dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

18 December, 2013

Bakal Menjadi Ummi Januari Tahun 2014







Assalamualaikum sahabat2..apa khabar? shat? Hari ini baru nk post n3 seterusnya selepas 9 bulan mendirikan mahligai tercinta bersama Suami tersayang IAM..alhamdulillah..bersyukur tidak terhingga kepada Allah s.w.t. atas rezeki yang tidak terhingga kepada hambaNya..

Disini FA nk kongsi serba sedikit pengalaman ketika hamil..maklum la first baby..terlalu exited dengan kehadiran insan yang bakal menyerikan lagi rumahtangga FA dan IAM. First dapat tahu diri ini prgnant..hanya Allah saya yang tahu..betapa gembiranya hati ini..terutama suami FA iaitu IAM. Kami bersyukur dengan anugerah Allah yang sangat bernilai ini..kerana kami memang mengharapkan untuk mendapat baby awal n tidak mahu merancang..kerana anak itu rezeki dr Allah s.w.t. lagi pun FA n IAM memang sangat sukakn baby n budak2 kecil.. 

Selepas kenduri menyambut menantu sebelah suami...besoknya FA nk berangkat ke IPG Kampus Islam Bangi masa tu..untuk habiskan kursus perguruan sebagai bakal seorang Guru. Masa tu dah tak sedap badan dah..mintak suami belikan test prgnant tu..bila buat saja ujian tu..terus doubble line...sangat2 bersyukur n terus memeluk suami..bagi mendapat kepastian lagi FA ajak suami terus pergi ke Klinik Keluarga dekat Bangi sebelum onthway g Maktab..Suami amat menjaga batas2 aurat klau nk chek di Klinik dan memastikan doktor yang merawat FA adalah wanita..Doktor yang ada ketika itu perempuan dan mengesahkan FA pregnant dan kandungan ketika itu sudah 5 minggu 2 hari..Subhanallah..Allah masih menjaga kandungan ini walaupun kita lasak dan tidak tahu..alhamdulillah..time tu sgt2 bersyukur..terutama suami.

Perasaan suami FA ketika itu sgt2 gembira..first time tgok dia segembira itu..mcm2 suami FA pesan bila sampai je di Maktab..pesan pertamanya adalah:-
1) jgn buat kerja berat
2) jgn naik tangga laju2
3) jgn tak makan
4) hati2 berjalan
  
macam2 pesanannya..siap Suami bg pesanan kt roomate suruh jaga n tgokkn FA..maklumla kandungan baru lagi masa tu..memang kena jaga la...kebetulan dapat plak blok asrama  aras 4..lagi la suami byak pesan itu n ini..siap suruh mintk tukar duduk di aras bawah lagi..FA cakap dekat suami xpe Abg..senaman skit..hihihi.nnti baby aktif..marah suami bila ckp mcm tu..awal lagi kandungan tu kena la jaga..sepanjang 3 minggu di maktb memang sangat perit..badan mula rasa lemah, loya n muntah2..tanpa suami disisi memang la menguji...time tu asyik suami call n tnya khbar..hari minggu suami akan g melawat.. alahan masa mengandung...xbley bau ayam..xkira la ayam belum masak or dh..apalagi la nk mkn..memang pantang 1 bulan jgk la ayam tu xmkn..asyik mkn ikan n daging je...tp 2-3 bln jgk la muntah2 baru hilang..pernah jgk FA pengsan 2 n 3 kali jgk..sehingga suami sangat takut ketika itu..risau kesihatan FA dgn Baby...doktor cuma bg tau FA kurang darah n kena banyakkan rehat..

alhamdulillah, abis je kursus kt maktab..balik rumah memang jadi bos agaknya la..ye la..bila FA nk buat itu..suami ckp xpyh..dok diam2..xpyh wt keja..klau nk mintk dari dia..best jgkkn..tp FA nie bkn la yg jenis dok diam..ada je keja nk buat..kadang2 tu bila suami g keja FA buat jgk dlm diam..bila suami cal..FA ckp xbuat pe pun..hihihihi...pandaikn..xnk susahkn hati suami..kesian dia..masak n basuh baju..makan minum FA dijaga dengan begitu rapi sekali..agar FA dan bby shat..tido malam kadang2 FA meragam, tak bley tido n hidung tersumbat..suami la yang banyak membantu..FA sangat2 bersyukur dikurniakan suami yang sangat2 take care tentang diri FA..sbb tu FA syg sangat dkat IAM 
<3 p="">

Masa kandungan 3 bulan banyak jgk tnya mak, mak mertua, kwn2 yg berpengalaman..mcm2 buku pasal kandungan n kelahiran FA baca. Suami banyak mengingatkan agar tidak lupa membaca al-Quran setiap hari n amalkan menbaca surah2 seperti:-

  • Surah al-Fatihah: untuk terangkan hati dan kuat ingatan
  • Surah at-Taubah: untuk bersihkan jiwa dan dijauhi dari maksiat
  • Surah Yusuf: untuk memperolehi anak yg cantik akhlak
  • Surah Nahl: untuk memperolehi anak yg berdisiplin
  • Surah Maryam: untuk permudahkan waktu bersalin dan memperolehi anak yg sabar dan taat
  • Surah Luqman: untuk memperolehi anak yg cerdik
  • Surah Yaasinn: untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan
  • Surah Hujrat: untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersikap berhati-hati


Sekarang usia kandungan FA sudah 34 weeks n 5 days..( 8 bln lebih la)..time nie kaki dh mula sakit2, pinggang pun sakit..bak kata orang la yg mengandung memang segala2nya sakit2 n lenguh2...bila dah mcm nie baru teringat ibu FA..mcm mana beliau mengandungkan FA..sekarang baru FA rasa pengorbanan seorang ibu amatlah besar skali..patutlah Allah letakkan syurga dibawah kaki IBU..terima kasih mak kerana melahirkan FA <3 .="" p="">

Akhir2 nei asyik kalut dengan barang2 baby plak..suami yang paling exited..semua nk beli katanya..termasuk la FA..hihihi..sehingga barang2 baby ditaja oleh mak mertua FA sendiri..kadang2 segan plakkn..hihihi..orang nk kasi FA n suami terima dengan penuh gembira..jangka FA bersalin pada 24 januari ni...doakan la ea sahabat2..agar dipermudahkan segalanya..ameen..

setakat itu dulu n3 FA ea..next year pasal baby baru plak ea..Insyaallah..


29 July, 2013

Bila diri sudah bergelar Isteri :-)

Assalamualaikum sahabat2 yg disayangi..Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana diri ini masih diberi peluang berada dibumiNya dan masih diberi kesempatan utk menulis n3 ini utk tatapan dan perkongsian kepada sahabat2..

Sebelum sy nk mulakan n3 sy..sy memohon kemaafan kepada sahabat2 kerana dh lama xupdate blog sy kpd shbat2..almaklum la, pasworrd xingt dh..sbb skrg nie banyak sangat perkara nk kena ingt..masa hidup bujang boleh la enjoy2 lg...tp bila dh berumahtangga nie, pham2 la ea..heheehe..layanan tu  lebih untuk suami lg drp segalanya..kerana suami syurga utk kita..dulu tanggungjawab kita dibahu mak & ayah..tp bila dh kawen tanggungjawab kita digalas oleh suami pula..setiap tindak-tanduk kita, kita mesti minta izin dulu dr suami. sangat berbeza..byk lagi yg perlu sy belajar utk menjadi isteri yang lebih baik dan solehah, insyaallah..

Sedikit perkongsian dan pengalaman sy kepada sahabat2 semua, bila dh berkahwin nie kita sudah menyempurnakan sebahagian daripada agama kita, sabda Rasulullah s.a.w : 

"Apabila seorang hamba menikah, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang selebihnya" 

Apabila diri ini sudah diijabkabulkan pada 24/3/2013 bersamaan 12 Jamadil Awal 1434H, hanya Allah saja yg tau, perasaan ini bermacam2, gembira, bahagia, sedih, dan sebagainya. Maklumla bila dh berkahwin ni, tanggungjawab kita sudah berpindah. Segala-galanya utk suami :-) . 

Alhamdulillah, sudah 5 bln sy mendirikan rumahtangga bersama suami sy. Apabila dah bergelar isteri semua keperluan suami seperti makan, pakaian, layanan dan sebagainya perlu dijaga sebaik2nya. Alhamdulillah, sy sangat2 bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dikurniakan seorang suami yang sangat2 bertanggungjawab dan penyayang. Insyaallah, anugerah suami yg diberikan oleh Allah kepada sy tidak akan sy sia2kn sampai akhir hayat sy..sy nk menjadi ketua bidadari di syurga utk suami sy. Kepada sahabat2 semua,
 ketahuilah bahawa Allah SWT juga telah berfirman, 

"Wanita solehah, akan menjadi ketua bidadari kelak di syurga, dan mereka akan memiliki kecantikan dan keindahan lebih dari bidadari syurga itu sendiri".

Alhamdulillah, rezeki lepas berkahwin sentiasa ada.   Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan kahwinilah orang-oarang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
Surah an-Nur:32

Alhamdulillah, lepas kwen je sebulan, suami sy sudah mendapat surat perlantikan jawatan dan pada masa yang sama kami dapat lagi berita gembira, iaitu anugerah Allah SWT kepada sy dan suami, iaitu seorang insan yang bakal menyerikan lagi hubungan sy dan suami..akan sy jaga dengan sebaik2nya anugerah ini. Semoga anak yg bakal lahir nnti menjadi anak yang soleh dan solehah..ameen :-)

setakat dahulu n3 pada hari ini...insyaallah, n3 seterusnya akan ditulis jika ada kesempatan waktu lg..
                                           
                                                       ~WASSALAM~




03 January, 2013

welcome Year 2013 ( tahun yang penuh dengan perasaan takut + gemuruh + gembira)






Assalamualaikum...





Saat berganti saat, minit berganti minit, jam berganti jam, hari berganti hari, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun...tahun 2012 berlalu pergi yang penuh dengan kenangan manis yang akan tetap ku ingat sampai bila2....sekarang tiba pula lembaran untuk tahun 2013 yang bakal memberi seribu satu kenangan buat diriku..INSYA ALLAH.. :-)




2 JANUARI 2013 telah bermula sesi persekolahan utk semua sekolah di seluruh Malaysia..bermula juga utk diriku praktikum jQAF 2012...pada 21 JANUARI - 19 APRIL 2013. (selama 12 minggu)..Insya Allah, akan aku usahakan utk mendapat yang terbaek..Insya Allah.. Dalam kesibukan praktikum yang bakal aku hadapi tidak lama lagi aku juga akan menamatkan zaman bujangku tidak lama lg :-) Ameen..terima kasih buat tunangku..kerana dapat menjaga hubungan ini dengan sebaiknya :-) ..Ameen




Alhamdulillah, di samping itu, tahun ini jgk adik aku pun dapat mengikut jejak langkahku menjadi seorang GURU.. tahniah ku ucapkan buat dirinya...semoga dia menjadi pendidik yang berjaya suatu hari nnti.. 


baiklah..setakat ini dulu n3 aku..countinue lps praktikum ea..


keINdAhAn TuHan