Alhamdulillah...sepanjang 2 hari aku berada di maktab terasa bahang belajar..macam di universiti dahulu..cuma mode yang aku ambik nie adalah KDC( kursus dalam cuti)..orang cuti kita belajar..inilah pengorbanan yang harus ditempuhi oleh semua pelatih2 j-QAF yang baru...
start daftar masuk asrama utk kursus interaksi pada 11/03/2012 (Sabtu) dari pukul 10pg-5.00ptg..alhamdulillah, pada pukul 4-30 ptg, aku sampai ke maktab ipg bangi..alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar..cuma dapat blok jauh skit..jauh dengan rakan2 sekelasku..tp, walaupun jauh, rasa best plak..dapat kenal2 ngan lecture2 yg jd wrden kt sini..kebetulan yang mengajar subjek PQ aku tu warden blok aku...hihihihi..skrg,,lecture dh kenal plak aku..klau jmpa je..msti tanya ada kelas lg ke n dah mkn ke..wah!!! bessssstnya...terasa mcm dijaga je..hihihii..perasan sendiri plak ea..hari pertama mula kelas..7.45pg dimulakan dengan perhimpunan, dirasmikan oleh Tuan Haji Anuar bin Ahmad..(Timb. Pengarah IPG Islam) byk jgk input beliau yang beliau berikan kepadaku dan sahabat2ku yg lain..kemudian beliau menasihati kami agar menjaga keselamatan dijalan raya..krn kmi diberitahu bahawa seorang pelajar j-QAF yang tahun ini dalam praktikal telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya disebabkan mahu mengelak dr di langgar lori...akhirnya,terbabas lalu melanggar sebatang pokok ditepi jalan. Sama2 kita doakan agr roh sahabat kita itu ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman & beramal soleh..
Hari pertama, masuk kelas xrasa plak nk tido..mcm xpercaya je..mungkin sbb niat kita tu kot..hihihi..alhamdulillah..asigmnet mula bertambah..dulu, masa kt u boleh la lg disuap oleh lecture..skrg, bila masuk alam pekerjaan nie..dalam proses ngajar + belajar..kena la cr sendiri input2nya..hari kedua pun begitu juga,,,cuma penat skit dengan kelas yg banyak...ditambah pula dgn asgment yg dh mkin bertambah...terasa pening je kpala nie...subjek PN yang terasa peningnya kepala..sbb ayat2nya terlalu mendalam untuk difahami...walaupun belajar mengenai bilik darjah, personaliti terasa mcm mudah...namun sebenarnya subjek inilah yang pelajar2 j-QAF mendapat markah yang kurang memuaskan..hanya cukup2 mkn je..insyaalah, siapa yg berusaha bersungguh2..dia akan berjaya...
aku berharap kepadaMu Ya Allah, agar diri ini dapat mendidik anak bangsa menjadi insan yang kamil dari semua segi seperti Jasmani,Emosi,Rohani,Intelek,dan Sosial..
No comments:
Post a Comment