dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

14 March, 2010

TinGGAlkAn 24 PerKaRa iNi


Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah yang byk mendatangkan keburukan kepada kita.

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.

2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)

6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.

7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.

8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.

11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati bolehdatang bila-bila masa.

12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.

14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.

17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.

19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.

24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata ‘jangan’. Sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

renung2kn selamat beramal..

07 March, 2010

keIstiMewAAn Bangun SebeLum SuBuH


Hmmmm...susah betol la kn budak2 remaja zaman sekarang????hmmm..nk bangun sebelum subuh memang malas..betol x?ada yang kata bangun awal2 nk wat pe..baik aku tido je..lg sedap..huhuhu..tu semua klau kita dh set kt kepala malas nk bgun awal..confrom kita akan bgun lewat..ye la..aku cerita nie bkn utk penghayatan korang sama, tp untuk diri aku jgk..

so, kt sini aku nk cerita skit input yang aku baca dalam Majalah Solusi isu no 17..tentang Keistimewaan Bangun Sebelum Subuh...byk jgk yg kita bleh wat antaranya:
  • Solat Tahajud 2,4,6,atau 8 rakaat dan ditutup dgn Solat Witir
  • Bersahur jika anda berpuasa sunat Isnin & Khamis
  • Membaca Al-Quran
  • Menyedut udara segar yang kaya ngan oksigen(menjadi org first)
  • Menikmati ketenangan alam
Hampir Waktu Subuh je kita bleh lakukan Zikir memuji kebesaran Ilahi..dah masuk Subuh kita boleh Solat di Awal waktu dari org lain...cuba kita perhatikan kawan2 kita yang agak liat nk bgun subuh...ksian..kena sebagai kwn yang prihatin mstilah kita kena kejutkan dia..jgn biarkan dia smpai solat di akhir waktu..kejut kwn2 utk bgun subuh dh mendapat pahala ibadah..

Lepas Solat Subuh:
  • boleh berzikir atau baca Mathurat atau al-Quran
  • Membasuh pakaian
  • Mengemas bilik
  • stdy
  • Solat Dhuha
Semua ini kita boleh lakukan,cuma orang kata nk ngan xnk je...klau kita wat hari2 mcm nie dgn ikhlas..Insya-Allah, hidup kita tenang dan bahagia..nasihat ini utk aku ngan diri korang...renung2kn selamat beramal..


03 March, 2010

BaKtErIA Dari NaJis BaYi PemAngKiN DaLam YoGuRT

Salam, bila terbaca majalah pendidik Mei-Jun 2009/Jamadilawal-Jamadilakhir 1430H yang aku dapat sebagai penghargaan sebagai Bekas Exco PKMK(Mantan). Aku sebenarnya terkejut jgk, bila membaca sebuah article yg mengatakan bakteria dari najis bayi dijadikan pemangkin dalam Yogurt terus membuat aku rasa loya skit..hehehehe..ye la aku nie antara yang suka makan atau pengemar Yogurt...Bila dh baca article nie rasa loya plak..tp ini adalah fakta. Mula tu aku terfikir jugak bleh ke makanan dicampurkan dengan bakteria sedangkan bakteria tu jahat?

Tp bila aku baca je lagi article nie..macam dah ada je jawapannya..Bakteria sebenarnya xsemuanya jahat. Bakteria ada yang baik dan ada yang jahat. Bakteria yang membawa kepada kebaikan disebut sebagai prebiotic. Contohnya Lactobacillus, bifido bacterium dan streptococcus. Bakteria ini digunakan bg membantu industri makanan dalam menghasilkan produk berasaskan susu terutamanya dalam proses penapaian untuk menghasilkan Yogurt.

sekarang, aku nk terang kt korang mcm mana plak bakteria baik yang diambil dari najis bayi di masukkan dalam makanan. teknologi hari ini memungkinkan bakteria ini dipencilkan dari bendasing. seterusnya bakteria ini dibiakkan untuk mendapatkan kultur bakteria prebiotic yang tulen selepas dieram, diempar dan dibersihkan dengan air. Akhirnya bakteria kultur yg tulen terhasil dan digunakan sebagai agen pemangkin dalam penghasilan Yogurt. walaupun menurut Islam, najis bayi adalah najis yg tidak boleh dimakan. Namun, bakteria yg diambil drpdanya telah melalui proses pengasingan dan penyucian dengan air suling. Kedua-dua peringkat proses ini selaras dgn tuntutan syarak dlm proses menyucikan najis. utk maklumat kwn2, setiap sesuatu yg terkena najis, tidak lg dianggap najis sekiranya telah dibersihkan unsur-unsur najis yg terkena padanya.

Jadi, kita xperlukah risau lagi. Penggunaan bakteria dalam Yogurt adalah harus. kwn2 bleh la mkn ye..hehehehe..selagi ia tidak bercampur dgn perkara2 yg haram dimakan. Yogurt banyak mempunyai kebaikan. Disebut juga bahawa Rasulullah SAW pernah memberikan Yogurt kepada shbt yg sedang sakit.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Kali ke-62 telah memutuskan bahawa hukum menggunakan bakteria kultur yg dipencilkan daripada sbrg benda najis sebagai agen pemangkin dalam yogurt adalah harus dengan syarat sperti yg ditetapkan. (Ustazah Taqwa Zabidi)..

lps ini..jangan la geli plak nk mkn Yogurt ye kwn2..aku cerita nie sbgai ilmu..bleh kita kongsi2..hehehe

keINdAhAn TuHan