dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

02 February, 2010

Wacana Kajian al-Rasa'il An-Nur


Hari ini 02/02/10(selasa) satu wacana Ilmiah Kajian al-Rasa'il an-Nur telah diadakan di bilik Senat UKM,bermula pada jam 10pagi -1 tgh hari. Wacana ini dianjurkan oleh Institusi Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB),UKM..dengan kerjasama Persatuan Kebudayaan Malaysia-Turki(PKMT), Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam(JPATI),FPI,UKM, Kumpulan Penyelidikan 'Epistemologi Ilmu Biosains' (EIB),UKM.


aku mendapat arahan dari Ustazku untuk datang ke Wacana ini..Bagi Ustaz beliau menyatakan orang seperti kami nie muka dengar sminar...hehehehe..kelakar pula..tmbh beliau pula dapat makan free...ish2...malu plak bila beliau cakap macam tu...hehehe,tp memang betul pun..xsalahkan..

Mari aku ceritakan sedikit sebanyak apa yang telah aku dapat dalam Wacana tersebut..
Wacana ini memang berfaedah bagi diriku dan sahabatku yang lain. Wacana ini menerangkan tentang tokoh Badiuzzaman sa'id an-Nursi.. beliau merupakan seorang tokoh yang unggul..beliau dilahirkan pada 1877 dan meninggal pada tahun 1960. Beliau menguasai ilmu agama dan sains moden seperti matematik, sejarah, geografi dan lain2 lagi..

Perjuangan beliau:
  1. Rasa'il an-Nur merupakan karya agung beliau yg terhimpun dalam 9 jilid. Rasa'il An-Nur adalah untuk memelihara akidah umat Islam.
  2. Beliau tidak menerima sebarang hadiah daripada orang lain.
  3. beliau pernah dipenjara dan hidup dalam buangan selama 25 tahun, beliau pernah diracun sebanyak 25 kali,tetapi beliau sabar menghadapinya.
Pengaruh beliau:

  • Jamaah al-Nur ( Gulen Moment, Yeni, Nesil, Zehra Rakfi, Yeny Asya)
  • Pemikiran beliau dikaji serata dunia. ini kerana idea An-Nursi relevan dalam kontek hari ini.
  • Rasa'il An-Nur dianggap sebagai alternatif mewujudkan dunia Harmoni.
di sini aku letakkan sedikit soal jawab mengenai Rasa'il An-Nur dan An-Nursi yang aku dapat dalam handout.

  1. Apakah An-Nursi itu seorang ahli tariqat?

beliau menjawab: saya bukan sufi dan bukan sheikh tarikat, jika saya adalah satu darinya mengapa pula saya menegaskan: Zaman kita ini bukan zaman tariqat sebaliknya zaman menyelamatkan iman dan menyatakan kebenaran Islam.(al-Maktub ke-6,hal.79).

2. Apakah pendekatan Rasa'il An-Nur?
beliau menjawab: ia adalah cacatan tafsir al-Quran, tetapi ia bukan seperti kitab2 tafsir lain yang pastinya mengupas seluruh isi al-Quran bermula dari perkataan dan ayat demi ayat. Rasa'il An-Nur adalah tafsiran kearah mempercayai dan mengimani al-Quran (hakikat keimanan), lantas ia membawa perbahasan yang membunuh rasa keliru terhadap misi al-Quran, boleh dikatakan ia merupakan tafsir maknawi.(Sirah Zatiyyah,Hal.428)
3. Apakah penuntut Risalah ini mengagungkan An-Nursi lebih dari Nabi s.a.w?
Jawapan: (Astaghfirullah al-Azim!!) terdapat risalah yang membicarakan ketinggian kedudukan Rasulullah s.a.w dan para sahabat Baginda, antaranya ialah: "azamah al-Rasul s.a.w", -kandungan risalah2 ini adalah jawapan terhadap soalan di atas. Antara ungkapan An-Nursi ialah : Raja segala wali pun tidak akan mampu menyaingi ketinggian kedudukan sahabat Rasulullah yang paling kecil", apatah lagi Baginda itu sendiri, An-Nursi adalah dari keturunan Rasulullah tanggapan demikian adalah bertentangan dengan kedudukannya dalam al-bait.

4. Mengapa An-Nursi tidak berkawin sedangkan ia adalah sunnah?

Beliau menjawab: (ringkasan)- Masyarakat terlalu tenat dizaman saya ini dan saya adalah ulama yang perlu menumpukan kepada jihad dan tugas menyelamatkan Iman. Tugas ini memerlukan kesungguhan, tenaga dan tanggungjawab yang tidak berbelah bahagi.saya telah memilih untuk ini memandangkan tugas menyelamatkan iman umat adalah lebih utama dari menunaikan satu sunnah iaitu berkawin. Perkahwinan perlu menempuh syarat-syarat yang ditetapkan walaupun ia sunnah, saya dapati syarat2 itu tidak dapat saya capai. Dikala ini saya perlu untuk mengorbankan dunia bahkan akhirat saya demi tugas al-Quran. saya adalah insan yang tidak mampu memikul tanggungjawab perkahwinan dalam masa yang sama meneruskan perjuangan (membawa senjata, menulis, berdakwah dan mendepani pemikiran kufr yang sedang berleluasa), jawapan ini adalah khusus untuk diri saya. Jangan lupa bahawa para pembawa Rasa'il An-Nur dari peringkat awal hampir kesemuanya berkahwin. Rasa'il An-Nur ada memberi pesanan untuk mereka dalam hal kekeluargaan supaya memantapkan perjuangan. Perlu diingatkan, kami tidak pernah menggalakkan agar tidak berkahwin demi kepentingan perjuangan , seruan sebegini adalah bercanggah dalam Islam. Namun begitu kita berhak memilih untuk melakukannya jika syarat sudah dipenuhi dan perjuangan dapat dimantapkan, iaitu apabila menemui isteri yang benar2 membantu dan berkorban untuk perjuangan Islam.(mulhaq Amir dagh,2, Hal.309,401,402)

5. Mengapa An-Nursi tidak menyertai Parti Politik?

Beliau menjawab:
(ringkasan dan kesimpulan)- Mungkin yang dimaksudkan ialah kenapa saya berkata "Aku berlindung dengan Allah dari Syaitan dan Politik". (ia bukanlah politik dalam kontek mentadbir sesebuah negara). saya menyatakan dengan kontek masyarakat pada saat iman umat Islam kian lemah sedangkan mereka sibuk berpolitik, bukan sibuk memikirkan soal serangan barat dan kufr terhadap umat Islam. Selangkah saya mengikuti jejak mereka maka disinilah keikhlasan saya hilang, kerana saya telah mencipta musuh saya sendiri melalui parti politik sedangkan musuh politik itu adalah sasaran dakwah saya. Rasa'il An-Nur pula adalah hak semua dan bukannya hak saya, saya sendiri menjual segala apa yang ada pada saya kepada rakan2 untuk membeli naskah Nasa'il An-Nur dari mereka. Anda juga tahu sejak 30 tahun saya tidak pernah berehat berperang, diseksa, dipenjara dan diheret ke mahkamah, saya sebenarnya tidak punya masa untuk politik sebaliknya saya ada masa untuk menyebarkan ajaran al-Quran dan hakikat iman.

6. Apakah misi yang dibawa oleh Rasa'il An-Nur?
Jawapan:
  1. Membawa misi keimanan. Iaitu mengajak kita memahami hakikat iman dan al-Quran dengan cara mudah dan ringkas. Fokusnya ialah (iman kepada Allah, Rasulullah dan al-Quran.
  2. Membawa kefahaman tentang Syariah supaya kita melaksanakannya dengan penuh keyakinan dan tanggungjawab. Antara lain yang disentuh ialah tentang Solat dan Puasa. Disamping menjelaskan rahsia kepada amalan syariat yang diperintah oleh Allah s.w.t.
  3. Menyedarkan semula manusia tentang tugas sebenar kehadirannya di dunia.
  4. Membawa manusia memahami hakikat kejadian manusia dan kejadian alam dengan hujah2 saintifik yang berasaskan mantiq.


inilah yang aku dapat selitkan sedikit untuk korang baca..banyak input2 yang berguna dalam Wacana ini..bkn setakat itu je..aku jgk dapat beberapa buah buku dari koleksi Rasa'il An-Nur seperti Persoalan Ijtihad Masa Kini, Lakaran Munajat Menghayati keagungan Pencipta dan Risalah Mukjizat al-Quran siri II..ya Allah, bersyukur sangat2... aku sempat jugak menyembang dengan seorang Dr yang berbahasa Turki ketika makan satu meja bersama beliau n kawan2..best jugak menyembang...hehehehe..sbb pe, beliau fasih bahasa Melayu..so aku tanya la byk2..klau dia cakap Turki n susah nk ckp bhs melayu confrm aku xtnya..hehehe..
Dr lepas nie saya nk belajar la bahasa Turki..bleh????hehehehe..macam sedap je bunyi bahasa dia tu..

2 comments:

  1. Salam wbt..
    kenapa xbgtau ada wacana ni..huhu..terlepas peluang..saya buat tajuk ni..untuk projek ilmiah..kalau pergi dapat juga tambah maklumat..

    ReplyDelete
  2. eh,,google2 jumpa blog kak seha ;) ada kak khairi lagi,hehe

    ReplyDelete

keINdAhAn TuHan