dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
05 December, 2012
Saat menghadapi liku-liku dunia yg hanya pinjaman semata2...
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"
(Al-Baqarah : 201)
01 October, 2012
KEPENTINGAN ILMU DALAM ISLAM
Masyarakat yang berilmu dan menguasai ilmu mempunyai akhlak dan akal yang adil serta jujur dan tidak akan melakukan sesuatu yang salah bukan sahaja kerana ia melanggar undang-undang negara dan hukum Islam, tetapi juga kerana ia melanggar asas akhlaknya. Saiidina Ali bin Abi Talib mengatakan, "Tiada kekayaan lebih utama daripada akal. Tiada kepapaan lebih menyedihkan daripada kebodohan. Tiada warisan lebih baik daripada pendidikan". Mereka menjauhkan diri daripada tindakan dan pemikiran yang tidak adil dan tidak jujur, bukan hanya kerana melanggar hukum tetapi juga kerana mereka sendiri mempunyai sikap dan akhlak yang antiketidakadilan dan ketidakjujuran. Mereka juga akan sentiasa menjunjung dua petunjuk yang nyata, iaitu al-Quran dan hadis Rasulullah selain ijmak dan bermusyawarah dalam setiap perbuatan dan bagi mencapai sesuatu keputusan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya serigala itu hanya akan dapat memakan kambing yang tersisih (dari kumpulannya)".
Renung-renungkanlah:
Jawapan-jawapan daripada Saiidina Ali bin Abi Thalib ketika ditanya mengenai antara keutamaan ilmu dengan harta:
* "Ilmu lebih utama daripada harta, Ilmu adalah pusaka para Nabi, sedang harta adalah pusaka Qarun, Sadad, Firaun, dan lain-lain.”
* "Ilmu lebih utama daripada harta, kerana ilmu itu menjagamu sedangkan harta malah engkau yang harus menjaganya.”
* "Harta itu bila engkau tasarrufkan (berikan) menjadi berkurang, sebaliknya ilmu jika engkau tasarrufkan akan bertambah.”
* "Pemilik harta disebut dengan nama bakhil (kikir) dan buruk, tetapi pemilik ilmu disebut dengan nama keagungan dan kemuliaan.”
* "Pemilik harta itu musuhnya banyak, sedangkan pemilik ilmu temannya banyak.”
* "Ilmu lebih utama daripada harta, karena diakhirat nanti pemilik harta akan dihisab, sedangkan orang berilmu akan memperoleh syafaat.”
* "Harta akan hancur berantakan kerana lama ditelan zaman, tetapi ilmu tidak akan rosak dan musnah walau ditelan zaman.”
* "Harta membuat hati seseorang menjadi keras, sedang ilmu membuat hati menjadi bercahaya.”
* "Ilmu lebih utama daripada harta, kerana pemilik harta bisa mengaku sebagai Tuhan akibat harta yang dimilikinya, sedang orang yang berilmu mengaku sebagai hamba kerana ilmunya.”
Hamka pula berkata: “Ada ilmu ada harta jadi orang mulia, ada ilmu tidak ada harta jadi hamba orang, kalau tidak ada ilmu tidak ada harta jadi binatang.”
Justeru, di situ letaknya kepentingan menuntut ilmu. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang inginkan dunia, maka hendaklah dia menuntut ilmu, siapa yang inginkan akhirat, maka dia perlu menuntut ilmu dan sesiapa yang ingin kedua-duanya, maka hendaklah ia menuntut ilmu.”
06 July, 2012
Nisfu Sya'ban
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر
Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar. (Riwayat Ibnu Majah)
05 May, 2012
Guru dengan Murid
24 April, 2012
Mengukur Sebuah Cinta
Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa’d bin Abi Waqqash utk berdoa. Ajakan itu dipersetujui oleh Sa’d. Keduanya mulai berdoa. Sa’d berdoa terlebih dahulu:
“Tuhanku, jika nanti aku berjumpa dgn musuhku, berilah aku musuh yg sgt perkasa. Aku berusaha membunuh dia dan dia pun berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kpdku sehingga aku berhasil membunuhnya dan kemudian mengambil miliknya (sebagai rampasan perang).”
Abdullah mengaminkannya. Tiba giliran Abdullah berdoa:
“Tuhanku, berilah aku musuh yg gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?). Aku akan menjawab bhw keduanya terpotong ketika aku berjuang di jlnMu dan jln Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: ‘Kamu benar!’ (shadaqta).”
Sa’d mengaminkan doa Abdullah tersebut. Keduanya berangkat ke medan Uhud dan doa keduanya dimaqbulkan Allah.
Sa’d bercerita kpd anaknya, “Duhai anakku, doa Abdullah lbh baik drp doaku. Di senja hari aku lihat hidung dan telinganya tergantung pd seutas tali.”
Kisah ini tlh melukiskan sebuah cara utk mengukur cinta kita pd Allah. Sementara ramai yg berdoa agar mendapat ini dan itu, seorang pencinta sejati akan berdoa agar dpt bertemu dgn Kekasihnya sambil membawa sesuatu yg bisa dibanggakan.
Ketika di Padang Mahsyar nanti Allah bertanya kpd anda: “Dr mana kau peroleh hartamu di dunia?” Apakah yang anda akan jawab?????
Allah bertanya lagi, “Apa saja yg tlh engkau lakukan di dunia?”
“Ku hiasi hidupku dgn dosa dan nista, tak henti-hentinya ku cintai indah dan gemerlapnya dunia hingga aku dipanggil menghadapMu.” Allah dgn murka akan menjawab, “Kamu benar!”
Bandingkan dgn seorang hamba lain yg ketika di Padang Mahsyar berkata kpd Allah:
“Tlh ku tahan lapar dan dahaga di dunia, tlh ku basahi bibirku dgn zikir, dan tlh ku curahkan waktu dan tenagaku utk keagungan namaMu, tlh ku hiasi mlm ku dgn ayat suciMu dan tlh ku letakkan dahiku di sejadah utk bersujud pd kebesaranMu.”
Dan Allah akan menjawab, “Kamu benar!”
Duhai.. adakah kebahagian yg lbh dr itu; ketika seorang hamba menceritakan amalnya dan Allah akan membenarkannya.
Mahukah kita pulang nanti ke kampung akhirat dgn membawa amal yg mampu kita banggakan? Mahukah kita temui Kekasih kita sambil membawa amalan yg akan menyenangkanNya?
Kisah Tauladan Di dlm Kitab Hayatus Shahabah
23 April, 2012
Kelebihan orang yang banyak berdoa
DARIPADA Anas bin Malik, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, syurga berkata: Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga. Dan sesiapa yang meminta perlindungan daripada neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata: Ya Allah, selamatkanlah dia daripada neraka.”
Hadis ini sungguh besar kedudukan dan tahapnya, ia menunjukkan limpah kurnia Allah yang besar dan rahmat-Nya yang begitu luas. Orang yang memohon syurga dan meminta perlindungan daripada neraka ditetapkan syarat iaitu Islam serta benar dalam menghadapkan diri kepada Allah (at-tawajjuh).
Demikianlah, bahawa kejayaan dengan syurga dan keselamatan daripada neraka adalah tujuan yang hendak dicapai orang yang mengerjakan solat, berzakat, berpuasa, menunaikan haji, berzikir mengingati Allah dan berjihad.
Untuk mencapai ke tahap itu mereka terpaksa memejam pandangan, memelihara kemaluan dan perutnya, menjaga lidah serta menahan tangannya daripada melakukan perkara terlarang. Perkara ini berterusan menjadi adat kebiasaan sehingga Allah mengampuni mereka.
Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang sentiasa berkeliaran di jalan mencari ahli zikir, apabila mereka mendapati satu kaum yang berzikir mengingati Allah mereka memanggil temannya lalu mereka pun datang mengelilingi orang yang berzikir dengan membentangkan sayapnya ke langit dunia. Lalu mereka ditanya oleh Tuhannya, sedangkan Tuhan lebih mengetahui dari mereka: Apa yang diucapkan hamba-Ku? Mereka menjawab: Hamba-Mu menyucikan, membesarkan, memuji dan mengagungkan-Mu.
Allah bertanya: Adakah mereka melihat Ku? Malaikat menjawab: Tidak, Demi Allah wahai Tuhan, mereka tidak melihat Mu. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihat Ku? Malaikat menjawab: Jika mereka melihat Mu nescaya mereka lebih banyak beribadah kepada Mu, mengagungkan Mu, dan bertasbih memuji Mu.
Allah bertanya: Apakah yang mereka minta kepada-Ku? Malaikat menjawab: Mereka meminta syurga kepada Mu. Allah bertanya: Adakah mereka telah melihat syurga itu? Malaikat menjawab: Tidak, Demi Allah wahai Tuhanku, mereka tidak pernah melihatnya. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihat syurga itu? Malaikat menjawab: Sekiranya mereka melihatnya nescaya mereka lebih tamak lagi terhadapnya, lebih kuat memintanya, dan keinginannya lebih besar padanya.
Allah bertanya: Dari apakah mereka berlindung? Malaikat menjawab: Mereka berlindung dari neraka. Allah bertanya: Adakah mereka telah melihat neraka itu? Malaikat menjawab: Tidak, demi Allah mereka belum pernah melihatnya. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihatnya? Malaikat menjawab: Sekiranya mereka melihatnya nescaya mereka pasti lebih menjauhkan diri daripadanya, dan pasti lebih takut dengannya.
Allah bertanya: Aku menyaksikan kepada Kamu bahawa Aku telah mengampuni mereka. Ada malaikat berkata: Di kalangan mereka ada si fulan yang bukan dari golongan mereka, namun kedatangannya untuk sesuatu hajat keperluan. Allah berfirman: Mereka adalah kaum yang tidak celaka sesiapa yang duduk dalam majlisnya.”
Mengapa kita tidak memohon syurga kepada Allah, sedangkan Ibnu Abbas meriwayatkan daripada Nabi SAW sabdanya: “Allah menciptakan syurga dan menjuntaikan padanya buah-buahannya, dan mengalirkan padanya sungai-sungainya, kemudian memandang kepadanya lalu berfirman: Bercakaplah, lalu diapun berkata: Sungguh berjaya orang yang beriman. Lalu Allah berfirman: Demi keagungan Ku, engkau tidak akan dimasuki orang yang bakhil kedekut.”
Mengapa kita tidak meminta kepada Allah supaya dimasukkan ke dalam syurga, sedangkan Rasulullah SAW pernah ditanya mengenainya, lalu baginda bersabda: “Sesiapa yang masuk syurga akan hidup di dalamnya tidak akan mati, dikurniakan nikmat padanya tidak pernah terputus, tidak lusuh pakaiannya dan tidak hilang keremajaannya.
Subhanallah..
besar sungguh nikmat yg KAU kurniakan kepada hamba-Mu ini..
betapa kerdilnya diri ini..Subhanallah, aku mencintai-Mu, Subhanallah aku menyayangi-Mu..dari ufuk timur hingga ke barat selalu dihatiku...
13 March, 2012
Hari Pertama & Kedua Berada di Maktab..
Alhamdulillah...sepanjang 2 hari aku berada di maktab terasa bahang belajar..macam di universiti dahulu..cuma mode yang aku ambik nie adalah KDC( kursus dalam cuti)..orang cuti kita belajar..inilah pengorbanan yang harus ditempuhi oleh semua pelatih2 j-QAF yang baru...
start daftar masuk asrama utk kursus interaksi pada 11/03/2012 (Sabtu) dari pukul 10pg-5.00ptg..alhamdulillah, pada pukul 4-30 ptg, aku sampai ke maktab ipg bangi..alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar..cuma dapat blok jauh skit..jauh dengan rakan2 sekelasku..tp, walaupun jauh, rasa best plak..dapat kenal2 ngan lecture2 yg jd wrden kt sini..kebetulan yang mengajar subjek PQ aku tu warden blok aku...hihihihi..skrg,,lecture dh kenal plak aku..klau jmpa je..msti tanya ada kelas lg ke n dah mkn ke..wah!!! bessssstnya...terasa mcm dijaga je..hihihii..perasan sendiri plak ea..hari pertama mula kelas..7.45pg dimulakan dengan perhimpunan, dirasmikan oleh Tuan Haji Anuar bin Ahmad..(Timb. Pengarah IPG Islam) byk jgk input beliau yang beliau berikan kepadaku dan sahabat2ku yg lain..kemudian beliau menasihati kami agar menjaga keselamatan dijalan raya..krn kmi diberitahu bahawa seorang pelajar j-QAF yang tahun ini dalam praktikal telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya disebabkan mahu mengelak dr di langgar lori...akhirnya,terbabas lalu melanggar sebatang pokok ditepi jalan. Sama2 kita doakan agr roh sahabat kita itu ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman & beramal soleh..
Hari pertama, masuk kelas xrasa plak nk tido..mcm xpercaya je..mungkin sbb niat kita tu kot..hihihi..alhamdulillah..asigmnet mula bertambah..dulu, masa kt u boleh la lg disuap oleh lecture..skrg, bila masuk alam pekerjaan nie..dalam proses ngajar + belajar..kena la cr sendiri input2nya..hari kedua pun begitu juga,,,cuma penat skit dengan kelas yg banyak...ditambah pula dgn asgment yg dh mkin bertambah...terasa pening je kpala nie...subjek PN yang terasa peningnya kepala..sbb ayat2nya terlalu mendalam untuk difahami...walaupun belajar mengenai bilik darjah, personaliti terasa mcm mudah...namun sebenarnya subjek inilah yang pelajar2 j-QAF mendapat markah yang kurang memuaskan..hanya cukup2 mkn je..insyaalah, siapa yg berusaha bersungguh2..dia akan berjaya...
aku berharap kepadaMu Ya Allah, agar diri ini dapat mendidik anak bangsa menjadi insan yang kamil dari semua segi seperti Jasmani,Emosi,Rohani,Intelek,dan Sosial..
12 March, 2012
TAHUN BARU 2012..TAHUN REZEKI BUAT DIRIKU..
YA ALLAH...dh bersarang blog nie...sbb dh lama xupdate...sory kwn2 yg mengikuti cerita sy...hihihi...entah ada ke x yg mengikutnya...harap dimaafi...
Alhamdulillah...dengan kehadiran tahun baru 2012..aku bersyukur padamu..krn dlm tahun 2012 aku mempunyai 2 sejarah yg tidak dapat dilupakan...nk tahu???jenggg2!!!!
1) Alhamdulillah, aku mendapat peluang kerja..sbgai guru j-QAF di Sk Bukit Rahman Putra Sg buloh..ku berdoa agr kursus selama 1 tahun stengah ini berakhir dengan kecemerlangan & jayanya..disamping dapat mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna dan soleh & solehah bukan sahaja berjaya di dunia bahkan diakhirat..Insyaallah..
2) dan Alhamdulillah juga..diri ini sudahpun dilamar orang...hihihi..thanks ea!! kepada yang tersayang tu...mudah-mudahan dengan ikatan pertunangan ini akan berakhir dengan sebuah ikatan yang suci..dan diberkati..Ameen..:-)
kedua2 nie tidak akan aku lupakan smpai bila2...Syukran ya Rabbi...