dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

20 October, 2009

exam final

wahai kwan2ku, mcm mana ngan study utk minggu nie??dh start ke? harap2 dah la ye...jgn dok brtangguh plak..hmmm, sem ini, nk crita exam aku xada gap lansung...huhuhu ada pun sehari dua je...xbest r...nk kena rush btol2 la...hmmm,(p/s: lain kali jgn stdy lewat2)..smlm p ptsl cari bhn ngan kwan aku,asma n gee.. time nk exam bru kelam kabut nk stdy ekk..hhehehehe..biasa la..dh jd kbiasaan mcm nie...

tp yg paling sedihnya..nk brpisah ngan motor...huhuhuhu..tau sbb pe? motor tu bknnya motorku..motor kakak snoir yg lps..dia bg pinjm..ari nie kata nk mai ambik tp xtau lg..ye la motor tu byk brjasa kt aku..sem nie nk katakan jarang turun tangga, mklum la dah ada motor org bg pinjamkn..guna la ngan sbaik mungkin..

tp apa bleh buat..hehehehe..tp aku xkisah pun, aku bleh mula la aktiviti aku brjoging turun tangga lpas nie..hehehehehe..lama d xbrsenam..buat kawan2 ku yg nk ambik exam nie n wat student ukm aku harapkan exam sem ne adalah yg tergempak buat korang...sama2 kita brdoa sama2...okey..

bg org islam yg seagama denganku, ku berharap bkn sahaja brusaha bahkan rohani kita jgk kena sucikan....wat la soalt2 sunat..dekatlah dengan pencipta kita...krn dia yg mengatur segala2nya di muka bumi ini...

gunung jerai

salam, smua kwn2ku..sory la sapa2 yg menunggu new post dari aku..mklumlah org besar katakn..smpai xada masa nk update blog..hehehehe..byk program yg nk kena handle bru2 nie..sory la ye..tmbh2 kpd kwn aku yg dua org nie...asma n gee, program yg aku handle tu wat kt gunung jerai..tp xdapat p pun program tu..sbb ada hal yg lebih pting..apa2 pun aku brsyukur sangt sbb program tu brjalan dgn lancar...thanks kepada smua yg join program tersebut..

perasaan sedih jgk la, xdpt join program tu, ye la, dh handle tp xdpt join..apa2 pun benda dh lepas xleh nk ulang2 mcm iklan sunsilk ke or iklan raya ke..hehehehe..mula2 wat program tu memang la agak tension, mklum la kurang penyertaan, dtmbh pula pmsaran kitaorang memang dh pokai la..bleh dikatakan kegawatan ekonomi jgk la...mai nk crita skit sblum rancang nk g gunung jerai tu...sblum tu rancang nk wat kt bukit hijau..tp bila dikira dgn prbelanjaannya kt sana memang xbrbaloi la nk g..byk sngt modal nk kena byr..akhirnyqa metting dibuat untuk memutuskan sama ada nk p atau pun tukar ke tmpt lain..exco aku bg cdngan tukar ke gunung jerai saje, sbb modal pun xbyk katanya..

akhirnya kata putus oleh smua exco2 g gunung jerai je la..pastu kes pasal tarikh plak..dh 3 kali tukar tarikh, mula2 tu 12-13 oktober, pastu dilihat ramai plak exco yg xleh p..tukar plak 17-19 oktober tp time tu kmi ambik satu hari je stdy week punya ari isnin,,p kt pusat pekembangan pelajar..dia xkasi..sbb time tu time stdy..lepa xnk kcau plak ngan stdy student..hehehehehe..nie la dugaan..last kali tukar 16-18 oktober..baru jadi akhirnya...memang dugaan jgk la...

tp alhamdulillah, walaupun xramai pserta yg p.. tp program ini brjalan dgn lancar...aku sbgai timln pgrah brsyukur sngt...tahniah kpd yg menjayakan..

05 October, 2009

Turki

2.0 Turki: Ke arah Pembentukan Negara Republik

Perang dunia pertama secara rasminya bermula pada 2 Ogos 1914 M. Peperangan bermula di Eropah Timur ( Howard 1970: 616) apabila terbentuknya dua perikatan yang berasingan untuk menegakkan kuasa masing-masing. Satu perikatan dikenali sebagai “Triple Alliance” yang didokong oleh British, Perancis dan Rusia manakala pihak penentang ialah “Entete Power” yang terdiri daripada Jerman, Austria-Hungary( Peacock 1976: 349).

Dawlah Uthmaniyyah telah menyertai peperangan ini pada November 1914 M, dengan menyebelahi Jerman apabila mengadakan perjanjian sulit dengan Jerman pada 1 Ogos 1914 M ( Goach 1950: 375). Umpamanya, pada 29 Oktober 1914 M, kapal perang Uthmaniyyah telah mengebom kapal Rusia di Pelabuhan Laut Hitam. Tindakan Uthmaniyyah ini telah memaksa Rusia mengisytiharkan perang ke atasnya pada 4 November dan diikuti Britain pada 5 November ( Mansfield Peter 1973: 12).

Penglibatan Dawlah Uthmaniyyah dalam peperangan ini telah menyebabkan termeterainya beberapa perjanjian dengan kuasa Barat. Misalnya melalui Perjanjian London, Dawlah Uthmaniyyah kehilangan hampir seluruh wilayahnya di Eropah. Perjanjian Konstantinople yang ditandatangani pada 18 Mac 1915 M dengan Rusia, Britain dan Perancis menyebabkan kota tersebut jatuh ke tangan Rusia ( Lenczowski, George 1962:3:99). Pada penghujung abad ke-20, hubungan Dawlah Uthmaniyyah dengan negara Itali, Rusia dan Perancis menggugat kedudukan Mustafa Kemal sebagai pemimpin revolusi Turki Muda.

Mustafa Kemal telah bangkit menentang kuasa-kuasa Barat apabila Perjanjian Sevres (10 Ogos 1920 M) yang ditandatangani antara Dawlah Uthmaniyyah dengan kuasa-kuasa tersebut gagal. Misalnya, kesan perjanjian tersebut Dawlah Uthmaniyyah kehilangan penguasaan ke atas Arabia, Hijaz memperolehi kemerdekaan, penyerahan Thrace kepada Greek ( Lenczowski, George 1962:3:100) dan sebagainya.

Bagi mengembalikan kekuasaan Dawlah Uthmaniyyah, Mustafa Kemal telah membuat pertemuan bersama Fuad Ali Pasya dan Rauf Bey di Ammessia bagi merangka dokumen perlembagaan Turki( Edib 1906: 96). Pada 23 September 1919 M, beliau mengetuai persidangan Erzerum yang bertujuan untuk membentuk kerajaan sementara di Turki. Mustafa Kemal memperjuangkan semangat kebangsaan Turki yang dikenali sebagai Turki Muda dengan menentang pemerintah Istanbul yang berada di bawah kuasa pihak bersekutu. Bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang baru di Anatolia, Mustafa Kemal telah membuat beberapa pengisytiharan. Antaranya ialah:

1. Kemerdekaan tanahair dalam keadaan yang membahayakan.

2. Pemerintah di Istanbul terletak di bawah kuasa sekutu dan ia tidak dapat menjalankan tugas dengan sepatutnya.

3. Rakyat Turki harus berusaha untuk membebaskan tanahair dari kuasa asing.

4. Gerakan pembela tanahair yang telah ada harus disatukan oleh satu badan dan untuk itu perlu diadakan satu kongres ( Harun Nasution 1975: 149).

Pengisytiharan ini menyebabkan Mustafa kemal dilantik sebagai ketua bagi perkumpulan hak-hak rakyat di Erzerum pada 23 Julai 1919 M ( Harun Nasution 1975: 149). Pada bulan September satu kongres diadakan di Sivas dan persetujuan dicapai untuk menjadikan National Pact sebagai jalan untuk kemerdekaan Turki. Para perwakilan di persidangan tersebut bersetuju untuk memilih Mustafa Kemal sebagai presiden ( Vucinich 1965: 149). Ini adalah kerana kepimpinan yang ditunjukkan Mustafa Kemal dalam ketenteraan. Ini dapat dilihat pada ucapannya yang berbunyi “ Tuan-tuan saya yakin bahawa kita akan teruskan sokongan kita ke atas tenteranya (Itali) yang tinggal di bumi kita”( Edib 1906: 103).

Pada 1 Oktober 1919 M, Mustafa Kemal memperbaharui sistem pemerintahan kerajaan di Ankara dan mendesak agar diadakan pilihanraya dengan menggunakan fahaman kebangsaan mereka. Pada April 1920 M, Majlis Nasional Agong ditubuhkan sebagai ganti kepada parlimen di Istanbul ( Harry luke 1955: 161). Beberapa keputusan telah diambil antaranya ialah( Harun Nasution 1975: 150):

1. Majlis ini merupakan badan perwakilan rakyat yang tertinggi.

2. Majlis ini bertugas sebagai badan perundangan dan eksekutif

3. Majlis Negara yang anggotanya dipilih dari Majlis Nasional Agong akan menjalankan tugas memerintah.

4. Ketua Majlis Agong adalah merangkap ketua Jabatan Perdana Menteri (Harun Nasution 1975).

Pada 23 Julai 1923 M, pihak berikat telah menandatangani satu perjanjian dengan Dawlah Uthmaniyyah iaitu Perjanjian Lausanne. Melaui perjanjian ini pihak Berikat berjanji akan mengeluarkan tenteranya yang menduduki Anatolia dan Thrace ( Vucinich 1965: 115). Sebelum perjanjian ini ditandatangani, Mustafa Kemal telah menghapuskan sistem kesultanan dan menganggap sultan sebagai boneka. Turki telah mencapai kemerdekaan melalui Perjanjian Lausanne. Pada 29 Oktober 1932 M, Turki secara rasminya menjadi sebuah negara Republik( Mackenzie Kenneth 1974: 1). Dengan ini tamatlah pemerintahan Islam Uthmaniyyah yang berbentuk sistem khalifah dan muncullah pemerintahan Mustafa Kemal bercirikan negara sekular ( Altan Certin 1982: 10). Mustafa Kemal telah membuat beberapa pembaharuan untuk memodenkan Turki.

2.1 Perubahan Politik

Mustaffa Kemal melihat bahawa Jawatan Khalifah harus dihapuskan dan perkara ini telah dibincangkan oleh Majlis Nasional Agong. Kedudukan khalifah Abdul Majid di Istanbul di dapati tidak lagi mempunyai sebarang kekuasaan mutlak. Malahan pada waktu itu, khalifah hanya mempunyai hak untuk berbicara mengenai soal-soal yang bersangkutan dengan keagamaan manakala soal-soal pentadbiran kenegaraan telah diserahkan kepada sultan-sultan mengikut negeri dan sempadan masing-masing. Bagi Mustafa Kemal, wujudnya dua ketua dalam sesebuah negara adalah suatu yang tidak munasabah. Baginya, sesebuah negara itu harus bersifat sekular, dalam erti kata negara tersebut harus dipisahkan dari agama sebagaimana yang berlaku di Barat.

Pada bulan Oktober 1923 M, Majlis Nasional Agong telah mengambil keputusan, bahawa Turki adalah merupakan sebuah negara Republik (Kilic 1972: 38). Tetapi sebagai imbalan, usul golongan Islam supaya ditambah satu artikel yang mengatakan bahawa agama rasmi negara Turki adalah agama Islam telah diterima. Maka dapat diperhatikan bahawa negara baru lahir ini bukanlah sebuah negara sekular sepenuhnya.

Setelah Mustafa Kemal menduduki tangga Presiden Republik Turki, langkah awal yang dilakukan olehnya ialah mengubahsuai jentera pentadbiran kerajaan. Mustafa Kemal mula mengorak langkah ke arah pelaksanaan objektifnya untuk memperbaharui sistem pemerintahan Turki agar setaraf dengan negara Barat. Lantaran itu, proses demokrasi diperlukan ( Kimross 1964: 384). Oleh yang demikian, Majlis Nasional Agong telah bersidang pada bulan Februari 1924 M(Mikusch 1931: 352).

2.1.1 Penghapusan Sistem Khalifah

Mengenai persoalan sistem Khalifah, Kemal Ataturk berpendapat bahawa sistem Khalifah itu adalah sistem yang ketinggalan zaman dan beliau berhasrat untuk menghapuskannya. Pada 1 Mac 1924 M, hasil dari Persidangan kebangsaan. Khalifah diminta meninggalkan negeri dan masjid dijadikan harta negara dan sekolah agama diletakkan di bawah naungan Kementerian Pelajaran. Di dalam persidangan ini Kemal Ataturk telah menekankan tiga perkara utama (Lewis 1960: 263) iaitu :

  1. Menstabilkan Republik Turki
  2. Melancarkan satu sistem Pelajaran Kebangsaan
  3. Keperluan untuk memperbaiki Islam dan menjauhkannya dari menjadi alat politik sebagaimana yang diamalkan sebelum ini.

Serentak dengan itu, dikeluarkan usul penghapusan sistem Khalifah dan khalifah Abdul Majid telah diminta meninggalkan Turki. Pembaharuan seterusnya ialah untuk (Lewis 1960: 264) :

  1. Menghapuskan kewujudan Jabatan Syaikhul al-Islam dan Kementerian Syariah.
  2. Menutup madrasah-madrasah dan sekolah agama.
  3. Menghapuskan mahkamah syariah yang ditadbirkan mengikut undang-undang Islam.

Akhirnya pada tanggal 3 Mac 1924 M, Majlis memutuskan bahawa Jawatan Khalifah akan dimansuhkan sepenuhnya(Kilic 1972: 38). Ekoran daripada peristiwa tersebut, serta tindakan-tindakan susulan yang dilakukan oleh Majlis National Agong terhadap mereka yang terlibat dengan Jawatan Khalifah serta pengambilan aliran pengurusan masjid dan sekolah agama, lebih-lebih lagi dengan pemergian Sultan Abdul Majid bersama keluarga ke Swiss, maka dengan rasminya bermula era baru Turki sebagai negara Republik Demokratis.

2.2 Perubahan dari segi Ekonomi

Dari segi ekonomi, Mustafa Kemal tidak begitu banyak pembaharuan yang dilakukan. Tetapi beliau menyamakannya dengan corak sistem di Barat. Beliau membuat sistem ekonomi kepada sistem yang bercorakkan kapitalis (ekonomi bebas), ini bermakna ekonomi kapitalisme merupakan satu sistem ekonomi yang berasaskan kepada ekonomi bebas. Ini bermakna setiap individu atau mana-mana syarikat yang memiliki harta atau modal bebas menjalankan kegiatan ekonomi atau perdagangan. Matlamat utama di dalam sistem ekonomi kapitalisme ialah keuntungan yang maksima. Ini kerana, dalam sistem ini setiap pengguna berkuasa seratus peratus terhadap ekonomi tersebut(Hasrizal Abdul Jamil 1996).

2.3 Perubahan dari segi sosial dan keagamaan

Dalam konstitusi 1921 ada menyebut bahawa : Turki adalah sebuah negara Republik dan Islam adalah agama rasmi negara tersebut. Dengan demikian dapat ditakrifkan bahawa negara Turki bukanlah sebuah negara Sekular sepenuhnya. Kedaulatan negara belum terletak ditangan rakyat sepenuhnya, tetapi pada syari’at, kerana dalam artikel dua dari konstitusi tersebut ada mengatakan bahawa Islam adalah agama rasmi negara.

Dasar pemisah yang dilakukan oleh Mustafa Kemal adalah jelas apabila beliau telah menghapuskan jawatan Syaikhul al-Islam pada tahun 1924 M, dan diikuti pula dengan pembubaran Kementerian Syariah. Hukum syariah dalam soal perkahwinan diganti dengan hukum Swiss iaitu iaitu perkahwinan yang dilakukan tidak lagi mengikut syariah tetapi sebaliknya menggunakan hukum sivil.

Rancangan Kemal Ataturk untuk memisahkan agama dengan institusi pemerintahan jelas dapat dilihat apabila beliau meletakkan Jabatan Syaikhul al-Islam dan Kemajuan Asas Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri(Dr. Ahmad 1965: 234). Usaha Mustafa Kemal berjaya dan mulai tahun 1928 M, negara tidak lagi mempunyai hubungan dengan agama. Sembilan tahun kemudiaan, iaitu sesudah prinsip sekularisme dimasukkan ke dalam Konstitusi 1937 M, barulah Republik Turki menjadi negara sekular sepenuhnya(Harun Nasution 1975: 155).

Polisi asas keagamaan bagi Kemal Ataturk ialah Laicisma yang tujuannya bukan untuk menghancurkan Islam tetapi menghentikan kuasa agama, terutamanya dalam bidang politik, sosial serta kebudayaan dan juga membataskan perkara-perkara yang mempunyai hubungkait dengan kepercayaan agama mengecilkan skop keislaman hanya sebagai satu agama dalam negara yang moden dan kebaratan(Lewis 1960: 404).

2.3.1 Penukaran Pemakaian Fez’

Selepas berlakunya pemberontakan puak Kurdish, Kemal Ataturk telah mengambil tindakan untuk mengubahsuai imej Turki. Perubahan awal yang dilakukan oleh beliau ialah dengan menukar pemakaian Fez’ kepada pemakaian headgear( topi berpinggir). Perubahan ini bagi masyarakat Islam Turki adalah satu perubahan yang nyata. Selama ini pemakaian Fez’ di kalangan mereka dan juga pemakaiannya di kebanyakkan negara-negara Islam yang lain adalah merupakan simbol identiti Islam yang membezakan diantara golongan kafir dan Islam.

Kemal Ataturk mengecam dan mengharamkan pemakaian Fez’ kerana beliau menganggap bahawa pemakaiannya melambangkan kejahilan, kecuaian fanatisme dan kebencian kepada kemajuan. Maka pada 2 September 1927 M, perintah pengharaman pakaian rasmi upacara agama dan sebagainya. Sebagai gantinya, rakyat Turki digalakkan memakai pakaian Barat yang berupa topi, kemeja, tali leher, dan jaket(Lewis 1960: 267).

Mustafa Kemal menggalakkan rakyat agar berpakaian ala-barat. Ini terbukti dalam peristiwa “The Battle of Hat”, di mana beliau sanggup menumpahkan darah dalam soal pakaian. Peristiwa ini berlaku kesan daripada pemaksaannya ke atas rakyat supaya memakai topi(Edib 1906: 108-109).

Bagi Kemal Ataturk, dalam usaha membentuk negara Republik Turki, maka adalah perlu kepada berlakunya perubahan dalaman dan luaran dalam setiap aspek kehidupan masyarakat. Perkara ini telah didemokrasikan oleh Kemal Ataturk sendiri apabila beliau telah memakai topi panama(Panama Hats) ketika melakukan lawatan ke Black Sea Coast pada August 1925 M(Eversley 1967: 421).

2.3.2 Penukaran Undang-undang Keluarga

Pada tahun 1926 M, undang-undang sivil Turki diumumkan secara rasmi. Ini jelas menentukan langkah modenisasi di Republik Turki bermula(Kilic 1972: 38). Undang-undang 1926 M, telah memberi peluang kepada wanita maju kehadapan seganding dengan kaum lelaki. Jika ketika di bawah pentadbiran sultan, ia adalah sesuatu yang luar biasa untuk melihat lelaki atau wanita berjalan-jalan sama ada di Bandar atau di desa. Poligami diharamkan dan wanita mendapat hak penceraian yang sama seperti lelaki. Wanita diberi kebebasaan untuk mengahwini lelaki bukan Islam(Eversley 1967: 427). Bukan itu sahaja, malah kaum wanita juga diberikan kebebasan bersuara dalam hal-hal politik dan pentadbiran negara. Ini terbukti apabila Akta Majlis Perbandaharaan yang diluluskan pada 16 April 1930 M(Eversley 1967: 427), telah memberi mereka hak mengundi dalam Pilihanraya Perbandaran.

Penulis menyifatkan perkara yang demikian bersandaran kepada idea Lothorp Stoddara(L.Stoddard 1966: 248) yang menyatakan bahawa : “Proses transformasi sosial menduduki peringkat yang paling tinggi”. Segala adat-adat serta kebudayaan dari Barat sama ada baik atau buruk dibawa masuk ke Turki. Contohnya dalam majlis-majlis sosial, seperti majlis perjumpaan besar kaum elit, minuman keras seperti arak menjadi hidangan utama. Disamping itu, tarian-tarian bercorak Barat yang mengghairahkan diperkenalkan di majlis serupa itu. Situasi ketika ini, masyarakat Islam menentang sikap buruk yang membawa masuk di dalam dunia Islam(Kimross 1964: 389).

2.3.3 Perubahan Kalendar Hijrah kepada Gregorian

Perubahan seterusnya yang dilakukan oleh Kemal Ataturk ialah penukaran kelendar yang berdasarkan kepada bulan-bulan Greek dengan tahun hijrah yang dimodenkan(Lewis 1960: 133). Kemudian pada tahun 1935 M, hari Ahad telah diiktiraf sebagai hari cuti am bagi menggantikan hari Jumaat(Davison 1968: 133). Dalam tahun yang sama juga diluluskan undang-undang yang mewajibkan warganegara Turki mempunyai nama belakang, nama keluarga(Harun Nasution 1966: 156).

2.3.4 Pengharaman Pemakaian Tudung dan Hak Kebebasan Wanita

Semangat sekularisme yang telah terpahat di jiwa Kemal Atartuk itu telah menyebabkan beliau pernah mengatakan kata-kata :

“Wanita yang bertudung, menutup muka dan memalingkan muka dari lelaki. Keadaan ini akan mendedahkan bangsa tersebut kepada persendaan”

Maka dalam persoalan ini, isterinya Latife telah digunakan sebagai simbol peribadi Barat yang perlu dicontohi. Wanita bertudung diperintahkan membuka tudung mereka dan mendedahkan aurat mereka dengan pakaian moden sepertimana pakaian wanita-wanita Parsi. Walaubagaimanapun usaha awal Kemal Ataturk untuk mengharamkan pemakaian purdah dikalangan wanita gagal. Kemal Ataturk berkehendakkan agar wanita di zamannya bersaing dan mendapatkan hak dan taraf yang sama dengan kaum lelaki. Hal ini termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan, pekerjaan, rumahtangga mahupun perkara yang membabitkan soal negara seperti hak mengundi dan sebagainya.

Hak kebebasan berpolitik kaum wanita telah diluluskan pada 5 Disember 1935 M, ini membolehkan kaum wanita mengundi dalam General National Assembly (GNA) dan juga hak untuk menjadi calon. Dalam ilmu keagamaan dan ia dikenali sebagai “Madrasah” dan diuruskan oleh seorang “Mullah” yang mengajar orang ramai menghayati al-Quran dalam bahasa Arab(Philip 1956: 207).

Reformasi sosial yang diperkenalkan oleh Mustafa Kemal telah mengubah sebahagian besar corak kehidupan masyarakat di Turki yang sebelum ini berlandaskan ajaran Islam kepada budaya Barat. Pembaharuan yang diperkenalkan ini mendapat penentangan dari rakyat Turki seperti mengantikan solat dengan bahasa Turki dan mensekularkan agama gagal ( Mukti Ali 1994: 98).

2.4 Perubahan Pendidikan

Ditinjau dari segi pendidikan, corak pendidikan moden telah diperkenalkan bagi menggantikan pendidikan agama. Sejajar dengan itu, madrasah-madrasah telah ditutup diikuti dengan pemansuhan pendidikan agama di sekolah-sekolah di Bandar pada tahun 1930 M, dan sekolah desa pada tahun 1938 M(Harun Nasution 1975: 155). Ekoran dari itu, kurikulum baru hanya membenarkan pelajaran tafsir dan hadis diajar seminggu sekali, sebagai gantinya pelajaran sains dan teknologi serta pelajaran Fiqh Ijtihad telah dijadikan mata pelajaran bagi setiap penuntut. Implikasi dari perkara tersebut pengaruh pendidikan moden telah bertindak mempengaruhi sukatan pelajaran Turki ketika itu (Brocklemann T.th: 703).

2.4.1 Perubahan Sukatan pelajaran

Sebelum Era Tanzimat, kanak-kanak Turki hanya terpelajar semata-mata dalam bidang pengajian Islam. Pembaharuan yang dibuat di zaman Tanzimat adalah bertujuan untuk memperkenalkan pendidikan sekular. Pada peringkat permulaannya, terdapat konflik yang hebat di antara pendidikan Barat dan pendidikan agama. Pengenalan pengajaran dalam mata pelajaran lukisan dan mata pelajaran bahasa Perancis telah mendapat penentangan (Golkap 1959: 234) kerana ia dianggap melewati kekuasaan-Nya. Sungguhpun begitu, sedikit demi sedikit pendidikan yang berteraskan sekular itu mula diterima tetapi semakin bertambahnya pengaruh pendidikan sekular semakin berkurang pula kepentingan dalam pendidikan agama.

Di awal peringkat pengenalan pendidikan sekular, beliau telah mengadakan kelas demonstrasi yang menggunakan huruf rumi dalam proses pembelajarannya menggantikan huruf-huruf Arab. Walaupun usaha-usaha ini menemui kegagalan dan tidak dapat diterima oleh rakyat terutamanya oleh golongan ulama, yang mengecam tindakan Mustaffa Kemal mengubah laungan seruan azan dalam bahasa Arab ke bahasa Turki.

3.0 Gerakan Penentangan Keagamaan di Turki.

Pada zaman pemerintahan Attartuk, di tampuk kepimpinan beliau telah membawa malapetaka yang besar kepada Islam dengan perlaksanaan gigih sekularisme iaitu pemisahan agama daripada kehidupan berpolitik. Islam tidak lagi selaku teras kedaulatan. Pendeknya, dalam gerakan mensekularisasikan negara, aspek syariat tidak lagi mendapat tempat dalam pemerintahan. Namun ia tidak sama sekali mehentikan perjuangan Islam dan keimanan yang masih bertapak di sanubari rakyat.

Syeikh Said Nursi Bediuzzaman meneruskan perjuangan menyedarkan orang ramai tentang bahayanya apa yang dihadapi oleh Turki. Beliau diekori kemana sahaja dan pernah diintip ketika hendak bersembahyang supaya mematuhi larangan azan dilaungkan dalam bahasa Turki. Akhirnya, beliau ditangkap dan dipenjarakan. Ketika Syeikhul Islam Turki, Sheikh Mustaffa Sabri telah mengeluarkan fatwa tentang sekularisme. Katanya, penganut ajaran tersebut adalah terkeluar dari Islam.

Pada tahun 1945, corak pemerintahan satu parti (Parti Rakyat ketika itu) telah dimansuhkan. Muncul parti politik baru dan menentang secara terbuka tentang dasar dan Rancangan Parti Rakyat. Buku bercorak agama diterbitkan setahun kemudian dan terdirinya parti demokratik Turki yang diasaskan oleh kalangan pemimpin Parti Rakyat seperti Jalal Bayar, Adnan Manderes, Fuad Koprulu dan lain-lain. Mereka masih menyokong sekularisme tetapi wujud perbezaan pendapat. Mereka mahukan demokrasi sejati, menentang bentuk kekejaman dan berpendirian kehendak Islam. Diantara janji utama ialah, sekiranya Parti Demokratik memegang teraju kuasa, azan akan dibenar untuk dilaungkan dalam bahasa Arab. Menerusi pilihanraya 1950, Parti Demokratik telah menang besar. Salah satu sebab kemenangan ialah kerana usaha penyokong Said Nursi yang merayu undi supaya menyokong parti itu. ( Hasrizal Abdul Jamil 1996).

Tanggal 16 Jun 1950 menjadi detik penuh bersejarah dan gilang-gemilang kerana azan dilaungkan dalam bahasa Arab. Pengharaman terhadap rukun haji dimansuhkan dan sekolah agama dibuka semula. Pada 1951, Persatuan Menggalakkan Pendidikan ditubuhkan dan Sekolah Imam dan Khatib dibangunkan, Al-Quran dibacakan di corong-corong radio, Risailan-Nur (karya Said Nursi yang diharamkan) telah dicetak dan disebarkan.

Sungguhpun Parti Demokratik bersikap tolak ansur terhadap Islam, tetapi sekularisasi yang berlangsung selama 27 tahun tetap sukar melentur pemujanya. Dengan gema kritikan yang lantang serta mengutarakan Politik Islam, saki-baki penyokong dasar lama seperti pemilik akhbar, golongan birokrat dan elit tentera mula melenting dan menekan kerajaan melalui tangan-tangan yang tidak nampak supaya bertindak terhadap penyokong Islam.

Perdana menteri, Adnan Manderes tidak berupaya menghadapi tekanan dan terpaksa tunduk. Gerakan bermula pada 1952 dan 1953. Mac 1952 Parti Islam Demokratik diharamkan, manakala duta yang pro Islam dipanggil pulang. Suasana yang ada telah digunakan oleh pewaris sekular untuk menentang dakwah. Pada 23 Mac 1960, Ustaz Said menghembuskan nafas yang terakhir. Dua bulan selepas kematian beliau, anasir sekular dalam tentera Turki telah menggulingkan kerajaan. Rampasan tentera pada 1960 diketuai oleh Jeneral Jamal Cursel, seorang berdarah Yahudi. Adnan Manderes dan Jalal Bayar ditangkap dengan tuduhan mengkhianati dasar-dasar Kamal Attarturk.

Menurut Dr. Muhammad al-Bahi dalam bukumya "Penentangan Islam Terhadap Aliran Pemikiran Perosak", di kalangan umat Islam, Turki adalah negara umat Islam di Timur yang mengisytiharkan sekularisme Barat sebagai asas politik baharunya selepas Artarturk memegang tampuk kekuasaan. Turki menerima sekularisme adalah secara paksa yang dibuat oleh Pihak Berikat setelah mereka memenangi Perang Dunia Pertama. ( Hasrizal Abdul Jamil 1996).

kursus kawen

baru-baru nie, ambik kursus kawen kt ukm, mcm2 info yang dapat....hehehehehe, phm2 je la..klau dh ambik kursus kawen nie..byk la pengalaman2 ustaz & ustazah cerita...pengalaman mereka ngan masalah suami isteri yang dtg...

mcm2 kes, ada tu, perkara kecil je smpai mmbawa kepada penceraian...hmmmm, mcm2..

keINdAhAn TuHan