jadi dia ambil keputusan untuk bertanya pada tok imam di kampungnya.

Pemuda: Saya ada tiga soalan yang ingin bertanya pada tok imam:

Soalan pertama; Tunjukkan kepada saya bukti kewujudan tuhan itu?

Soalan kedua; Apa yang dimaksudkan dengan takdir?

Soalan ketiga; Syaitan dan neraka diperbuat daripada api, tetapi mengapakah syaitan dicampak kedalam neraka dan bukannya kedalam air?

Lalu tok imam menampar pemuda tersebut dan berkata.

Tok imam: Tamparan ini untuk menjawab ketiga-tiga soalan tadi, sakit tak tamparan itu?

Pemuda: Tentulah sakit!

Tok imam: Boleh tunjukkan pada saya rasa sakit itu?

Pemuda tersebut terdiam dan itulah jawapan untuk soalan pertama tadi.

Tok imam: Saya nak tanya adakah malam tadi saudara bermimpi saya akan menampar saudara atau telah tahu saya akan menampar saudara?

Pemuda: Tidak!

Jadi, itulah yg dinamakan takdir, soalan kedua sudah pun terjawab.

Tok imam: Tangan ini diperbuat daripada apa ya?

Pemuda: Tanah!

Tok imam: Jadi tamparan tadi menunjukkan pertembungan antara tanah dan tanah dan itu juga menyakitkan. Jadi, syaitan juga akan berasa kesakitan jika di humban kedalam api.

Terjawab sudah soalan ketiga.

Lalu pemuda itu pulang ke rumah dengan penuh keinsafan.

Pengajaran dari kisah ini, jangan mempersoal dan meragui kekuasaan Allah Subhanahu Wa Taala.

ilmu ikhlas

“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya.

“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,”

“Tak payah, bawa sahaja karung guni”

“Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya.

“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.

“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu." Kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

“Cukup?”

“Belum. Isi sampai penuh karung guni itu.” Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar.

“Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?”

“Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?”

“Ya,ya…” Kata si murid, agak kelelahan.

“Banyak Beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.

“wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.'' Kata seseorang.

“Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," Kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?”

“Tak buat apa-apa”

“Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid.

“Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”

“Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan.

“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”

“Dengan memikul batu-batu ini?”

“Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu.”

“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?

“Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat.”

“ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.

Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.

11 December, 2009

hayati bersama...sebuah kisah..

Antara Kereta Sport Dengan Sebuah Al-Quran

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya
mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu
hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya
tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya
begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah
beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga
keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik
bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga
hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si
anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport
merah yang selama ini menjadi idamannya itu Si ayah yang bagaikan
mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah
kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan
itu yg kuhajatkan dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah
kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan;
seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya Dalam
pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak
itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran
kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di
muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya
dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak... ayah
sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai
kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya... sudah
ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya
keras....al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus
meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah
bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia
meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah
yg dimilikinya 10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang
berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang
sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh... Sudah 10
tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang
dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguam
ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si
anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan
perwarisan harta Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar
bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg
menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak

apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya...Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia
berada disitu...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya
selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran
itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu
dari Al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang Al-quran itu...sebuah
sampul surat ternyata diselotepkan disitu Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...di dalam sampul
surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada
hari konvokesyennya... Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si
ayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama
ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air
mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan
mula bertandang Namun semuanya sudah terlambat...
Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak
"dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati................renung2kan dan selamat beramal..:-)

10 December, 2009

KAMPUNG TEMPATKU DILAHIRKAN...

assalamualaikum kwn2...lama jgk sy xmenulis blog skrang, mklum la klau sudah berada di kg, alamatnya byk la keja nk dilakukan. rindu rasanya nk tulis blog..agak lamakn sy menyepi..hehehehe..

mari sy ceritakan suasana di kg sy..tempat kelahiran sy di Alor Star Kedah..selepas balik dari UKM hati sy begitu riang sekali, ye la nk dikatakn sudah lama berada di UKM..hehehehe..kepulangan sy disambut baik oleh adik2 n kakak sy..yg paling sy gembira sekali bila ibu sy mencium sy...mklum la ank mak..katanya sy semakin kurus..hehehe..ye ke?maklum la, klau duduk dinegeri orang jauh dari ibu bapa msti la makan xterurus..heheh ...nk berjimat katakan..mana xnya..makanan di sana mahal2 jgk..tmbh pula nk blik kg pun dh hmpir Rm 100 ringgit jgk la utuk pergi & balik...sebb tu sy jarang balik..

nk diceritakan suasana di kg..sy xtahu nk cerita mcm mana..sebab bg sy suasana di kg lebih best dari suasana dibandar..mana xnya..kt kg nie..bila malam je bunyi unggas2,angin bertiup sepoi2 bhs..memang best..kg sy nei bila time cuti je byk org wat kenduri kawen..bkn setakat org kg sy je bahkan sepupu sepapat sy pun mcm tu jgk..

klau nk cerita suasana kenduri di kg nie, 2,3 ari pun xabis..hehehehe..ye la byk nk kena cerita..xnk trtinggal lansung..hujung bln 12 nie kenduri mak sedara sy plak..knduri kawen..tp time tu sy dah masuk sem 6..dh tahun akhir di UKM..insya-allah..tp klau xada halangan sy blik..

ehhh...mak sy panggil plak..hehehehe..nanti kita dengar cerita lain plak di next episode...

keINdAhAn TuHan