dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

18 December, 2013

Bakal Menjadi Ummi Januari Tahun 2014







Assalamualaikum sahabat2..apa khabar? shat? Hari ini baru nk post n3 seterusnya selepas 9 bulan mendirikan mahligai tercinta bersama Suami tersayang IAM..alhamdulillah..bersyukur tidak terhingga kepada Allah s.w.t. atas rezeki yang tidak terhingga kepada hambaNya..

Disini FA nk kongsi serba sedikit pengalaman ketika hamil..maklum la first baby..terlalu exited dengan kehadiran insan yang bakal menyerikan lagi rumahtangga FA dan IAM. First dapat tahu diri ini prgnant..hanya Allah saya yang tahu..betapa gembiranya hati ini..terutama suami FA iaitu IAM. Kami bersyukur dengan anugerah Allah yang sangat bernilai ini..kerana kami memang mengharapkan untuk mendapat baby awal n tidak mahu merancang..kerana anak itu rezeki dr Allah s.w.t. lagi pun FA n IAM memang sangat sukakn baby n budak2 kecil.. 

Selepas kenduri menyambut menantu sebelah suami...besoknya FA nk berangkat ke IPG Kampus Islam Bangi masa tu..untuk habiskan kursus perguruan sebagai bakal seorang Guru. Masa tu dah tak sedap badan dah..mintak suami belikan test prgnant tu..bila buat saja ujian tu..terus doubble line...sangat2 bersyukur n terus memeluk suami..bagi mendapat kepastian lagi FA ajak suami terus pergi ke Klinik Keluarga dekat Bangi sebelum onthway g Maktab..Suami amat menjaga batas2 aurat klau nk chek di Klinik dan memastikan doktor yang merawat FA adalah wanita..Doktor yang ada ketika itu perempuan dan mengesahkan FA pregnant dan kandungan ketika itu sudah 5 minggu 2 hari..Subhanallah..Allah masih menjaga kandungan ini walaupun kita lasak dan tidak tahu..alhamdulillah..time tu sgt2 bersyukur..terutama suami.

Perasaan suami FA ketika itu sgt2 gembira..first time tgok dia segembira itu..mcm2 suami FA pesan bila sampai je di Maktab..pesan pertamanya adalah:-
1) jgn buat kerja berat
2) jgn naik tangga laju2
3) jgn tak makan
4) hati2 berjalan
  
macam2 pesanannya..siap Suami bg pesanan kt roomate suruh jaga n tgokkn FA..maklumla kandungan baru lagi masa tu..memang kena jaga la...kebetulan dapat plak blok asrama  aras 4..lagi la suami byak pesan itu n ini..siap suruh mintk tukar duduk di aras bawah lagi..FA cakap dekat suami xpe Abg..senaman skit..hihihi.nnti baby aktif..marah suami bila ckp mcm tu..awal lagi kandungan tu kena la jaga..sepanjang 3 minggu di maktb memang sangat perit..badan mula rasa lemah, loya n muntah2..tanpa suami disisi memang la menguji...time tu asyik suami call n tnya khbar..hari minggu suami akan g melawat.. alahan masa mengandung...xbley bau ayam..xkira la ayam belum masak or dh..apalagi la nk mkn..memang pantang 1 bulan jgk la ayam tu xmkn..asyik mkn ikan n daging je...tp 2-3 bln jgk la muntah2 baru hilang..pernah jgk FA pengsan 2 n 3 kali jgk..sehingga suami sangat takut ketika itu..risau kesihatan FA dgn Baby...doktor cuma bg tau FA kurang darah n kena banyakkan rehat..

alhamdulillah, abis je kursus kt maktab..balik rumah memang jadi bos agaknya la..ye la..bila FA nk buat itu..suami ckp xpyh..dok diam2..xpyh wt keja..klau nk mintk dari dia..best jgkkn..tp FA nie bkn la yg jenis dok diam..ada je keja nk buat..kadang2 tu bila suami g keja FA buat jgk dlm diam..bila suami cal..FA ckp xbuat pe pun..hihihihi...pandaikn..xnk susahkn hati suami..kesian dia..masak n basuh baju..makan minum FA dijaga dengan begitu rapi sekali..agar FA dan bby shat..tido malam kadang2 FA meragam, tak bley tido n hidung tersumbat..suami la yang banyak membantu..FA sangat2 bersyukur dikurniakan suami yang sangat2 take care tentang diri FA..sbb tu FA syg sangat dkat IAM 
<3 p="">

Masa kandungan 3 bulan banyak jgk tnya mak, mak mertua, kwn2 yg berpengalaman..mcm2 buku pasal kandungan n kelahiran FA baca. Suami banyak mengingatkan agar tidak lupa membaca al-Quran setiap hari n amalkan menbaca surah2 seperti:-

  • Surah al-Fatihah: untuk terangkan hati dan kuat ingatan
  • Surah at-Taubah: untuk bersihkan jiwa dan dijauhi dari maksiat
  • Surah Yusuf: untuk memperolehi anak yg cantik akhlak
  • Surah Nahl: untuk memperolehi anak yg berdisiplin
  • Surah Maryam: untuk permudahkan waktu bersalin dan memperolehi anak yg sabar dan taat
  • Surah Luqman: untuk memperolehi anak yg cerdik
  • Surah Yaasinn: untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan
  • Surah Hujrat: untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersikap berhati-hati


Sekarang usia kandungan FA sudah 34 weeks n 5 days..( 8 bln lebih la)..time nie kaki dh mula sakit2, pinggang pun sakit..bak kata orang la yg mengandung memang segala2nya sakit2 n lenguh2...bila dah mcm nie baru teringat ibu FA..mcm mana beliau mengandungkan FA..sekarang baru FA rasa pengorbanan seorang ibu amatlah besar skali..patutlah Allah letakkan syurga dibawah kaki IBU..terima kasih mak kerana melahirkan FA <3 .="" p="">

Akhir2 nei asyik kalut dengan barang2 baby plak..suami yang paling exited..semua nk beli katanya..termasuk la FA..hihihi..sehingga barang2 baby ditaja oleh mak mertua FA sendiri..kadang2 segan plakkn..hihihi..orang nk kasi FA n suami terima dengan penuh gembira..jangka FA bersalin pada 24 januari ni...doakan la ea sahabat2..agar dipermudahkan segalanya..ameen..

setakat itu dulu n3 FA ea..next year pasal baby baru plak ea..Insyaallah..


29 July, 2013

Bila diri sudah bergelar Isteri :-)

Assalamualaikum sahabat2 yg disayangi..Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana diri ini masih diberi peluang berada dibumiNya dan masih diberi kesempatan utk menulis n3 ini utk tatapan dan perkongsian kepada sahabat2..

Sebelum sy nk mulakan n3 sy..sy memohon kemaafan kepada sahabat2 kerana dh lama xupdate blog sy kpd shbat2..almaklum la, pasworrd xingt dh..sbb skrg nie banyak sangat perkara nk kena ingt..masa hidup bujang boleh la enjoy2 lg...tp bila dh berumahtangga nie, pham2 la ea..heheehe..layanan tu  lebih untuk suami lg drp segalanya..kerana suami syurga utk kita..dulu tanggungjawab kita dibahu mak & ayah..tp bila dh kawen tanggungjawab kita digalas oleh suami pula..setiap tindak-tanduk kita, kita mesti minta izin dulu dr suami. sangat berbeza..byk lagi yg perlu sy belajar utk menjadi isteri yang lebih baik dan solehah, insyaallah..

Sedikit perkongsian dan pengalaman sy kepada sahabat2 semua, bila dh berkahwin nie kita sudah menyempurnakan sebahagian daripada agama kita, sabda Rasulullah s.a.w : 

"Apabila seorang hamba menikah, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang selebihnya" 

Apabila diri ini sudah diijabkabulkan pada 24/3/2013 bersamaan 12 Jamadil Awal 1434H, hanya Allah saja yg tau, perasaan ini bermacam2, gembira, bahagia, sedih, dan sebagainya. Maklumla bila dh berkahwin ni, tanggungjawab kita sudah berpindah. Segala-galanya utk suami :-) . 

Alhamdulillah, sudah 5 bln sy mendirikan rumahtangga bersama suami sy. Apabila dah bergelar isteri semua keperluan suami seperti makan, pakaian, layanan dan sebagainya perlu dijaga sebaik2nya. Alhamdulillah, sy sangat2 bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dikurniakan seorang suami yang sangat2 bertanggungjawab dan penyayang. Insyaallah, anugerah suami yg diberikan oleh Allah kepada sy tidak akan sy sia2kn sampai akhir hayat sy..sy nk menjadi ketua bidadari di syurga utk suami sy. Kepada sahabat2 semua,
 ketahuilah bahawa Allah SWT juga telah berfirman, 

"Wanita solehah, akan menjadi ketua bidadari kelak di syurga, dan mereka akan memiliki kecantikan dan keindahan lebih dari bidadari syurga itu sendiri".

Alhamdulillah, rezeki lepas berkahwin sentiasa ada.   Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan kahwinilah orang-oarang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
Surah an-Nur:32

Alhamdulillah, lepas kwen je sebulan, suami sy sudah mendapat surat perlantikan jawatan dan pada masa yang sama kami dapat lagi berita gembira, iaitu anugerah Allah SWT kepada sy dan suami, iaitu seorang insan yang bakal menyerikan lagi hubungan sy dan suami..akan sy jaga dengan sebaik2nya anugerah ini. Semoga anak yg bakal lahir nnti menjadi anak yang soleh dan solehah..ameen :-)

setakat dahulu n3 pada hari ini...insyaallah, n3 seterusnya akan ditulis jika ada kesempatan waktu lg..
                                           
                                                       ~WASSALAM~




03 January, 2013

welcome Year 2013 ( tahun yang penuh dengan perasaan takut + gemuruh + gembira)






Assalamualaikum...





Saat berganti saat, minit berganti minit, jam berganti jam, hari berganti hari, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun...tahun 2012 berlalu pergi yang penuh dengan kenangan manis yang akan tetap ku ingat sampai bila2....sekarang tiba pula lembaran untuk tahun 2013 yang bakal memberi seribu satu kenangan buat diriku..INSYA ALLAH.. :-)




2 JANUARI 2013 telah bermula sesi persekolahan utk semua sekolah di seluruh Malaysia..bermula juga utk diriku praktikum jQAF 2012...pada 21 JANUARI - 19 APRIL 2013. (selama 12 minggu)..Insya Allah, akan aku usahakan utk mendapat yang terbaek..Insya Allah.. Dalam kesibukan praktikum yang bakal aku hadapi tidak lama lagi aku juga akan menamatkan zaman bujangku tidak lama lg :-) Ameen..terima kasih buat tunangku..kerana dapat menjaga hubungan ini dengan sebaiknya :-) ..Ameen




Alhamdulillah, di samping itu, tahun ini jgk adik aku pun dapat mengikut jejak langkahku menjadi seorang GURU.. tahniah ku ucapkan buat dirinya...semoga dia menjadi pendidik yang berjaya suatu hari nnti.. 


baiklah..setakat ini dulu n3 aku..countinue lps praktikum ea..


05 December, 2012

Saat menghadapi liku-liku dunia yg hanya pinjaman semata2...

Assalamualaikum...sahabat2..sudah lama aku tidak masukkn n3 baru..maklumlah..sibuk dengan urusan dunia yg menjadi wasilah utk ke akhirat nnti.. Entah bagaimana untk dimulakan ketika menghadapi saat2 diuji oleh Tuhan yang Maha Esa.. terasa sukar utk membuat keputsan yg belum pasti  dapat  mengundang kebahagian kepada semua orang...hanya petunjuk darimu saje yg dapat menguatkan imanku terhadapMu...bantulah hambaMu ini..ameen..Selamatkan aku dr segala tipu daya syaitan..

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"

(Al-Baqarah : 201)


01 October, 2012

KEPENTINGAN ILMU DALAM ISLAM

Islam umpama pokok, bermula daripada biji benih, kemudian mengeluarkan akar dan pucuk. Seterusnya, ia membesar dan membentuk batang, dahan, cabang, ranting dan dedaun hingga menjadi sebatang pokok yang rendang, tegak dan kukuh. Namun, setiap helai daun dihubungkan terus dengan akarnya.

Masyarakat yang berilmu dan menguasai ilmu mempunyai akhlak dan akal yang adil serta jujur dan tidak akan melakukan sesuatu yang salah bukan sahaja kerana ia melanggar undang-undang negara dan hukum Islam, tetapi juga kerana ia melanggar asas akhlaknya. Saiidina Ali bin Abi Talib mengatakan, "Tiada kekayaan lebih utama daripada akal. Tiada kepapaan lebih menyedihkan daripada kebodohan. Tiada warisan lebih baik daripada pendidikan". Mereka menjauhkan diri daripada tindakan dan pemikiran yang tidak adil dan tidak jujur, bukan hanya kerana melanggar hukum tetapi juga kerana mereka sendiri mempunyai sikap dan akhlak yang antiketidakadilan dan ketidakjujuran. Mereka juga akan sentiasa menjunjung dua petunjuk yang nyata, iaitu al-Quran dan hadis Rasulullah selain ijmak dan bermusyawarah dalam setiap perbuatan dan bagi mencapai sesuatu keputusan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya serigala itu hanya akan dapat memakan kambing yang tersisih (dari kumpulannya)".

Renung-renungkanlah:

Jawapan-jawapan daripada Saiidina Ali bin Abi Thalib ketika ditanya mengenai antara keutamaan ilmu dengan harta:
* "Ilmu lebih utama daripada harta, Ilmu adalah pusaka para Nabi, sedang harta adalah pusaka Qarun, Sadad, Firaun, dan lain-lain.”
* "Ilmu lebih utama daripada harta, kerana ilmu itu menjagamu sedangkan harta malah engkau yang harus menjaganya.”
* "Harta itu bila engkau tasarrufkan (berikan) menjadi berkurang, sebaliknya ilmu jika engkau tasarrufkan akan bertambah.”
* "Pemilik harta disebut dengan nama bakhil (kikir) dan buruk, tetapi pemilik ilmu disebut dengan nama keagungan dan kemuliaan.”
* "Pemilik harta itu musuhnya banyak, sedangkan pemilik ilmu temannya banyak.”
* "Ilmu lebih utama daripada harta, karena diakhirat nanti pemilik harta akan dihisab, sedangkan orang berilmu akan memperoleh syafaat.”
* "Harta akan hancur berantakan kerana lama ditelan zaman, tetapi ilmu tidak akan rosak dan musnah walau ditelan zaman.”
* "Harta membuat hati seseorang menjadi keras, sedang ilmu membuat hati menjadi bercahaya.”
* "Ilmu lebih utama daripada harta, kerana pemilik harta bisa mengaku sebagai Tuhan akibat harta yang dimilikinya, sedang orang yang berilmu mengaku sebagai hamba kerana ilmunya.”

Hamka pula berkata: “Ada ilmu ada harta jadi orang mulia, ada ilmu tidak ada harta jadi hamba orang, kalau tidak ada ilmu tidak ada harta jadi binatang.”

Justeru, di situ letaknya kepentingan menuntut ilmu. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang inginkan dunia, maka hendaklah dia menuntut ilmu, siapa yang inginkan akhirat, maka dia perlu menuntut ilmu dan sesiapa yang ingin kedua-duanya, maka hendaklah ia menuntut ilmu.”

06 July, 2012

Nisfu Sya'ban

Sabda Rasulullah SAW;




قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر


Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar. (Riwayat Ibnu Majah)

05 May, 2012

Guru dengan Murid

assalamualaikum wrt... kisah ini sangat menarik utk diceritakan, perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal dan akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pendengar. Dengarkan...

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata, "Saya punya permainan...Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka katakan "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katakan "Pemadam!"Murid muridnya pun memahami dan mengikuti. Si guru berganti- gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian si guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka katakan "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid- murid tadi keliru dan kekok, serta sangat sukar untuk mengubahnya.

Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anakku sekalian, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang hak itu hak, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya."" Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh- musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.""Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, kamu sedikit demi sedikit menerimanya. faham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." Guru meneruskan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan pelbagai Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan dia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid- murid, begitulah ummat Islam dan musuh- musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak kamu dengan terang- terang...Kerana tentu kamu akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung kamu perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.""Jika seseorang itu, ingin membuat rumah yang kuat, maka dia membina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."

" Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan...""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan kita.""Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, meskipun kamu muslim, tapi kamu telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... kerana itulah yang mereka inginkan." "Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani melakukan secara terang-terangan memijak-mijaknya, cikgu?" tanya seorang pelajar"Sesungguhnya dahulu mereka terang- terang menyerang, misalnya Perang Salib, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.. apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!

24 April, 2012

Mengukur Sebuah Cinta

Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa’d bin Abi Waqqash utk berdoa. Ajakan itu dipersetujui oleh Sa’d. Keduanya mulai berdoa. Sa’d berdoa terlebih dahulu:

“Tuhanku, jika nanti aku berjumpa dgn musuhku, berilah aku musuh yg sgt perkasa. Aku berusaha membunuh dia dan dia pun berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kpdku sehingga aku berhasil membunuhnya dan kemudian mengambil miliknya (sebagai rampasan perang).”

Abdullah mengaminkannya. Tiba giliran Abdullah berdoa:

“Tuhanku, berilah aku musuh yg gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?). Aku akan menjawab bhw keduanya terpotong ketika aku berjuang di jlnMu dan jln Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: ‘Kamu benar!’ (shadaqta).”

Sa’d mengaminkan doa Abdullah tersebut. Keduanya berangkat ke medan Uhud dan doa keduanya dimaqbulkan Allah.

Sa’d bercerita kpd anaknya, “Duhai anakku, doa Abdullah lbh baik drp doaku. Di senja hari aku lihat hidung dan telinganya tergantung pd seutas tali.”

Kisah ini tlh melukiskan sebuah cara utk mengukur cinta kita pd Allah. Sementara ramai yg berdoa agar mendapat ini dan itu, seorang pencinta sejati akan berdoa agar dpt bertemu dgn Kekasihnya sambil membawa sesuatu yg bisa dibanggakan.

Ketika di Padang Mahsyar nanti Allah bertanya kpd anda: “Dr mana kau peroleh hartamu di dunia?” Apakah yang anda akan jawab?????

Allah bertanya lagi, “Apa saja yg tlh engkau lakukan di dunia?”

“Ku hiasi hidupku dgn dosa dan nista, tak henti-hentinya ku cintai indah dan gemerlapnya dunia hingga aku dipanggil menghadapMu.” Allah dgn murka akan menjawab, “Kamu benar!”

Bandingkan dgn seorang hamba lain yg ketika di Padang Mahsyar berkata kpd Allah:

“Tlh ku tahan lapar dan dahaga di dunia, tlh ku basahi bibirku dgn zikir, dan tlh ku curahkan waktu dan tenagaku utk keagungan namaMu, tlh ku hiasi mlm ku dgn ayat suciMu dan tlh ku letakkan dahiku di sejadah utk bersujud pd kebesaranMu.”

Dan Allah akan menjawab, “Kamu benar!”

Duhai.. adakah kebahagian yg lbh dr itu; ketika seorang hamba menceritakan amalnya dan Allah akan membenarkannya.

Mahukah kita pulang nanti ke kampung akhirat dgn membawa amal yg mampu kita banggakan? Mahukah kita temui Kekasih kita sambil membawa amalan yg akan menyenangkanNya?

Kisah Tauladan Di dlm Kitab Hayatus Shahabah

23 April, 2012

Kelebihan orang yang banyak berdoa


DARIPADA Anas bin Malik, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, syurga berkata: Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga. Dan sesiapa yang meminta perlindungan daripada neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata: Ya Allah, selamatkanlah dia daripada neraka.”

Hadis ini sungguh besar kedudukan dan tahapnya, ia menunjukkan limpah kurnia Allah yang besar dan rahmat-Nya yang begitu luas. Orang yang memohon syurga dan meminta perlindungan daripada neraka ditetapkan syarat iaitu Islam serta benar dalam menghadapkan diri kepada Allah (at-tawajjuh).

Demikianlah, bahawa kejayaan dengan syurga dan keselamatan daripada neraka adalah tujuan yang hendak dicapai orang yang mengerjakan solat, berzakat, berpuasa, menunaikan haji, berzikir mengingati Allah dan berjihad.

Untuk mencapai ke tahap itu mereka terpaksa memejam pandangan, memelihara kemaluan dan perutnya, menjaga lidah serta menahan tangannya daripada melakukan perkara terlarang. Perkara ini berterusan menjadi adat kebiasaan sehingga Allah mengampuni mereka.

Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang sentiasa berkeliaran di jalan mencari ahli zikir, apabila mereka mendapati satu kaum yang berzikir mengingati Allah mereka memanggil temannya lalu mereka pun datang mengelilingi orang yang berzikir dengan membentangkan sayapnya ke langit dunia. Lalu mereka ditanya oleh Tuhannya, sedangkan Tuhan lebih mengetahui dari mereka: Apa yang diucapkan hamba-Ku? Mereka menjawab: Hamba-Mu menyucikan, membesarkan, memuji dan mengagungkan-Mu.

Allah bertanya: Adakah mereka melihat Ku? Malaikat menjawab: Tidak, Demi Allah wahai Tuhan, mereka tidak melihat Mu. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihat Ku? Malaikat menjawab: Jika mereka melihat Mu nescaya mereka lebih banyak beribadah kepada Mu, mengagungkan Mu, dan bertasbih memuji Mu.

Allah bertanya: Apakah yang mereka minta kepada-Ku? Malaikat menjawab: Mereka meminta syurga kepada Mu. Allah bertanya: Adakah mereka telah melihat syurga itu? Malaikat menjawab: Tidak, Demi Allah wahai Tuhanku, mereka tidak pernah melihatnya. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihat syurga itu? Malaikat menjawab: Sekiranya mereka melihatnya nescaya mereka lebih tamak lagi terhadapnya, lebih kuat memintanya, dan keinginannya lebih besar padanya.

Allah bertanya: Dari apakah mereka berlindung? Malaikat menjawab: Mereka berlindung dari neraka. Allah bertanya: Adakah mereka telah melihat neraka itu? Malaikat menjawab: Tidak, demi Allah mereka belum pernah melihatnya. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihatnya? Malaikat menjawab: Sekiranya mereka melihatnya nescaya mereka pasti lebih menjauhkan diri daripadanya, dan pasti lebih takut dengannya.

Allah bertanya: Aku menyaksikan kepada Kamu bahawa Aku telah mengampuni mereka. Ada malaikat berkata: Di kalangan mereka ada si fulan yang bukan dari golongan mereka, namun kedatangannya untuk sesuatu hajat keperluan. Allah berfirman: Mereka adalah kaum yang tidak celaka sesiapa yang duduk dalam majlisnya.”

Mengapa kita tidak memohon syurga kepada Allah, sedangkan Ibnu Abbas meriwayatkan daripada Nabi SAW sabdanya: “Allah menciptakan syurga dan menjuntaikan padanya buah-buahannya, dan mengalirkan padanya sungai-sungainya, kemudian memandang kepadanya lalu berfirman: Bercakaplah, lalu diapun berkata: Sungguh berjaya orang yang beriman. Lalu Allah berfirman: Demi keagungan Ku, engkau tidak akan dimasuki orang yang bakhil kedekut.”

Mengapa kita tidak meminta kepada Allah supaya dimasukkan ke dalam syurga, sedangkan Rasulullah SAW pernah ditanya mengenainya, lalu baginda bersabda: “Sesiapa yang masuk syurga akan hidup di dalamnya tidak akan mati, dikurniakan nikmat padanya tidak pernah terputus, tidak lusuh pakaiannya dan tidak hilang keremajaannya.

Subhanallah..
besar sungguh nikmat yg KAU kurniakan kepada hamba-Mu ini..
betapa kerdilnya diri ini..Subhanallah, aku mencintai-Mu, Subhanallah aku menyayangi-Mu..dari ufuk timur hingga ke barat selalu dihatiku...

13 March, 2012

Hari Pertama & Kedua Berada di Maktab..

Alhamdulillah...sepanjang 2 hari aku berada di maktab terasa bahang belajar..macam di universiti dahulu..cuma mode yang aku ambik nie adalah KDC( kursus dalam cuti)..orang cuti kita belajar..inilah pengorbanan yang harus ditempuhi oleh semua pelatih2 j-QAF yang baru...

start daftar masuk asrama utk kursus interaksi pada 11/03/2012 (Sabtu) dari pukul 10pg-5.00ptg..alhamdulillah, pada pukul 4-30 ptg, aku sampai ke maktab ipg bangi..alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar..cuma dapat blok jauh skit..jauh dengan rakan2 sekelasku..tp, walaupun jauh, rasa best plak..dapat kenal2 ngan lecture2 yg jd wrden kt sini..kebetulan yang mengajar subjek PQ aku tu warden blok aku...hihihihi..skrg,,lecture dh kenal plak aku..klau jmpa je..msti tanya ada kelas lg ke n dah mkn ke..wah!!! bessssstnya...terasa mcm dijaga je..hihihii..perasan sendiri plak ea..hari pertama mula kelas..7.45pg dimulakan dengan perhimpunan, dirasmikan oleh Tuan Haji Anuar bin Ahmad..(Timb. Pengarah IPG Islam) byk jgk input beliau yang beliau berikan kepadaku dan sahabat2ku yg lain..kemudian beliau menasihati kami agar menjaga keselamatan dijalan raya..krn kmi diberitahu bahawa seorang pelajar j-QAF yang tahun ini dalam praktikal telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya disebabkan mahu mengelak dr di langgar lori...akhirnya,terbabas lalu melanggar sebatang pokok ditepi jalan. Sama2 kita doakan agr roh sahabat kita itu ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman & beramal soleh..

Hari pertama, masuk kelas xrasa plak nk tido..mcm xpercaya je..mungkin sbb niat kita tu kot..hihihi..alhamdulillah..asigmnet mula bertambah..dulu, masa kt u boleh la lg disuap oleh lecture..skrg, bila masuk alam pekerjaan nie..dalam proses ngajar + belajar..kena la cr sendiri input2nya..hari kedua pun begitu juga,,,cuma penat skit dengan kelas yg banyak...ditambah pula dgn asgment yg dh mkin bertambah...terasa pening je kpala nie...subjek PN yang terasa peningnya kepala..sbb ayat2nya terlalu mendalam untuk difahami...walaupun belajar mengenai bilik darjah, personaliti terasa mcm mudah...namun sebenarnya subjek inilah yang pelajar2 j-QAF mendapat markah yang kurang memuaskan..hanya cukup2 mkn je..insyaalah, siapa yg berusaha bersungguh2..dia akan berjaya...

aku berharap kepadaMu Ya Allah, agar diri ini dapat mendidik anak bangsa menjadi insan yang kamil dari semua segi seperti Jasmani,Emosi,Rohani,Intelek,dan Sosial..

12 March, 2012

TAHUN BARU 2012..TAHUN REZEKI BUAT DIRIKU..





YA ALLAH...dh bersarang blog nie...sbb dh lama xupdate...sory kwn2 yg mengikuti cerita sy...hihihi...entah ada ke x yg mengikutnya...harap dimaafi...

Alhamdulillah...dengan kehadiran tahun baru 2012..aku bersyukur padamu..krn dlm tahun 2012 aku mempunyai 2 sejarah yg tidak dapat dilupakan...nk tahu???jenggg2!!!!

1) Alhamdulillah, aku mendapat peluang kerja..sbgai guru j-QAF di Sk Bukit Rahman Putra Sg buloh..ku berdoa agr kursus selama 1 tahun stengah ini berakhir dengan kecemerlangan & jayanya..disamping dapat mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna dan soleh & solehah bukan sahaja berjaya di dunia bahkan diakhirat..Insyaallah..

2) dan Alhamdulillah juga..diri ini sudahpun dilamar orang...hihihi..thanks ea!! kepada yang tersayang tu...mudah-mudahan dengan ikatan pertunangan ini akan berakhir dengan sebuah ikatan yang suci..dan diberkati..Ameen..:-)

kedua2 nie tidak akan aku lupakan smpai bila2...Syukran ya Rabbi...


30 March, 2011

Kedatangan Tahun 2011 berakhir Tahun 2010

Kedatangan Tahun 2011 memberi sinar yang baru dalam hidupku..iaitu sinar dialam pekerjaan..berbeza dengan tahun 2010 yang merupakan berakhirnya zaman pembelajaran bagiku bersama with my friends..ohhh..tidak..terasa kenangan tahun 2010 begitu banyak untuk dikenangkan..tambahan pula bersama rakan2..huhuu..sunyi, rindu utk bertemu semula dan memeluk mereka..kenapa tidaknya, hanya aku seorang sahaja tidak dapat bersama mereka untuk melanjutkan pelajaran..tahniah kawan-kawanku kerana dapat menyambung MASTER..namun kenangan bersama kamu semua akan aku semat didalam hatiku untuk selama-lamanya....

NAMUN, kehadiran Tahun 2011 merupakan cabaran bagiku dialam pekerjaan..selepas tamatnya aku mgajar di sekolh rendah..aku kembali mencari kerja di ibu kota Malaysia yang penuh dengan peluang pekerjaannya..Namun kena juga berhati-hati dalam memilih pekerjaan di sini..tahu-tahu sajalah kawan-kawan, di Ibu Kota Malaysia ini, ada pekerjaan yang elok, ada juga yang sebaliknya..aku bersyukur pada-Mu Ya Allah, kerana mempunyai abg yang sangat menyayangi adiknya..TERIMA KASIH ABANGKU...kerana bersusah payah mencari kerja kepadaku..sehinggalah aku dapat bekerja di salah sebuah CONSULTAN. WALAUPUN tidak sebesar mana Gajinya..aku berpuas hati dengan kerja ini..disebabkan kerjaku ini hanya melibatkan program2 seperti program motivasi kepada Penjawat Awam. terasa happening dengan kerja ini..

19 October, 2010

PeNgaLman Mengajar di Sek Rendah

Alhamdulillah..bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat memberi peluang kepada hamba-Mu yg lemah ini untuk berjuang di bumi-Mu ini..sebelum itu..sy nk mintk maaf..sbb dh lama xupdate blog nie..dh nk bersarang dh..hehe..sbelum sy mula menceritakn pengalamn sy mengajar di sekolah rendah..sy ingin bertanya, bagaimana perangai anda semua semasa sekolah rendah dulu? best ke xbest??tentu pelbagai kerenah yg anda semua lakukankan termasuklah dengan sy semasa sekolah rendah dulu..

Baiklah..disini sy akan menceritakan pengalaman sy mengajar sekolah rendah di Shah Alam..sy hanya menggantikan seorang guru yang kemalangan selama 2 bulan lebih..iaitu bermula dr 1o Ogos- 8 Oktober 2010..Walaupun hanya mengajar selama 2 bulan tetapi sy dapat banyak pengalaman yg berharga yg sy tidak boleh lupakan..maklum la, bukan senang nk menjadi seorang pendidik yg berjaya kerana ia memakan masa yg lama utk menyelami hati anak2 kecil..sebagai seorang guru yang mengajar Pendidikan Islam, sy diberi tugas mengajar darjah 4 sahaja.

Hari pertama sy mengajar sy melihat banyak kerenah budak2..di sekolah itu, klau cikgu or ustazah baru masuk, mereka tidak menghiraukan sngt..mksudnya tidak takut..ye la, sebab tidak kenal lg kn..mereka suka berjalan, pergi tandas tanpa meminta kebenaran dulu, lpas tu buat bising dalam kelas..memang menguji kesabaran mula2 masuk..sy pun masuk kelas pertama sy..murid2 dalam kelas tu mula bangun & memberi salam..kemudian ada sorang murid nie bertanya, cikgu nie, cikgu baru ke? kemudian sy berkata yA..sy ustazah baru kamu yg menggntikan ustazah kamu yg sakit..

Bukan main seronok lagi..budak2 nie..wat kepala la..dalam fikiran sy ustazah tu msti garang..ye la, bila ditanya je..kenapa seronok..dorang jawab, ye la,,ustazah tu garang, keja rumah klau tak siap msti kena denda..ada budak sorang nie ckp sy nie xgarang..sy pun kata, tahu mana sy xgarang..bru masuk ari nie je..dia pun bg tahu..sy tahu la ustazah..cikgu bru yg masuk kt sekolah nie dia mstila xgarang lg..hehe, begitu la suasana hari pertama sy mengajar...

Sehingga hari2 berikutnya..sy lihat byk budak2 dh buat perangai..bila msuk kelas suruh keluarkan buku AG mesti ada yg xbawak, hilang n ada yg ckp sy xnk bwk byk2, berat beg sy..mcm2 alasan yg diberikan..sy ckp kamu nie xnk mengenal agama kamu ke?lpas tu anda nk tahu,,ada budak sorang nie ckp..ala ustazah bukan masuk periksa UPSR pun..xpayah la nk belajar sangt..kami nk fokus matematik, sains, Bi , Bm 1 n 2 je...berderau darah sy bila budak2 ckp mcm tu..Ya Allah..ini la budak2 zaman sekarang..patut la gejala sosial di klangan remaja sekarang semakin menjadi-jadi..hmmm...sy pun berkata..ooooo..sapa ckp agama nie xpenting??.budak itu menjwb mk sy..terlintas difikiran sy..mengapa ibubapa memberi jwpn sebegitu kepada ank2 mereka..abis tu..kt akhirat nnti nk jwab pe? ingt xada periksa ke kt sana nnti..ke kamu nie nk hidup kt dunia je..akhirat xnk..padahal akhirat tu yg kekal abadi...klau jawi boleh baca sy xnk marah kamu..tp kamu xtahu..sebab tu sy nk ngjar kamu..diam budak tu..

Akhirnya..budak itu meminta maaf kepada sy...sy pun berckp ngn dia..klau kamu nk berckp mengenai agama..kamu kena fikir dulu..jgn trus melulu2..klau nk jd org yg pandai..kena la pandai kedua2nya..ilmu dunia n ilmu akhirat..baru la hidup akan berjaya..


Sebagai Ibubapa tidak wajar kita bercakap begitu kepada anak2..kesian anak2 tersebut..sebaliknya memberi peluang kepada anak2 utk mengenal agamanya sendiri..btol la org ckp,,agama hanya atas nama n keturunan saja..bukan menjadi pengangan hidup or benteng..Wajarkah ibubapa bersifat demikian??renung2kn..

20 July, 2010

~BULAN SYAABAN~

1.Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan

3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

iii. Bertaubat

iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

P/S: BUAT DIRIKU DAN DIRI KWN2, MARILAH KITA SAMA2 BERUSAHA MEMPEROLEH KEBERKATAN DALAM BULAN SYAABAN..SEBELUM MELANGKAH KE BULAN YANG MULIA IAITU BULAN RAMADHAN....

17 July, 2010

pengajianku bersama kawan2 di Universiti tamat pada 2010..


salam sahabat2..maaf la sudah lama menghilangkan diri menulis blog ini...maklum la, nk cari ilham..cewah..xada la..cuma malas je..ye la,klau dh tulis confrom lps nie nk tulis lg..hahaha..xpe2..don't worry...i always here..insya-allah..

pertama sekali, aku bersyukur ke hadrat ilahi kerna diberi nafas lagi untuk aku trus berjuang dan melakukan tanggungjawabku sebagai hamba-Mu di muka bumi ini...hari ini 18.7.2010(Ahad)..aku ingin berkongsi tentang pengajianku di UKM..banyak sungguh kenangan pahit & manis yg tidak dapat aku lupakan..bersama2 kawan yg banyak membantu aku di UKM..mereka adalah asma,gee,siti, k.yam,anim n yui..kahadiran mereka membuatkan aku tersenyum seketika..ye la..telatah mereka berbeza2..pelbagai gaya..hihihi..namun sekarang mereka masih menyambung pengajian mereka sebagai Sarjana..wah..bangga juga aku mendapat kwn2 begini...walaupun akuxdapat menyambung pengajianku bersama mereka..namun mereka tetap dihatiku..walaupun jauh dari pandanganku...insya-allah..aku sentiasa mendoakan kejayaan mereka di dunia & akhirat..sampai disini dulu utk episode 1..episode 2 akn menyusul...wassalam

14 March, 2010

TinGGAlkAn 24 PerKaRa iNi


Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah yang byk mendatangkan keburukan kepada kita.

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.

2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)

6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.

7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.

8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.

11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati bolehdatang bila-bila masa.

12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.

14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.

17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.

19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.

24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata ‘jangan’. Sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

renung2kn selamat beramal..

07 March, 2010

keIstiMewAAn Bangun SebeLum SuBuH


Hmmmm...susah betol la kn budak2 remaja zaman sekarang????hmmm..nk bangun sebelum subuh memang malas..betol x?ada yang kata bangun awal2 nk wat pe..baik aku tido je..lg sedap..huhuhu..tu semua klau kita dh set kt kepala malas nk bgun awal..confrom kita akan bgun lewat..ye la..aku cerita nie bkn utk penghayatan korang sama, tp untuk diri aku jgk..

so, kt sini aku nk cerita skit input yang aku baca dalam Majalah Solusi isu no 17..tentang Keistimewaan Bangun Sebelum Subuh...byk jgk yg kita bleh wat antaranya:
  • Solat Tahajud 2,4,6,atau 8 rakaat dan ditutup dgn Solat Witir
  • Bersahur jika anda berpuasa sunat Isnin & Khamis
  • Membaca Al-Quran
  • Menyedut udara segar yang kaya ngan oksigen(menjadi org first)
  • Menikmati ketenangan alam
Hampir Waktu Subuh je kita bleh lakukan Zikir memuji kebesaran Ilahi..dah masuk Subuh kita boleh Solat di Awal waktu dari org lain...cuba kita perhatikan kawan2 kita yang agak liat nk bgun subuh...ksian..kena sebagai kwn yang prihatin mstilah kita kena kejutkan dia..jgn biarkan dia smpai solat di akhir waktu..kejut kwn2 utk bgun subuh dh mendapat pahala ibadah..

Lepas Solat Subuh:
  • boleh berzikir atau baca Mathurat atau al-Quran
  • Membasuh pakaian
  • Mengemas bilik
  • stdy
  • Solat Dhuha
Semua ini kita boleh lakukan,cuma orang kata nk ngan xnk je...klau kita wat hari2 mcm nie dgn ikhlas..Insya-Allah, hidup kita tenang dan bahagia..nasihat ini utk aku ngan diri korang...renung2kn selamat beramal..


03 March, 2010

BaKtErIA Dari NaJis BaYi PemAngKiN DaLam YoGuRT

Salam, bila terbaca majalah pendidik Mei-Jun 2009/Jamadilawal-Jamadilakhir 1430H yang aku dapat sebagai penghargaan sebagai Bekas Exco PKMK(Mantan). Aku sebenarnya terkejut jgk, bila membaca sebuah article yg mengatakan bakteria dari najis bayi dijadikan pemangkin dalam Yogurt terus membuat aku rasa loya skit..hehehehe..ye la aku nie antara yang suka makan atau pengemar Yogurt...Bila dh baca article nie rasa loya plak..tp ini adalah fakta. Mula tu aku terfikir jugak bleh ke makanan dicampurkan dengan bakteria sedangkan bakteria tu jahat?

Tp bila aku baca je lagi article nie..macam dah ada je jawapannya..Bakteria sebenarnya xsemuanya jahat. Bakteria ada yang baik dan ada yang jahat. Bakteria yang membawa kepada kebaikan disebut sebagai prebiotic. Contohnya Lactobacillus, bifido bacterium dan streptococcus. Bakteria ini digunakan bg membantu industri makanan dalam menghasilkan produk berasaskan susu terutamanya dalam proses penapaian untuk menghasilkan Yogurt.

sekarang, aku nk terang kt korang mcm mana plak bakteria baik yang diambil dari najis bayi di masukkan dalam makanan. teknologi hari ini memungkinkan bakteria ini dipencilkan dari bendasing. seterusnya bakteria ini dibiakkan untuk mendapatkan kultur bakteria prebiotic yang tulen selepas dieram, diempar dan dibersihkan dengan air. Akhirnya bakteria kultur yg tulen terhasil dan digunakan sebagai agen pemangkin dalam penghasilan Yogurt. walaupun menurut Islam, najis bayi adalah najis yg tidak boleh dimakan. Namun, bakteria yg diambil drpdanya telah melalui proses pengasingan dan penyucian dengan air suling. Kedua-dua peringkat proses ini selaras dgn tuntutan syarak dlm proses menyucikan najis. utk maklumat kwn2, setiap sesuatu yg terkena najis, tidak lg dianggap najis sekiranya telah dibersihkan unsur-unsur najis yg terkena padanya.

Jadi, kita xperlukah risau lagi. Penggunaan bakteria dalam Yogurt adalah harus. kwn2 bleh la mkn ye..hehehehe..selagi ia tidak bercampur dgn perkara2 yg haram dimakan. Yogurt banyak mempunyai kebaikan. Disebut juga bahawa Rasulullah SAW pernah memberikan Yogurt kepada shbt yg sedang sakit.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Kali ke-62 telah memutuskan bahawa hukum menggunakan bakteria kultur yg dipencilkan daripada sbrg benda najis sebagai agen pemangkin dalam yogurt adalah harus dengan syarat sperti yg ditetapkan. (Ustazah Taqwa Zabidi)..

lps ini..jangan la geli plak nk mkn Yogurt ye kwn2..aku cerita nie sbgai ilmu..bleh kita kongsi2..hehehe

25 February, 2010

SeKiranya Kita Syg & MencInTAi RASULULLAH S.A.W




beberapa perkara yang mesti kita lakukan sekiranya kita mengaku menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W.:


MENTAATI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).


BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.


Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).

MENGASIHI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat Bukhari dan Muslim).

MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).

22 February, 2010

MaJLis PerKaHwinan kaKaKku


Tanggal 13 februari 2010 bersamaan 29 Safar 1431H (Sabtu) merupakan hari yang bersejarah dalam kamus hidup kakakku...bkn di sebabkan hari Valentin Day yg di gilai oleh ramai pasangan kekasih di dunia ini..tp adalah di sebabkan beliau mendirikan sebuah masjid dengan pasangan hidupnya yg kini bergelar suaminya. Majlis akak nikah berlansung selepas waktu Asar, pada pukul 5.15 ptg di Masjid Nurul Huda berhampiran dengan rumahku.. kedatangan sedara mara, rakan2 dan taulan memeriahkan lg suasana majlis akad nikah ini..


Upacara akad nikah ini di ambik alih oleh Imam masjid Nurul Huda En Abdullah..dengan sekali lafaz sahaja, lelaki itu sah menjadi abg ipar aku...ini kali pertama aku mendapat abg ipar..sblum nie akak ipar je...hehehehe..lps nie terbatas la dalam umah..dah kena pakai tudung..warghhhhh....hehehehe..apa yg aku dgr dr mulut akak aku, "lepas nie akak sorang je boleh buka tudung dalam umah"...jgn jelous kata dia...xpe, dalam hati aku sabar je la..


Majlis akad nikah disudahi dengan bacaan doa. Majlis menyarung cincin dilakukan di Masjid tersebut..dari pandangan aku, aku dapat melihat keceriaan dan kegembiraan yg terukir di wajahnya. Inilah kali pertama dirinya bergelar Isteri.. lps nie tanggungjawabnya terhadap suami plak..hehehe..selesai upacara menyarung cincin majlis diteruskan lg dengan makan beradap di rumah pengantin perempuan. Ini bukan hari persandingan diaorang lg tau..besoknya baru majlis persandingan..hari akad nikah akak aku, ayah aku mengadakan hari kesyukuran dan doa selamat kepada pasangan pengantin. ramai saudara-mara yg dtg..memang memenatkan..maklum la dah lama xwat kenduri secara besar2an ni.

selepas habis kenduri kesyukuran tu, aku,adik2 n kawanku bergotong royong mengemas umh,basuh pinggan dan mangkuk, belanga(kuali) n periuk besar...nie baru knduri kesyukuran..

bsok baru kenduri persandingan yang dihadiri oleh hampir 1000 jemputan dr pelbagai sanak saudara n teman ayh..memang memenatkan..walaupun ayh buat katering namun masakan sendiri seperti bihun sup dan laksam tidak dilupakan..

Malam tu, upacara berinai, sambil masukkan gula2 dalam kotak gula2..aku ngan adikku hanya berada di dapur setiap masa mlm tu..xsempat nk tgok akakku berinai..mklum la teringin jgk nk pakai inai..dh lama xpakai inai...kecik2 dulu pakai la..tp bila dh besar dh xpakai..bila selesai je di dapur aku terus naik atas umh..nk berinai sama...beriya2 plak..mcm aku plak nk kawen...hahahaha..xpe kongsi kegembiraan bersama2..lps nie nk gurau lebih2 ngan kakak dh xbleh..



14 Februari 2010 bersamaan dengan 30 Safar 1431H (Ahad)bsok pgnya, hari persandingan kakakku, aku ngan kwn2 mula bersiap2..abg aku menjemput orang Marhaban pukul 10pg..kena la bersiap awal2..hehehe..klau x,malu kt orang...pelbagai hidangan di sediakan..cewah macam la byk sgt..hanya 3 jenis lauk je yg dihilangkan kepada tetamu yg dtg. aku mula la menangkap gmbr sana n sini..ada je org suruh tngkap gmbr aku tngkap..tp kebnykkan gmbr hanya gmbr pgntin saje..gmbr aku xada la sgt..hehehe..

memang penat sungguh tangkap gmbr nie kn..posing sana posing sini..maklum la dikatakan aku nie juru camera..hehehe..ye la tu..last2 gmbr aku yg xada..sedeynya...sembilan hantaran berbalas tujuh..hehehe,sempat jugak aku tngkap gmbr..

ketibaan pengantin lelaki tepat pada pkul 12 tghari..masa tu marhaban xabih lg..terpaksa la diaorang bertapak kt masjid dulu..hehehehe..mintak maaf la ye kepada pihak lelaki..mgmbil masa 20 minit. masa tu mula la kelam-kabut dengan hidangan mkn beradab..wlaupun katering yang lakukan semua tp org umah xboleh duduk diam sama, ada je nk wat...









sampai xlarat aku berposing sana sini...memang memenatkan..tp aku nk ucapkan terima kasih wat kawan2 yg hadir...terutamanya nora..hehehehe..hope lepas nie jgn jemu datang KEDAH..kwn2 yg lain seperti jamilah, zafirah, haizan,faiz, hafiz(cho),sapudin, dan kawan2 yg Jauh dari KL yg sanggup datang..terima kasih byk2..kedatangan kamu menjadi kontroversi...hahahaha

ku mendoakan agar engkau bahagia dengan si dia yg tercinta...hope lepas nie jgn lupa plak...hem2..penat kat aku plak ye...hehehehe..TAHNIAH!!..moga dikurniakan anak yang soleh & solehah..

keINdAhAn TuHan