dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

29 July, 2013

Bila diri sudah bergelar Isteri :-)

Assalamualaikum sahabat2 yg disayangi..Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana diri ini masih diberi peluang berada dibumiNya dan masih diberi kesempatan utk menulis n3 ini utk tatapan dan perkongsian kepada sahabat2..

Sebelum sy nk mulakan n3 sy..sy memohon kemaafan kepada sahabat2 kerana dh lama xupdate blog sy kpd shbat2..almaklum la, pasworrd xingt dh..sbb skrg nie banyak sangat perkara nk kena ingt..masa hidup bujang boleh la enjoy2 lg...tp bila dh berumahtangga nie, pham2 la ea..heheehe..layanan tu  lebih untuk suami lg drp segalanya..kerana suami syurga utk kita..dulu tanggungjawab kita dibahu mak & ayah..tp bila dh kawen tanggungjawab kita digalas oleh suami pula..setiap tindak-tanduk kita, kita mesti minta izin dulu dr suami. sangat berbeza..byk lagi yg perlu sy belajar utk menjadi isteri yang lebih baik dan solehah, insyaallah..

Sedikit perkongsian dan pengalaman sy kepada sahabat2 semua, bila dh berkahwin nie kita sudah menyempurnakan sebahagian daripada agama kita, sabda Rasulullah s.a.w : 

"Apabila seorang hamba menikah, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang selebihnya" 

Apabila diri ini sudah diijabkabulkan pada 24/3/2013 bersamaan 12 Jamadil Awal 1434H, hanya Allah saja yg tau, perasaan ini bermacam2, gembira, bahagia, sedih, dan sebagainya. Maklumla bila dh berkahwin ni, tanggungjawab kita sudah berpindah. Segala-galanya utk suami :-) . 

Alhamdulillah, sudah 5 bln sy mendirikan rumahtangga bersama suami sy. Apabila dah bergelar isteri semua keperluan suami seperti makan, pakaian, layanan dan sebagainya perlu dijaga sebaik2nya. Alhamdulillah, sy sangat2 bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dikurniakan seorang suami yang sangat2 bertanggungjawab dan penyayang. Insyaallah, anugerah suami yg diberikan oleh Allah kepada sy tidak akan sy sia2kn sampai akhir hayat sy..sy nk menjadi ketua bidadari di syurga utk suami sy. Kepada sahabat2 semua,
 ketahuilah bahawa Allah SWT juga telah berfirman, 

"Wanita solehah, akan menjadi ketua bidadari kelak di syurga, dan mereka akan memiliki kecantikan dan keindahan lebih dari bidadari syurga itu sendiri".

Alhamdulillah, rezeki lepas berkahwin sentiasa ada.   Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan kahwinilah orang-oarang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
Surah an-Nur:32

Alhamdulillah, lepas kwen je sebulan, suami sy sudah mendapat surat perlantikan jawatan dan pada masa yang sama kami dapat lagi berita gembira, iaitu anugerah Allah SWT kepada sy dan suami, iaitu seorang insan yang bakal menyerikan lagi hubungan sy dan suami..akan sy jaga dengan sebaik2nya anugerah ini. Semoga anak yg bakal lahir nnti menjadi anak yang soleh dan solehah..ameen :-)

setakat dahulu n3 pada hari ini...insyaallah, n3 seterusnya akan ditulis jika ada kesempatan waktu lg..
                                           
                                                       ~WASSALAM~




1 comment:

  1. yang penting juga harus saling pengertian dan saling memahami Bunga papan pangkalansusu

    ReplyDelete

keINdAhAn TuHan