dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

20 July, 2010

~BULAN SYAABAN~

1.Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan

3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

iii. Bertaubat

iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

P/S: BUAT DIRIKU DAN DIRI KWN2, MARILAH KITA SAMA2 BERUSAHA MEMPEROLEH KEBERKATAN DALAM BULAN SYAABAN..SEBELUM MELANGKAH KE BULAN YANG MULIA IAITU BULAN RAMADHAN....

17 July, 2010

pengajianku bersama kawan2 di Universiti tamat pada 2010..


salam sahabat2..maaf la sudah lama menghilangkan diri menulis blog ini...maklum la, nk cari ilham..cewah..xada la..cuma malas je..ye la,klau dh tulis confrom lps nie nk tulis lg..hahaha..xpe2..don't worry...i always here..insya-allah..

pertama sekali, aku bersyukur ke hadrat ilahi kerna diberi nafas lagi untuk aku trus berjuang dan melakukan tanggungjawabku sebagai hamba-Mu di muka bumi ini...hari ini 18.7.2010(Ahad)..aku ingin berkongsi tentang pengajianku di UKM..banyak sungguh kenangan pahit & manis yg tidak dapat aku lupakan..bersama2 kawan yg banyak membantu aku di UKM..mereka adalah asma,gee,siti, k.yam,anim n yui..kahadiran mereka membuatkan aku tersenyum seketika..ye la..telatah mereka berbeza2..pelbagai gaya..hihihi..namun sekarang mereka masih menyambung pengajian mereka sebagai Sarjana..wah..bangga juga aku mendapat kwn2 begini...walaupun akuxdapat menyambung pengajianku bersama mereka..namun mereka tetap dihatiku..walaupun jauh dari pandanganku...insya-allah..aku sentiasa mendoakan kejayaan mereka di dunia & akhirat..sampai disini dulu utk episode 1..episode 2 akn menyusul...wassalam

keINdAhAn TuHan