dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

25 February, 2010

SeKiranya Kita Syg & MencInTAi RASULULLAH S.A.W




beberapa perkara yang mesti kita lakukan sekiranya kita mengaku menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W.:


MENTAATI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).


BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.


Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).

MENGASIHI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat Bukhari dan Muslim).

MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).

22 February, 2010

MaJLis PerKaHwinan kaKaKku


Tanggal 13 februari 2010 bersamaan 29 Safar 1431H (Sabtu) merupakan hari yang bersejarah dalam kamus hidup kakakku...bkn di sebabkan hari Valentin Day yg di gilai oleh ramai pasangan kekasih di dunia ini..tp adalah di sebabkan beliau mendirikan sebuah masjid dengan pasangan hidupnya yg kini bergelar suaminya. Majlis akak nikah berlansung selepas waktu Asar, pada pukul 5.15 ptg di Masjid Nurul Huda berhampiran dengan rumahku.. kedatangan sedara mara, rakan2 dan taulan memeriahkan lg suasana majlis akad nikah ini..


Upacara akad nikah ini di ambik alih oleh Imam masjid Nurul Huda En Abdullah..dengan sekali lafaz sahaja, lelaki itu sah menjadi abg ipar aku...ini kali pertama aku mendapat abg ipar..sblum nie akak ipar je...hehehehe..lps nie terbatas la dalam umah..dah kena pakai tudung..warghhhhh....hehehehe..apa yg aku dgr dr mulut akak aku, "lepas nie akak sorang je boleh buka tudung dalam umah"...jgn jelous kata dia...xpe, dalam hati aku sabar je la..


Majlis akad nikah disudahi dengan bacaan doa. Majlis menyarung cincin dilakukan di Masjid tersebut..dari pandangan aku, aku dapat melihat keceriaan dan kegembiraan yg terukir di wajahnya. Inilah kali pertama dirinya bergelar Isteri.. lps nie tanggungjawabnya terhadap suami plak..hehehe..selesai upacara menyarung cincin majlis diteruskan lg dengan makan beradap di rumah pengantin perempuan. Ini bukan hari persandingan diaorang lg tau..besoknya baru majlis persandingan..hari akad nikah akak aku, ayah aku mengadakan hari kesyukuran dan doa selamat kepada pasangan pengantin. ramai saudara-mara yg dtg..memang memenatkan..maklum la dah lama xwat kenduri secara besar2an ni.

selepas habis kenduri kesyukuran tu, aku,adik2 n kawanku bergotong royong mengemas umh,basuh pinggan dan mangkuk, belanga(kuali) n periuk besar...nie baru knduri kesyukuran..

bsok baru kenduri persandingan yang dihadiri oleh hampir 1000 jemputan dr pelbagai sanak saudara n teman ayh..memang memenatkan..walaupun ayh buat katering namun masakan sendiri seperti bihun sup dan laksam tidak dilupakan..

Malam tu, upacara berinai, sambil masukkan gula2 dalam kotak gula2..aku ngan adikku hanya berada di dapur setiap masa mlm tu..xsempat nk tgok akakku berinai..mklum la teringin jgk nk pakai inai..dh lama xpakai inai...kecik2 dulu pakai la..tp bila dh besar dh xpakai..bila selesai je di dapur aku terus naik atas umh..nk berinai sama...beriya2 plak..mcm aku plak nk kawen...hahahaha..xpe kongsi kegembiraan bersama2..lps nie nk gurau lebih2 ngan kakak dh xbleh..



14 Februari 2010 bersamaan dengan 30 Safar 1431H (Ahad)bsok pgnya, hari persandingan kakakku, aku ngan kwn2 mula bersiap2..abg aku menjemput orang Marhaban pukul 10pg..kena la bersiap awal2..hehehe..klau x,malu kt orang...pelbagai hidangan di sediakan..cewah macam la byk sgt..hanya 3 jenis lauk je yg dihilangkan kepada tetamu yg dtg. aku mula la menangkap gmbr sana n sini..ada je org suruh tngkap gmbr aku tngkap..tp kebnykkan gmbr hanya gmbr pgntin saje..gmbr aku xada la sgt..hehehe..

memang penat sungguh tangkap gmbr nie kn..posing sana posing sini..maklum la dikatakan aku nie juru camera..hehehe..ye la tu..last2 gmbr aku yg xada..sedeynya...sembilan hantaran berbalas tujuh..hehehe,sempat jugak aku tngkap gmbr..

ketibaan pengantin lelaki tepat pada pkul 12 tghari..masa tu marhaban xabih lg..terpaksa la diaorang bertapak kt masjid dulu..hehehehe..mintak maaf la ye kepada pihak lelaki..mgmbil masa 20 minit. masa tu mula la kelam-kabut dengan hidangan mkn beradab..wlaupun katering yang lakukan semua tp org umah xboleh duduk diam sama, ada je nk wat...









sampai xlarat aku berposing sana sini...memang memenatkan..tp aku nk ucapkan terima kasih wat kawan2 yg hadir...terutamanya nora..hehehehe..hope lepas nie jgn jemu datang KEDAH..kwn2 yg lain seperti jamilah, zafirah, haizan,faiz, hafiz(cho),sapudin, dan kawan2 yg Jauh dari KL yg sanggup datang..terima kasih byk2..kedatangan kamu menjadi kontroversi...hahahaha

ku mendoakan agar engkau bahagia dengan si dia yg tercinta...hope lepas nie jgn lupa plak...hem2..penat kat aku plak ye...hehehehe..TAHNIAH!!..moga dikurniakan anak yang soleh & solehah..

11 February, 2010

Usrah: cErItA MenGeNAi SuRAh Al-KaHF

Assalamualaikum sahabat2...di sini aku ingin berkongsi dengan sahabat2 mengenai Usrah yang dilakukan oleh aku dan adik2ku semalam di Surau..Tahukah sahabat2 bila kita dengar je Usrah..apa yang bermain di fikiran sahabat2???

bila ditanya kepada orang2 yang lain, mengenai Usrah..jawapan mereka hanyalah program yang berkaitan agama...btol ke?..bg aku fikiran sebegini terlalu sempit.mybe disebabkan perkataan Usrah ini yang membuatkan seseorang itu mempunyai tanggapan seperti ini..Usrah bukan hanya membincangkan Ilmu agama bahkan meliputi aspek Ekonomi, Politik dan Sosial..dan Isu semasa..Dalam al-Quran juga tidak hanya tertumpu kepada satu aspek, bahkan byak aspek..kerana Islam itu adalah Shumul(menyeluruh)..

aku hendak tanya kepada korang Apa pula Usrah??baiklah aku akan menceritakan kepada korang..Usrah bermaksud Keluarga. yang saling lengkap melengkapi....sbb itu kita lihat,ibu & bapa kita boleh mengenali perangai anak2nya..ini disebabkan keakraban mereka mengenali perangai anak2 mereka..dalam keluarga byk perkara2 yang kita berkongsi bersama ibu dan bapa kita sama ada baik mahupun buruk.,susah mahupun senang,gembira mahupun sedih...btol x?begitu juga Usrah..dalam Usrah ini,kita dapat mengenali kawan kita dengan lebih mendalam..kita kenal hatinya,sikapnya,budinya,kelebihannya..sehinggakn masalah peribadi sendiri mampu diluahkan dalam program sebegini..

Bolehkah sahabat bayangkan sekiranya api dan cahaya dipisahkan..tentu sahabat2 hairan dan xmasuk akal..klau dah ada api sudah semestinya ada cahaya kn?? ia diibarat seperti orang buta yang boleh merasa bahang panas api,namun tidak boleh melihat cahayanya..disini kita boleh kaitkan, kebenaran itu adalah jelas dan nyata di tambah lagi di panduan di dalam al-Quran, & as-Sunnah yang nabi tinggalkan kepada umatnya..untuk dijadikan sebagai petunjuk jalan dalam kehidupan kita. namun manusia tidak pernah nampak kerana terlalu leka dengan dunia.... dan sanggup melakukan perbuatan yang terkutuk dan berdosa..dan lupa dengan nikmat yang diberi.

baiklah, disini aku akan kongsi apa yang aku dapat dalam Usrah semalam..dalam Usrah semalam kami telah membaca surah al-Kahf yang di dalamnya mempunyai 4 cerita..
  1. cerita mengenai ashabul kahf
  2. cerita mengenai 2 orang pekebun,seorang yang tidak bersyukur(kafir)dan seorang lagi yg bersyukur(beriman)
  3. mengenai Nabi Musa dan Nabi Khidir..
  4. Kisah Zulkarnain.
yang akan aku ceritakan kepada korang hanyalah 3 dahulu..yg sempat aku baca...

1. cerita pertama mengenai Ashabul Kahf:


dalam kisah ini,beberapa pemuda(beriman) dikatakan lari daripada pemerintahnya yang zalim dan kufur..disebabkan mereka hendak menjaga iman mereka..pemuda2 tersebut lari dan bersembunyi di gua lalu mereka berdoa,

"ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami".(surah al-kahf ayt 10)

kemudian Allah menutup telinga mereka di dalam gua selama beberapa tahun. kemudian mereka di bangun..umpama baru berapa sehari mereka tidur..di sinilah kita tahu, kebenaran Islam itu nyata. orang yang berpegang teguh dengan ajaran Allah, akan dilindungi oleh-Nya..sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar.

2. dalam kisah 2 orang pekebun, seorang yang tidak bersyukur(kafir) dan seorang lagi bersyukur(beriman)

dalam kisah ini, pekebun yang tidak bersyukur itu,diberikan dua buah kebun anggur dan dikelilingi kedua kebun itu dengan pohon2 kurma dan di antara keduannya(kebun itu) dibuatkan ladang..dan menghasilkan buah, buahnya tidak pernah sedikit pun kurang, dan dicelah2 kebun itu dialirkan dengan sungai..dan dia memiliki kekayaan besar dan berkata kepada kawannya (yang beriman) hartaku lebih banyak dari hartamu dan pengikutku lebih kuat..pekebun yang kafir ini masuk ke dalam kebunnya dengan angkuh dan sombong..dan mengatakan kebunnya tidak akan binasa selamanya..dan sekiranya aku dikembalikan kepada Tuhanku ,pasti aku akan mendapat tempat yang lebih baik daripada ini.

kawannya( yang beriman) berkata kepadanya "apakah engkau ingkar kepada Tuhan yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari setitis air mani, lalu dijadikan engkau seorang lelaki yg sempurna?(surah al-Kahf ayt: 37)


tetapi aku (percaya bahawa) Dialah Allah, Tuhanku dan aku tidak mempersekutukan Tuhanku dengan sesuatupun. (Surah al-Kahf,ayt:38)dan mengapa ketika engkau memasuki kebunmu tidak mengucap "Masya Allah, la quwwata illa billah" (sesungguhnya, atas kehendak Allah, semua ini terwujud), tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. sekalipun engkau anggap harta dan keturunanku lebih sedikit daripadamu.(surah al-Kahf ayt: 39).

Mudah-mudahan Tuhanku, akan memberikan kepadaku (kebun) yang lebih baik dari kebunmu (kebun itu menjadi tanah yang lincin). atau airnya yg surut ke dalam tanah dan engkau tidak akan menemukannya lagi..

dengan harta kekayaannya dibinasakan..barulah dia menyesal dan berkata "betapa sekiranya dahulu aku tidak mempersekutukan Tuhanku dengan sesuatu pun"(Surah al-Kahf ayt 42).

di sini kendak dikatakan janganlah kita sombong dan angkuh dalam setiap perkara,akhirnya kita akan mendapat kerugian..

3. dalam kisah yang seterusnya adalah di antara nabi Musa dan seorang hamba Allah.

kisah ini adalah mengenai nabi Musa yang ingin menunutut ilmu daripada nabi Khidir..hal ini disebabkan nabi Musa mengatakan dirinya yang hebat..namun ada yg lagi hebat darinya, iaitu nabi Khidir..akhirnya nabi Musa ingin mencari nabi Khidir dan ingin menuntut Ilmu darinya.. beliau tidak akan berhenti berjalan sebelum sampai ke pertemuan dua laut walaupun bertahun2.

ketika beliau dan pembantunya sampai ke pertemuan dua laut, mereka lupa ikannya, lalu ikan itu melompat meganbil jalannya ke laut. maka ketika mereka melewati tempat itu, Musa berkata kepada pembantunya, " Bawakan ke mari makanan kita, susungguhnya mereka merasa letih dan lapar. pembantunya menjawab"Tahukah engkau ketika kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka aku lupa untuk menceritakan tentang ikan itu yang mengambil jalan ke laut..aneh sekali..

Jawab Musa itulah tempat yg kita cari..lalu keduanya kembali mengikut jejak mereka semula. lalulah mereka bertemu dengan seorang hamba yang telah diberikan ilmu dan rahmat dari Allah. bolehkah aku mengikutimu agar engkau mengajarkan aku( ilmu yang benar) yang telah diajarkan kepadamu (untuk menjadi petunjuk) (Surah al-Kahf ayt:66). dia menjawab, "sesungguhnya, engkau tidak sanggup sabar bersamaku" jawab nabi Khidir.(Surah al-Kahf ayt 67) .

dan bagaimana engkau akan dapat bersabar atas sesuatu,sedangkan engkau blum mempunyai pengetahuan yg cukup tntng hal itu?".(surah al-Kahf ayt 68). Musa berkata, "Insya-Allah akan engkau dapati aku orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dlm urusan apa pun. (surah al-Kahf ayt 69). dia berkata, "Jika engkau mengikutiku, maka janganlah engkau menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa pun, sampai aku menerangkannya kepadamu.(Surah al-Kahf ayt: 70).

maka keduanya berjalan, hingga ketika keduanya menaiki perahu lalu dia melubangi perahu tersebut. lalu Musa berkata, "Mengapa engkau melubangi perahu itu, apakah untuk menenggelamkan penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan kesalahan yang besar"( Surah al-Kahf ayt 71).

Dia berkata, "Bukankah sudah kukatakan, bahawa engkau tidak akan mampu bersabar bersamaku".(Surah al-Kahf ayt:72). Musa berkata, "Janganlah menghukumku di atas kelupaanku dan kesulitan dalam urusanku".(ayt: 73).

Maka berjalanlah keduanya hingga mereka berjumpa dengan seorang anak muda, maka dia membunuhnya. Musa berkata, "Mengapa engkau membunuh jiwa yg bersih, bukan kerana dia membunuh org lain? Sungguh, engkau telah melakukan sesuatu yg sangt mungkar".(ayt: 74).
Dia berkata, bknkah sudah kukatakan bhwa engkau tidak mampu bersabar bersamaku". (ayt 75).Musa menjawab, "Jika aku bertanyakan kepadamu tntng sesuatu setelah ini, jgn lg engkau membolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya engkau sudah sabar menerima alasanku". (ayt:76).

Maka keduanya berjalan sehingglah smpai kepada penduduk suatu negeri, mereka berdua meminta dijamu oleh pnduduknya, ttp tidak seorang pun yg menjamu mereka. kemudian keduanya melihat dinding rumah yg hampir roboh di negeri itu, lalu dia menegakkannya. Musa berkata, "Jika engkau mahu, niscaya engkau dapat meminta imbalan untuk itu".(ayt:77).

Dia berkata,"Inilah perpisahan antara aku dengan engkau, aku akan memberikan penjelasan kepadamu atas setiap perbuatanku yg engkau tidak mampu sabar terhadapnya.(ayt:78).

Adapun perahu itu adalah milik org miskin, yg bekerja di laut, aku bermaksud merosakkannya kerana dihadapan mereka ada seorang raja yang akan merampas setiap perahu.(ayt:79). Dan adapun anak muda (kafir )itu, kedua org tuanya mukmin, dan aku khawatir klau dia akn memaksa org tuanya kepada kekafiran dan kesesatan.(ayt:80). Kemudian Tuhan akan mengntikan seorang ank yg lebih baik kesuciannya daripada anak itu, dan lebih sygkan ibu&bapanya. Dan adapun, dinding rumah itu adalah milik2 anak yatim di kota itu, yg dibwhnya trsimpan harta bg mereka berdua, ayhnya yg soleh. Maka Tuhanmu menghendaki agr keduanya smpai dewasa dan keduanya mengeluarkan simpanannya itu sbgai rahmat Tuhanmu. Apa yg kuperbuat bkn menurut kemahuanku sndiri. Itulah keterangan perbuatn2 yg engkau tidak sabar terhadapnya

09 February, 2010

BoNet KerEtA Mu..TidAk TutUP RapAt RuPANya...

salam, kepada semua rakan2..macam mana hari anda sekarang??ceria atau tidak?aku mendoakan agar korang dapat menjalankan hari korang dengan perkara2 yang berfaedah..ingat setiap hari detik dan saat kita akan ditanya oleh Pencipta kita, apa yang kita lakukan..sekiranya dengan perkara yang baik, alhamdulillah, tp klau sebaliknya?? renung2kan... Ya Allah, simpanglah dan hindarkanlah aku dari perbuatan yang keji dan mungkar..

baiklah hari ini aku ingin kongsikn apa yang aku lakukan ari nie..hari ini aku tidak ada kelas,nk pergi ke ptsl terlalu malas, hehehhehe,apa nk jadi kn..so aku banyak abiskan masa di bilik untuk settelkan projek Ilmiah..alhamdulillah,separuh jugak yang dapat aku settelkan.. bersyukur ke hadirat Ilahi..tp agak kepenatan jgk, sebab aku mengambil masa yang lama untuk aku settelkan..harap2 selepas raya cina nie, aku dah settelkan semuanya..kita merancang tp Allah yang akan menentukannya.. Insya-Allah..apa yang penting!!! ketekunan untuk melakukannya..

tepat pukul 5ptg, kwn aku nama samarannya Mariam, tp aku panggil k.yam sbb usianya lebih sedikit dariku 1 tahun.. dari kolej Datuk Onn, datang untuk mengajak aku temannya pergi pasar malam. kebetulan aku baru abis lakukan keja..so, aku pun ikut, nk relax2 sikit minda,,tambah pula tidak menjamah apa pun dari pagi td..so, aku pergi la..


apabila masuk je di dalam kereta, dia memberitahu masalahnya..keretanya tidak boleh nak lock..disebabkan..ada diantara 4 pintu keretanya tidak tutup dengan rapat. aku memberi cadangan agar tutup pintu semula dengan kuat..ttp yang menjadi masalahnya still merah ditempat anak panah kereta yg menandakan pintu kereta tidak rapat...masalah2...hehehe..

beliau tidak tahu hendak lakukan macam mana, so, aku mengajak dia pergi tempat servis produa untuk tanyakan hal ini.. mula tu ingt nak pergi beli dulu mkanan..tp bila nk kluar dari kereta rasa takut plak..sebab pintu kereta xberkunci..so, dia mengambil keputusan untuk cal adiknya yui..hehehehe..btol ke k.yam nama manja adik ko nie..hehehehe..sory la klau silap..

apabila cal adik dia nie, n bagi tau masalah yang dihadapi..adiknya bertanya bonet kereta kot yang xtutup rapat..cuba ko tgok blik..hehehehe..akhirnya beliau pun pergi melihatnya dibelakang..JENG2!!!!!!!!! hahahahahhaa....rupa2nya bonet belakang yang tidak tutup rapat..nasib baik masa kitaorang naik,xterbuka belakang tu..klau x,malu betol...hehehehhehe..
nasib baik xg trus kt servis tu,klau tidak buat malu je...btol x k.yam..ingtkan hanya melibatkan pintu je..tidak termasuk bonet..hehehe.lain kali periksa bonet sama ek..hehehe..bukan pintu kereta saja tau.

P/S: tu la kisah yang aku nk cerita kt korang..apa2 pun aku nk pesan g mana2 periksa dulu apa yg tidak kena...semoga dengan kejadian ini dapat memberi peringatan kepada pemandu yang lain..tiba2 je bonet terbuka luas....hehehehe..gara2 xtutup rapat..hehehheh..sbb tu la xbleh nk lock kereta..k.yam moga succes..:-)



07 February, 2010

CeRpEN: KiSaH Di SeBaLiK HaNTaRan al-Quran

dipetik dari: PakarHowTo

Kisah ini ditujukan khusus kepada mereka-mereka yang ada niat untuk menjadikan al-Quran sebagai hantaran perkahwinan. Sama-samalah kita fikirkan dan muhasabah diri ye....

Bacalah kisah ini dan fahami lah mesej yang ingin disampaikan dari kisah ini.

"Hantaran Perkahwinanku Senaskah al-Quran"

“Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an..

“Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ…

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau begitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau begitu belilah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“ Ala , besarlah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta.. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan.. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra’d

“Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA… RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam Al-Quran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Qurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran. Beli Al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab A-lQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa ’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Peringatan buat semua...

Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.

Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.’

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi.

Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada al-Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.’

Sekarang, tanyalah pada diri anda, berapa minit kah masa yang anda peruntukkan dalam satu hari untuk membaca al-Quran?? 5 minit? 10 minit? Setengah jam? Atau kita hanya baca Quran seminggu sekali? Sebulan sekali? Atau setahun sekali masa bulan puasa saja? Di manakah kita? semoga kita dapat memperbanyakkan bacaan al-Quran dan mengamalkannya.

dipetik By: PakarHowTo

02 February, 2010

Wacana Kajian al-Rasa'il An-Nur


Hari ini 02/02/10(selasa) satu wacana Ilmiah Kajian al-Rasa'il an-Nur telah diadakan di bilik Senat UKM,bermula pada jam 10pagi -1 tgh hari. Wacana ini dianjurkan oleh Institusi Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB),UKM..dengan kerjasama Persatuan Kebudayaan Malaysia-Turki(PKMT), Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam(JPATI),FPI,UKM, Kumpulan Penyelidikan 'Epistemologi Ilmu Biosains' (EIB),UKM.


aku mendapat arahan dari Ustazku untuk datang ke Wacana ini..Bagi Ustaz beliau menyatakan orang seperti kami nie muka dengar sminar...hehehehe..kelakar pula..tmbh beliau pula dapat makan free...ish2...malu plak bila beliau cakap macam tu...hehehe,tp memang betul pun..xsalahkan..

Mari aku ceritakan sedikit sebanyak apa yang telah aku dapat dalam Wacana tersebut..
Wacana ini memang berfaedah bagi diriku dan sahabatku yang lain. Wacana ini menerangkan tentang tokoh Badiuzzaman sa'id an-Nursi.. beliau merupakan seorang tokoh yang unggul..beliau dilahirkan pada 1877 dan meninggal pada tahun 1960. Beliau menguasai ilmu agama dan sains moden seperti matematik, sejarah, geografi dan lain2 lagi..

Perjuangan beliau:
  1. Rasa'il an-Nur merupakan karya agung beliau yg terhimpun dalam 9 jilid. Rasa'il An-Nur adalah untuk memelihara akidah umat Islam.
  2. Beliau tidak menerima sebarang hadiah daripada orang lain.
  3. beliau pernah dipenjara dan hidup dalam buangan selama 25 tahun, beliau pernah diracun sebanyak 25 kali,tetapi beliau sabar menghadapinya.
Pengaruh beliau:

  • Jamaah al-Nur ( Gulen Moment, Yeni, Nesil, Zehra Rakfi, Yeny Asya)
  • Pemikiran beliau dikaji serata dunia. ini kerana idea An-Nursi relevan dalam kontek hari ini.
  • Rasa'il An-Nur dianggap sebagai alternatif mewujudkan dunia Harmoni.
di sini aku letakkan sedikit soal jawab mengenai Rasa'il An-Nur dan An-Nursi yang aku dapat dalam handout.

  1. Apakah An-Nursi itu seorang ahli tariqat?

beliau menjawab: saya bukan sufi dan bukan sheikh tarikat, jika saya adalah satu darinya mengapa pula saya menegaskan: Zaman kita ini bukan zaman tariqat sebaliknya zaman menyelamatkan iman dan menyatakan kebenaran Islam.(al-Maktub ke-6,hal.79).

2. Apakah pendekatan Rasa'il An-Nur?
beliau menjawab: ia adalah cacatan tafsir al-Quran, tetapi ia bukan seperti kitab2 tafsir lain yang pastinya mengupas seluruh isi al-Quran bermula dari perkataan dan ayat demi ayat. Rasa'il An-Nur adalah tafsiran kearah mempercayai dan mengimani al-Quran (hakikat keimanan), lantas ia membawa perbahasan yang membunuh rasa keliru terhadap misi al-Quran, boleh dikatakan ia merupakan tafsir maknawi.(Sirah Zatiyyah,Hal.428)
3. Apakah penuntut Risalah ini mengagungkan An-Nursi lebih dari Nabi s.a.w?
Jawapan: (Astaghfirullah al-Azim!!) terdapat risalah yang membicarakan ketinggian kedudukan Rasulullah s.a.w dan para sahabat Baginda, antaranya ialah: "azamah al-Rasul s.a.w", -kandungan risalah2 ini adalah jawapan terhadap soalan di atas. Antara ungkapan An-Nursi ialah : Raja segala wali pun tidak akan mampu menyaingi ketinggian kedudukan sahabat Rasulullah yang paling kecil", apatah lagi Baginda itu sendiri, An-Nursi adalah dari keturunan Rasulullah tanggapan demikian adalah bertentangan dengan kedudukannya dalam al-bait.

4. Mengapa An-Nursi tidak berkawin sedangkan ia adalah sunnah?

Beliau menjawab: (ringkasan)- Masyarakat terlalu tenat dizaman saya ini dan saya adalah ulama yang perlu menumpukan kepada jihad dan tugas menyelamatkan Iman. Tugas ini memerlukan kesungguhan, tenaga dan tanggungjawab yang tidak berbelah bahagi.saya telah memilih untuk ini memandangkan tugas menyelamatkan iman umat adalah lebih utama dari menunaikan satu sunnah iaitu berkawin. Perkahwinan perlu menempuh syarat-syarat yang ditetapkan walaupun ia sunnah, saya dapati syarat2 itu tidak dapat saya capai. Dikala ini saya perlu untuk mengorbankan dunia bahkan akhirat saya demi tugas al-Quran. saya adalah insan yang tidak mampu memikul tanggungjawab perkahwinan dalam masa yang sama meneruskan perjuangan (membawa senjata, menulis, berdakwah dan mendepani pemikiran kufr yang sedang berleluasa), jawapan ini adalah khusus untuk diri saya. Jangan lupa bahawa para pembawa Rasa'il An-Nur dari peringkat awal hampir kesemuanya berkahwin. Rasa'il An-Nur ada memberi pesanan untuk mereka dalam hal kekeluargaan supaya memantapkan perjuangan. Perlu diingatkan, kami tidak pernah menggalakkan agar tidak berkahwin demi kepentingan perjuangan , seruan sebegini adalah bercanggah dalam Islam. Namun begitu kita berhak memilih untuk melakukannya jika syarat sudah dipenuhi dan perjuangan dapat dimantapkan, iaitu apabila menemui isteri yang benar2 membantu dan berkorban untuk perjuangan Islam.(mulhaq Amir dagh,2, Hal.309,401,402)

5. Mengapa An-Nursi tidak menyertai Parti Politik?

Beliau menjawab:
(ringkasan dan kesimpulan)- Mungkin yang dimaksudkan ialah kenapa saya berkata "Aku berlindung dengan Allah dari Syaitan dan Politik". (ia bukanlah politik dalam kontek mentadbir sesebuah negara). saya menyatakan dengan kontek masyarakat pada saat iman umat Islam kian lemah sedangkan mereka sibuk berpolitik, bukan sibuk memikirkan soal serangan barat dan kufr terhadap umat Islam. Selangkah saya mengikuti jejak mereka maka disinilah keikhlasan saya hilang, kerana saya telah mencipta musuh saya sendiri melalui parti politik sedangkan musuh politik itu adalah sasaran dakwah saya. Rasa'il An-Nur pula adalah hak semua dan bukannya hak saya, saya sendiri menjual segala apa yang ada pada saya kepada rakan2 untuk membeli naskah Nasa'il An-Nur dari mereka. Anda juga tahu sejak 30 tahun saya tidak pernah berehat berperang, diseksa, dipenjara dan diheret ke mahkamah, saya sebenarnya tidak punya masa untuk politik sebaliknya saya ada masa untuk menyebarkan ajaran al-Quran dan hakikat iman.

6. Apakah misi yang dibawa oleh Rasa'il An-Nur?
Jawapan:
  1. Membawa misi keimanan. Iaitu mengajak kita memahami hakikat iman dan al-Quran dengan cara mudah dan ringkas. Fokusnya ialah (iman kepada Allah, Rasulullah dan al-Quran.
  2. Membawa kefahaman tentang Syariah supaya kita melaksanakannya dengan penuh keyakinan dan tanggungjawab. Antara lain yang disentuh ialah tentang Solat dan Puasa. Disamping menjelaskan rahsia kepada amalan syariat yang diperintah oleh Allah s.w.t.
  3. Menyedarkan semula manusia tentang tugas sebenar kehadirannya di dunia.
  4. Membawa manusia memahami hakikat kejadian manusia dan kejadian alam dengan hujah2 saintifik yang berasaskan mantiq.


inilah yang aku dapat selitkan sedikit untuk korang baca..banyak input2 yang berguna dalam Wacana ini..bkn setakat itu je..aku jgk dapat beberapa buah buku dari koleksi Rasa'il An-Nur seperti Persoalan Ijtihad Masa Kini, Lakaran Munajat Menghayati keagungan Pencipta dan Risalah Mukjizat al-Quran siri II..ya Allah, bersyukur sangat2... aku sempat jugak menyembang dengan seorang Dr yang berbahasa Turki ketika makan satu meja bersama beliau n kawan2..best jugak menyembang...hehehehe..sbb pe, beliau fasih bahasa Melayu..so aku tanya la byk2..klau dia cakap Turki n susah nk ckp bhs melayu confrm aku xtnya..hehehe..
Dr lepas nie saya nk belajar la bahasa Turki..bleh????hehehehe..macam sedap je bunyi bahasa dia tu..

keINdAhAn TuHan